View: 1834|Reply: 24
|
Disimbah Asid Oleh Bapa Kandung Sendiri Sampai Cacat Kekal "Memaafkan Abah Buat Jiwa Kami Tenteram"
[Copy link]
|
|
"Memaafkan abah menenangkan jiwa, malah Ma (ibu) juga tidak pernah mengajar kami melupakan abah sebagai bapa kandung kami,"kata Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan yang pernah melalui pelbagai episod sukar dalam hidup selepas menjadi mangsa simbahan asid oleh bapa kandung, tiga belas tahun lalu.
Dalam kejadian di rumah nenek di Kampung Sekayu, di sini, Nurul Dahyatul Fazlinda, 21, adiknya Muhammad Irfan Firdaus, 15, dan ibu mereka, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 41, mengalami kecederaan selepas disimbah cuka getah.
Peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam bukan saja pada emosi mereka malah rupa paras apabila ia meninggalkan parut kekal.
Foto: Harian Metro
Bagaimanapun, kasih sayang dan hormat Nurul Dahyatul Fazlinda dan Muhammad Irfan Firdaus kepada bapa mereka, Mat Haizan Mat Yassin, 45, sedikit pun tidak berubah.
Berkongsi perkembangan terkini, Nurul Dahyatul Fazlinda berkata, dia menjalani kehidupan seperti biasa namun mengakui 'kesakitan' lalu masih tetap dirasai tetapi mengakui tiada dendam pada bapa.
Menurutnya, episod sukar dilalui ketika zaman kanak-kanak kerana kejadian berlaku sewaktu dia berusia lapan tahun apabila sering diejek dengan pelbagai gelaran yang merobek hati.
"Apabila memasuki fasa remaja dan sekolah menengah, saya berada dalam persekitaran yang sangat positif. Rakan, guru dan orang sekeliling selalu beri semangat kepada saya. Jadi saya cuba buang rasa malu dan rendah diri dengan keadaan fizikal ini.
"Saya dan Irfan (nama panggilan Muhammad Irfan Firdaus) mahu melupakan kejadian itu dan kami lebih suka berfikiran positif dan ikhlas menerima kejadian itu sebagai ujian dalam hidup kami," katanya ketika dihubungi Harian Metro, baru-baru ini.
Sebelum ini dilaporkan, gadis berkenaan bersama ibu dan adik lelaki melecur akibat disimbah cuka getah oleh bapa kandung dalam kejadian jam 1.45 pagi pada 15 Ogos 2010.
Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecacatan di muka dan badan termasuk kedua-dua lubang hidung mengecut sekali gus mengganggu pernafasannya.
Nurul Dahyatul Fazlinda berkata, mereka sangat sedih apabila masih ada segelintir pihak yang mengecam bapanya biarpun lelaki itu sudah menerima hukuman atas tindakannya itu.
"Saya sedih apabila masih ada menyalahkan abah, kami adik-beradik tidak pernah membuang abah kerana kejadian itu yang tidak sengaja terkena kami, malah abah juga mengakui kesalahan dan sehingga kini selalu meminta maaf kepada kami.
"Satu kekhilafan abah bukan bermakna saya perlu membencinya dan hubungan kami masih baik, malah setiap kali cuti kami empat beradik pulang ke rumah abah," kata anak kedua daripada empat beradik itu yang kini membantu ibunya berniaga makanan.
Menurutnya, kesihatannya baik cuma dia mengalami kesukaran bernafas terutama ketika demam, selesema dan menangis kerana saluran hidungnya semakin sempit ketika ini.
Katanya, sepatutnya dia akan menjalani pembedahan plastik untuk merawat wajah yang memerlukan kos RM100,000 pada 2016, namun ia tertangguh kerana keluarganya tidak berkemampuan.
"Antara kami bertiga, kecederaan saya yang paling teruk apabila melecur di muka dan dada, manakala Irfan sedikit di pipi. Justeru saya berharap dapat menjalani pembedahan itu.
"Besar harapan saya kali ini ada pihak yang betul-betul sudi membantu kami sehingga pembedahan dilakukan. Kalau selesema, demam atau menangis tak boleh bernafas guna hidung terpaksa bernafas dengan mulut," katanya pernah menjalani satu pembedahan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu ketika berusia sembilan tahun.
