CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

MotoGP: Quartararo harapkan tuah Litar Assen

[Copy link]
Post time 24-6-2023 01:07 PM | Show all posts |Read mode

QUARTARARO terus gagal untuk bersaing di kelompok hadapan pada saingan MotoGP musim ini ekoran masalah prestasi jentera Yamaha. - AFP

ASSEN, Belanda – Kegagalan bersaing dengan kelompok hadapan membuatkan pelumba Yamaha, Fabio Quartararo semakin kecewa selepas hanya mampu menamatkan saingan di tempat ke-13 pada perlumbaan Grand Prix (GP) Jerman minggu lalu.

Kegagalan tersebut menyebabkan pelumba Perancis itu gagal mempertahankan kemenangan yang dicapai tahun lalu di Sachsenring, malah dalam perlumbaan pecut pada aksi berkenaan juga menyaksikan dia menduduki tempat ke-13.

Walaupun berakhir dengan keputusan yang mengecewakan, Quartararo berharap pasukannya dapat belajar sesuatu sekaligus mencipta kebangkitkan menjelang perlumbaan di Assen pada hujung minggu ini.

“Kami menggunakan komponen tayar belakang jenis lembut dan jelas ia tidak berfungsi seperti yang kami harapkan. Kami terpaksa mencuba pelbagai cara dan kami juga cuba memberikan yang maksimum.

“Walaupun dari segi mata, GP Jerman bukanlah perlumbaan hujung minggu yang sangat baik, tetapi pasukan dapat belajar sesuatu. Itu juga adalah perkara yang bernilai pada saat ini.

“Pada perlumbaan tahun lalu di Assen, kami gagal meraih sebarang mata, tetapi litar ini adalah salah satu litar kegemaran saya. Seperti biasa, saya akan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang baik,” kata Quartararo.

Rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli yang menamatkan saingan di tempat ke-12 minggu lalu turut mengharapkan sesuatu positif menjelang perlumbaan hujung minggu ini.

“Selepas hujung minggu di Sachsenring, saya ingin berada di atas motosikal secepat mungkin. Kami tahu kami perlu meningkatkan prestasi dan terus berusaha adalah jalan terbaik untuk bangkit.

“Prestasi perlumbaan kami cukup baik, tetapi kami perlu tingkatkan sesi kelayakan pada hari Jumaat,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... n-tuah-litar-assen/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.048666 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list