View: 4575|Reply: 31
|
Amy Search Doakan Anak Isteri Ke-4, "Harinya Akan Tiba, Alexander Tiada Depan Mata"
[Copy link]
|
|
Datuk Amy Search berdoa agar anak lelakinya Alexander Zulkarnain yang kini mencecah usia 18 tahun berjaya mengejar impiannya.
Di Facebook, Amy memberi gambaran bahawa anaknya itu akan melanjutkan pelajaran dan disebabkan itu mereka akan berpisah buat sementara waktu.
Dia berbangga melihat anaknya membesar dan mempunyai impian yang ingin digapai.
Foto: FB
"Tak lama lagi anak burung ini (Alexander) akan meninggalkan sarang (rumah), begitu lah aku lihat anak ini semua. Dah hampir tiba seorang demi seorang akan keluar mencari impian kebahagiaan sendiri.
"Begitu lah daddy dulu. Impian besar datang bersama dugaan yang besar. Mengimpikan besar itu bermaksud awak sudah berani untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan di luar sana.
Dalam masa sama, Amy berkata tiada sehari pun dirinya terlupa untuk mendoakan kebahagian anak-anak serta cucunya.
"Believe in yourself dengan apa yang diimpikan. Sentiasa berdoa pada Allah S.W.T sebagaimana daddy doakan tanpa sehari pun terlupa untuk anak dan cucu.
"Harinya akan tiba Alexander dah tiada di depan mata, hanya doa dan akan berkorban apa saja. Semoga Allah sentiasa melindungi awak dan beri Alexander yang terbaik.
Untuk rekod, Amy mendirikan rumah tangga pertama bersama Faridah pada 1983 sebelum disahkan bercerai pada 1985. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang juga pelakon popular, Nabila Huda.
Amy kemudian mendirikan rumah tangga kedua bersama Noorliza Abdul Latiff pada 1990 sebelum bercerai pada 1994, namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Pada 1995, Amy berkahwin sekali lagi dengan Roslisa Ahmad, namun bercerai pada 2000. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Irisha Myra yang kini berusia 26 tahun.
Selepas itu, Amy mendirikan rumah tangga kali ke empat bersama Norish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 18, Sania Samara, 17, dan Qaqa At-Tameemi, 13 tahun. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kurus dah ye anak dia yang ni? ke kaka salah orang...
kalau rambut pendek mesti nampak kemas dan herlokkk...
rambut2 panjang gitu nampak iras2 adik beradik lan solo dan boss kay je lah buat masa ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 12-7-2023 04:20 PM
smart nya amy
Aku pun nk ckp benda sama |
|
|
|
|
|
|
|
Sebijik rupa Nabila. Memang banyak gen Amy |
|
|
|
|
|
|
|
ramai adik beradik nabila….
amy ni lgi smart lagi rock dari awie
pewwwwitttt |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by PinkyPie at 13-7-2023 06:31 PM
Si Sania tu pun lawo betul dah sekarang
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Amy masa muda rupa dia bkn handsome tp lawa
Skrg still lawa even dah tua |
|
|
|
|
|
|
|
wow amy search versi tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
watevahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
anak dia yg bongsu tu sebijik muka Amy |
|
|
|
|
|
|
|
Yg anak nombor dua dia Irisha tu paling lawa i rasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Amy ni makin tua makin smart, tapi bab suara awie memang maintain |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 banyak rupa bapak, kuat betul baka dia.. nasib baka elok |
|
|
|
|
|
|
| |
|