Gadis itu berkata, kulit mukanya akan terasa perit ketika cuaca terlalu panas dan jika berpeluh kulitnya juga akan gatal-gatal.
"Saya juga mahu seperti wanita lain dan tipulah kalau tiada rasa 'insecure' dengan wanita lain (yang tampil dengan penampilan menarik).
"Bahagian hidung saya yang terjejas teruk dan jika hidung 'ok' (tidak mengganggu pernafasan) saya rasa tak kisah kalau wajah saya seperti ini sampai bila-bila pun, sebab itu saya sangat memerlukan pembedahan terutama untuk hidung," katanya.
Maaf cerminan kekuatan diri
Pendekatan memaafkan seseorang yang pernah melakukan kesalahan mampu memberi kekuatan untuk menerima ujian berat selain meneruskan kehidupan dengan lebih positif.
Pegawai Psikologi Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM) Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, tindakan memaafkan seseorang juga bagus untuk pemulihan diri daripada segi pemikiran, emosi dan tindakan.
"Memaafkan bukan untuk melupakan sesuatu perkara kerana peristiwa itu dianggap sebagai tragedi hitam yang berlaku, namun hidup perlu diteruskan," katanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut, Siti Fatimah berkata, kesan trauma memerlukan tempoh masa lama berdasarkan faktor tahap kecederaan, sumber sokongan moral dan sosial, kecacatan serta personaliti seseorang mangsa itu.
Bagaimanapun katanya, sokongan moral tidak berbelah bahagi daripada keluarga dan rakan yang menunjukkan keprihatinan dan cakna adalah paling penting bagi membantu penyembuhan emosi.
"Situasi traumatik adalah satu peristiwa yang menyebabkan kecederaan terhadap fizikal, emosional, psikologikal atau mental yang dialami seseorang individu itu.
"Jadi rawatan psikologi kaunseling trauma membantu mengurangkan stres, ketegangan dan penderitaan emosi," katanya.
Ibu terima takdir menimpa anak
"Sebagai ibu saya sedih melihat wajah anak yang berubah selepas kejadian itu tetapi bersyukur dia menjalani kehidupan dengan baik dan dapat mengatasi rasa malu," kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang.
Che Ku Zaimah adalah mangsa simbahan asid bekas suaminya dalam kejadian pada 14 Ogos 2010 yang turut menyebabkan kecederaan parah pada anak perempuan keduanya, Nurul Dahyatul Fazlinda.
Turut cedera dalam kejadian itu, anak lelakinya, Muhammad Irfan Firdaus yang cedera di bahagian muka.
Che Ku Zaimah berkata, anaknya terutama Nurul Dahyatul Fazlinda disifatkan sangat tabah dan kuat semangat yang mana kejadian silam itu tidak dinafikan turut mengganggu emosi mereka sekeluarga.
Bagaimanapun, dia juga mengambil pendekatan sama dengan anaknya untuk menerima takdir itu dengan reda, malah mengakui tiada dendam dengan bekas suami biarpun kejadian itu bukan mudah dilupai.
"Sudah 13 tahun berlalu dan trauma sudah tidak seperti sebelum ini. Kalau dulu ada orang lalu dekat rasa takut tetapi sekarang sudah tiada dan emosi juga lebih baik sekarang.
"Saya ambil pendekatan positif, saya anggap ini takdir saya, malah bekas suami juga sudah menerima hukuman mengikut undang-undang. Lagipun kami sudah ada kehidupan masing-masing.
"Anak juga memberi peluang kepada bekas suami dan dia juga mengambil berat terhadap empat anak.
"Saya sendiri ambil pendekatan tidak menghalang dia berjumpa dengan anak kerana mereka tetap anaknya," katanya yang berkahwin baru pada 2015.
Katanya, biarpun anaknya dapat menerima keadaan fizikalnya itu, namun sebagai ibu dia mengharapkan yang terbaik terutama Nurul Dahyatul Fazlinda yang mengalami kesukaran bernafas.
"Kedua-dua anak pernah menjalani satu pembedahan dan selepas itu kami sudah tidak meneruskan rawatan atas beberapa sebab termasuk tiada kenderaan ke hospital.
