CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14075|Reply: 244

Kak KM Menangis Rasa Nak Pengsan, Hasrat Beli Polisi Insurans Untuk Anak Bertukar Mimpi Ngeri

[Copy link]
Post time 20-7-2023 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Hasrat mengambil insurans buat anak ketiganya bertukar mimpi ngeri apabila usahawan kosmetik Liana Rosli atau Kak KM dimaklumkan khabar buruk mengenai Razman, 13.


Menerusi hantaran di Instastory, Kak KM berkata, terdapat lubang pada bahagian jantung Rania selepas membuat pemeriksaan kesihatan sebagai salah satu syarat permohonan polisi insurans kesihatan.




IG




"Baru-baru ini saya mahu mengambil insurans kesihatan untuk Rania tapi sebelum itu kami perlu membuat pemeriksaan kesihatannya terlebih dahulu.


"Rupa-rupanya lubang pada bahagian jantungnya sudah membesar dan terus dirujuk ke hospital. Jadi tanpa sebarang perlindungan insurans, saya perlu tanggung segala kos rawatan yang dibuat," katanya ketika dihubungi mStar.












Kak KM mengulas mengenai perkara itu selepas berkongsi video di Instagram miliknya memaklumkan Rania tidak sedarkan diri selepas dibius di Institut Jantung Negara (IJN).


Menerusi video tersebut, Kak KM juga dilihat sedang menangis dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan anaknya itu.


Dalam pada itu, Kak KM berkata, dia hampir pengsan sejurus melihat anaknya tidak sedarkan diri apabila diberikan suntukan bius sebelum menjalani ujian tiub di IJN.







"Dia terpaksa menerima rawatan ujian tiub selama tiga jam dan kini sedang menunggu laporan doktor untuk rawatan seterusnya.


"Apa membuatkan saya sedih apabila doktor memberikan ubat bius dan dia terus tak sedarkan diri... kaki saya terus rasa lembik macam nak pengsan," katanya.


Sementara itu, Kak KM berkata, sejak Rania dilahirkan doktor pernah memberitahunya dan suami anaknya itu mempunyai masalah injap jantung berlubang.


Bagaimanapun katanya, Rania tidak pernah berdepan sebarang masalah kesihatan ketika kecil namun mula menunjukkan beberapa simptom apabila menginjak remaja.


"Sebenarnya sejak lahir lagi kamu sudah diberitahu doktor dia mengalami masalah injap berlubang... tapi bila meningkat dewasa baru dia tunjuk beberapa simptom seperti sukar bernafas," katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 10:14 AM | Show all posts
tak buat follow up ke lepas tu? Dah ada simptom sesak nafas pun tak bawa.. Nasib baik terbuka hati nak amik insurance.. kalu tak, takda juga ya inisiatif nak bawa gi jumpa doc meskipun ada simptom.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Aikkk...duit juta2 x kan x buat follow up anak... Insurance pun baru nk buat ke...so ni br igt tuhan kan.. Br mtk org doakan ank dia..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:19 AM | Show all posts
Bukan kata banyak duit ke? Tulah masa senang mendongak langit, siap mencarut kat orang kata sibuk hal dalam kain ko! Dah jadi macam ni doa sape ko mintak.. Mintak la doa mak kat mekah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap sakit ni asbab la mereka sekeluarga jaga perilaku n pakaian tu sikit sbb kite ni dilahirkn mmg melayu islam..Bawak2 la beringat tuhan sikit kluarga kak km oi..Semoga cpt sembuh la n dipermudahkn urusan depa..Allah tegur n uji tanda syg..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hara jangan mlucah lagi lepas ni,joget2 goyang bontot,anak pompuan yg sulung tu pon sama jaga la sikit tingkah laku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2023 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga bkn gimik
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:28 AM | Show all posts
Hasrat mengambil insurans buat anak ketiganya bertukar mimpi ngeri apabila usahawan kosmetik Liana Rosli atau Kak KM dimaklumkan khabar buruk mengenai Razman, 13.


tak paham kaka ayat ni, pastu tetiba anak ppuan dia si Rania yg sakitnya..
yang khabar buruk mengenai Razman tu sape ke dia plak?
ehh lantak laa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 10:30 AM | Show all posts
harap jagalah hubungan dengan Allah lepas ni, kadang2 ujian besar ni asbab utk kite audit diri
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Gws rania. Iols simpan kata2 lain dlm hati
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Waktu bergelek org bagi nasihat kemain menganjing. Mcm hidup seribu tahun tanpa masalah
Baru kene uji sket, pandai lak mintak doa netizen. Gi la doa sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeke sakit sekali nak jual produk baru.bukan bole percaya dgn dorang ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:41 AM | Show all posts
overnya.. dah kena bius wajar la dia tidur..
takkan nak expect dia bergelak ketawa pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa membuatkan saya sedih apabila doktor memberikan ubat bius dan dia terus tak sedarkan diri... kaki saya terus rasa lembik macam nak pengsan," katanya.


Lahhhh...dah dibius mesti lah pengsan habis akakkkkk... Takkan dah bius masih jaga.. apooooo

Malas nak cerca. Tapi tu lahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:42 AM | Show all posts
aku gisau kalau anak dia dh baik nnti dia claim sebab mkn sweetdara
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:50 AM | Show all posts
dah okey nanti sambung gelek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Me xnk ckp ape..
Cuma dgn duit yg byk itu.. Pada aku ckup la utk anak dia sihat balik
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:53 AM | Show all posts
jentik sikit je tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
masa baby x take action padahal dh tau
akan ada detik trigger benda ni….
my late sil pun lps ank 4 baru trigger jantung bengkak…ni congenital issue ..zaman dlu mana ada alat canggih nk scan….
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia ni pun sejenis vocal jugak kan..
May Allah ease uoll la kak KM..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 104331 Replies : 4684
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33112 Replies : 77
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41860 Replies : 81
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 27010 Replies : 6
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 3910 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104502 Replies : 5759
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105247 Replies : 1660
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9719 Replies : 79
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16
Setelah menghabiskan berpuluh2.. ribu  cantikkkan
YgBenarSetelah menghabiskan berpuluh2.. ribu c
Views : 14260 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.071400 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list