View: 2143|Reply: 37
|
'Saya Dah Mula Pelihara Ayam Telur Di Kebun, Satu Hari Dapat 40 Biji Telur' - Muhyiddin Yassin
[Copy link]
|
|
Bagi menyelesaikan masalah bekalan telur di pasaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mula menternak ayam penelur di kebunnya bagi kegunaan sendiri.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, berdasarkan kajian empirikal yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik ke atas 1,200 responden mendapati, masalah yang paling ketara didepani rakyat adalah kos sara hidup.
FB
"Jawapan yang paling jelas adalah masalah pertama, adalah masalah kos sara hidup, masalah harga makanan yang tidak berhenti-henti, masalah bekalan makanan tak cukup, sampai telur pun tak cukup.
"Saya sudah mula pelihara ayam telur di kebun saya, satu hari 40 biji telur. Saya nak tunjuk boleh selesai masalah kalau kita usahakan sendiri," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Sembilan, di sini, pada Ahad malam.
Namun, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, bukan semua berkemampuan atau mempunyai tanah yang boleh menternak 30 hingga 40 ekor ayam pada satu-satu masa.
Katanya, baru-baru ini ketika meninjau beberapa gerai di sekitar Taman Melawati, Kuala Lumpur dan beliau menerima rungutan daripada peniaga mengenai kenaikan harga barang.
"Saya kata (harga barang) mahal, mereka kata semuanya naik, saya tanya apa yang turun, dia kata hujan yang turun.
"Saya tanya harga ayam berapa? RM10 lebih sekilo, zaman saya jadi menteri dulu RM6.40. Dia cakap itu zaman Tan Sri dulu, memang naik (tapi) naik (sekarang) RM10 sekilo," ujar beliau lagi.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
ckp mcm zaman dia tu rakyat kaya raya makanan murah belaka |
|
|
|
|
|
|
|
dah bela sjk pkp ke ari tu.. maklum ler lama benor terkurung |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam telur mau dekay setahun jugak baru start bertelur
Rakyat marhaen kena keluar beribu dulu nak buatkan kandang supaya 60 ekor anak ayam tadi membesar tanpa dicekup penmangsa bewak ular dan musang, makanan pun time baby lain, toddler lain, dah start bertelur kena tukar kepada layer feed pulak.
Betul memang boleh buat tetapi begitulah ye, mana mana yg nak ambik nasihat ni make sure sediakan satu buku record perbelanjaan keluar masuk, baru tahu harga sebenar telur yg keluar sok berapa sebiji. |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya tanya harga ayam berapa? RM10 lebih sekilo, zaman saya jadi menteri dulu RM6.40. Dia cakap itu zaman Tan Sri dulu, memang naik (tapi) naik (sekarang) RM10 sekilo," ujar beliau lagi.
Kau taknak compare zaman kau dengan zaman najib, zaman pak lah? Taknak compare dengan zaman sebelum merdeka? Sembang. Bab2 harga barang ni tak payah buat modal buat tabur janji bagai la weh. Semua orang tau harga barang memang makin naik, payah sangat harga barang nak turun. Kalau harga maintain pun sebab ada subsidi je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh2 dia ni .ko hengat rkyat mcm ko ada bnyk tanah, kebun nk bela? Dhlah dlm perumahan walau ko ada tanah, ko xboleh bela ternakan nihhh |
|
|
|
|
|
|
|
ce citer rakyat yang dok kondo flat nak bela ternakan, bercucuk tanam mcmana? |
|
|
|
|
|
|
|
Sbnrnya idea pak lah dulu da btl dah. Guna biotek dlm pertanian Dan penternakan. Dtg najib terus setup 1mdb biotek semua dilupakan |
|
|
|
|
|
|
|
msia ni brg mknan byk import..so ringgit jatuh mmg terkesan lah
tp nnti ringgit dh turun takde nye hrga brg nak turun balik |
|
|
|
|
|
|
|
Abahcow dah nyayuk ke??..dia dah lupa kot telor tak cukup,ayam,ikan,sayur,roti Gardenia semua naik harga tu masa zmn PN..
|
|
|
|
|
|
|
|
Be realistic la. Kau tak payah bela ayam telur pun mampu je beli telur unyuk makan sendiri. Pastu duk cerita bela kat kebun? Kat taman pun x boleh bela ayam itik, kalau derang ada kebun derang memang tak de masalah. Bila buat comparison tu jgn la fikir awak setaraf dgn rakyat biasa makan gaji nak bersimpan pun susah. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo ye ke?? oklah, modal prn kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua orang mahu makan telur ayam dan ayam. Tapi tiada siapa mahu tinggal berdekatan dengan ladang ayam.
Bila nak bela sendiri kena ambil kira juga kos dedak makanan ayam. Barang tu import. Mana cukup beri makan kitchen scrap semata |
|
|
|
|
|
|
|
Tak caya langsung wak sembab ni bela ayam telor, dia sendiri pon notello cirit jah banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 10-7-2023 01:24 PM
Semua orang mahu makan telur ayam dan ayam. Tapi tiada siapa mahu tinggal berdekatan dengan ladang a ...
Iols dekat ladang ayamas chuols. Memang betul tak de siapa nak duduk dekat ladang ayam ni, busuk dan serangan lalat. Masa mula2 dulu teru serangan lalat ni, ni dah 20 tahun tak mcm tak de dah. Ladang tu still ada. Bila hari hujan depa bakar apa tak tau tapi busuk gila mcm sulfur bau dia. |
|
|
|
|
|
|
|
"sampai telur pun xcukup...." Bullshit sungguh. Zaman dia la telur xcukup. Aku ingat lagi mak aku dtg putrajaya, suruh beli breakfast dkt kedai mamak presint 9(aku sendiri jarang mkn mamak), aku beli roti telur 4keping, kena ketuk rm16! Sekeping roti telur rm4! Nasib sekarang harga mcm biasa balik |
|
|
|
|
|
|
|
benda yg sama anwar & menteri formula buat modal bertahun tp penyokong depa boleh accept.
Sblum ni masalah kenaikan harga barang ni bukti kerajaan fail, skrg kenaikan harga barang sbb raykat ada kuasa beli yg tinggi kan?
Bukan salah kerajaan kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
kt kg kne jaga betul2 ...ramai pencuri ayam dan telur |
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia replied at 10-7-2023 01:36 PM
benda yg sama anwar & menteri formula buat modal bertahun tp penyokong depa boleh accept.
Sblum ni ...
Haah bukan salah kerajaan. Semua salah rakyat sebab percaya janji manis ahli politik
Skrip sama je la dok ulang2 setiap kali tiba musim mengundi. Dok tabur janji segala mala tapi habuk pun tarak. Dengar boleh percaya jangan puak2 ni. Ahli politik tu bapak segala scammer |
|
|
|
|
|
|
| |
|