"Sekarang ini lubang hidung Nurul Dahyatul Fazlinda semakin sempit. Kalau ada bantuan untuk pembedahannya itu saya sangat menghargainya," katanya. -CARI
Sumber: Hrian |
|
|
|
|
|
|
|
Pahty nak sedekah kat mana miro? Takde no akaun. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak sengaja tersimbah anak2, jadi sebenarnya sengaja nak simbah sapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bg sumbangan tp xde nombor akaun pula.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian ko dik tp hati ko sgt mulia.. acik jeles dgn hati mulia mu ittew.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 tak boleh pilih mak bapak mereka.
Jadi bila kita ni direzekikan jadi mak bapak, maka cubalah jadi mak bapak yang, kalau anak2 boleh pilih, mereka akan pilih kita sebagai mak bapak. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 21-6-2023 08:42 PM
Mulia hati adik ni, nama pun sedap. Kesian, masa kejadian pun baru umur 8 tahun, adik dia umur 2 tahun. Tak dapat bayangkan sakit masa kena simbahan asid tu. Semoga adik Nurul dan Irfan diberikan kebahagian dunia dan akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuh. Kalau aku, mati idup balik, mati lagi, hidup lagi sekali, punnn aku takkan maafkan. Lantokla kau sana. Tragis jugak yach kejadiannya :
Luar Kawalan - Suami Simbah Cuka Getah Ke Muka Isteri dan Dua Anak
NURUL Dahyatul Fazlinda cedera parah di muka dan mata
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang terlalu marah terhadap isterinya kerana menuntut cerai bertindak menyimbah cuka getah ke muka wanita itu dan dua anaknya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, anak suspek, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, melecur pada muka dan badan manakala isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, melecur belakang badan dan sebahagian lehernya.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata seorang lagi anak suspek, Muhammad Irfan Firdaus, 2, melecur pada muka dan badan, manakala ibu mentua, Minah Omar, 56, cedera ringan pada mata kiri.
“Siasatan awal mendapati suspek, Mat Haizan Mat Yasin, 32, yang disyaki seorang penagih dadah dan tidak bekerja, marah dengan isterinya yang bekerja sebagai penjual sayur di pasar di Kuala Berang, kerana menuntut cerai.
“Mereka masih pasangan suami isteri, tetapi sudah tidak tinggal sebumbung sejak lima bulan lalu. Mangsa (Che Ku Zaimah) membawa empat anak mereka berusia antara 10 dan dua tahun berpindah ke rumah ibunya di Kampung Sekayu.
“Bagaimanapun, suspek dikatakan sering ke rumah ibu mentuanya untuk meminta wang daripada mangsa,” katanya.
Katanya, keempat-empat mangsa kecuali Minah yang dibenarkan pulang, masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), manakala dua daripada mangsa iaitu Che Ku Zaimah dan anaknya Nurul Dahyatul tidak mampu bercakap kerana melecur teruk.
Manoharan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serius dan polis kini memburu suspek.
Sementara itu, Minah berkata, menantunya datang ke rumahnya awal pagi semalam untuk meminta wang RM30.
Bagaimanapun, katanya anaknya enggan memberi wang berkenaan menyebabkan menantunya itu berang dan menendang pintu rumah.
“Sebelum ini, menantu saya memang pernah mengugut untuk menyimbah asid di muka anak saya apabila menuntut bercerai, tetapi anak saya tidak ambil peduli sehingga kejadian ini berlaku.
“Sepanjang pengetahuan saya, menantu saya bukan saja pernah menampar isterinya apabila berlaku pergaduhan, malah pernah menyimbah cat rumah ke atas kepalanya, selain mencederakannya dengan api rokok.
“Menantu saya tidak bekerja dan hanya tahu meminta wang daripada anak saya yang menjual sayur di pasar, menyebabkan dia tidak tahan dengan kerenah suaminya itu dan pergi ke pejabat agama untuk menguruskan perceraian,” katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya dia, 100k je tuh harap ada founder yg kaya raya leh bantu. Kalau bukak tabung derma pun insya Allah ramai yg nak bantu.
Kalau 9 juta pun kejap je leh terkumpul ini kan plak 100k.
Besar sungguh hati adik nih, walhal dia masih menderita disebabkan kejadian tu.
Btw mak dia muda lagi ya baru 41 tahun, harap suami baru berperangai elok laa.
Kalau iols trauma dah laki lama dia tu mmg sehauk2 sungguh pangai.
Patutlah dulu maknya nak minta cerai tp disimbah plak asid. |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 21-6-2023 09:30 PM
Fuh. Kalau aku, mati idup balik, mati lagi, hidup lagi sekali, punnn aku takkan maafkan. Lantokla ka ...
Kan, dasat sungguh bapak dia nih pun bini dah bawak keluar anak2 duk umah mak sendiri pun masih tak selamat.
Ujung2 anak2 dia gak yg terima dia seadanya, bapak dia tu buat apa je skrg? Usahakanlah cari 100k tu
Memandangkan dia taik dadah agaknya dah bebetul clean ke atau masih mendadih? |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya bila baca berita kejadian. Semoga Allah bukakan jalan utk adik ni dpt duit sumbangan. Actually skjp je boleh capai rm100k tu. Sbb kisah yg bapa seorg pelajar yg meninggal dan ibunya oku buta pun boleh dpt rn300k..itupun hanya melalui saluran akaun pibg sekolah, belum lg melalui saluran lain..hrp kisah adik ni menjadi viral juga. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi dalam hati takde sapa yg tahu kan lagi2 masa duk kelebek muka kat cermin, masa kena ejek dengan kawan2
kalau tak maafkan pon tak salah rasanya
sekian dari acik hati hitam |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa: Fuh. Kalau aku, mati idup bali ...
Fuh teruk ye bekas suami die tu. Memang niat nak simbah asid. Bukan saje kat isteri je, kat anak2 pon dan ibu mertua pon die simbah asid. Kejam.
Ntah lah. Klo iolss susah nak maafkan org yg jahat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 21-6-2023 09:48 PM
Kan, dasat sungguh bapak dia nih pun bini dah bawak keluar anak2 duk umah mak sendiri pun masih ta ...
Mmg tragis. Meols dok ketap2 jari kaki je, menahan geram sambil baca ber episod2 kejadian simbah ni yach.
Mmg hati binatang. Sorry la kalau meols nak maafkan taik dadah ni. Never yach.
Dia simbah asid tu dkt bini dia, then bini dia mengelak. Kena blkg bini dia, mostly. Muka tak kena.
Tapi yg byk kena, si Lin ni. Dia nak leraikan makbapak dia gaduh. Yg lagi tragis, si Irfan tu tgh tido yach. Tersimbah jugak. Bayangkan budak 2 tahun kena asid. Menggelupur yach bebudak ni kepanasan. Si nenek nak leraikan, kena percikan asid dkt dlm mata yach. Serta mata mata dia jadi kelabu pudar pandangan.
Yg lagi bapak segala babi, dia tak dpt simbah muka bini dia, dia pegi gosok2 lagi blkg bini dia, kasi teruklagi asid tu. I mean. Come on. 10 years je. Then 5 sebatan.
Keluar2, dimaafin anak. Senang kan jadi penagih? |
|
|
|
|
|
|
|
YIHHHHH... Bikin panasss aku baca kisah ni memalam.
Kau mmg satu dlm sejuta, dik. Mampu maafkan si setan ni. Kalau akak lah dik, akak sendiri yg pegi penjara, then simbah muka dia dgn asid, dik
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 21-6-2023 09:30 PM
Fuh. Kalau aku, mati idup balik, mati lagi, hidup lagi sekali, punnn aku takkan maafkan. Lantokla ka ...
Fuhhh jahat sungguh rupanya. Ingatkan memang bethol tak sengaja. Tapi xsengaja apanya kalau 1.45 pagi. mulia sungguh hati anak ni. masih bersangka baik. Walaupun effectnya sepanjang hidup kena ejek. Trauma tau tak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena simbah mse umur 8 thn dan adik 2 thn..kecik lg. Kalau kne simbah asid umur remaja..pastu tgok muka merekot mcm tu..mau trauma kecewa hingga ujung nyawa.
Semoga dipermudahkan segala urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ni kdg2 pelik dgn teknologi plastic surgery. Knp kes simbah asid x dpt dirawat. I mean sbb hilang saraf, x leh menjadi ke 'acuan plastic surgery' tu. Kes2 gini la patut diguna plastic surgery. Ini x, muka dh ok, diplastik surgery kn. |
|
|
|
|
|
|
|
ko maafkan knp dek aduilaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah bahanya dadah . Moga yg terbaik buat mangsa dan keluarga. Kalau meollss sampai kiamat takkkan maafkan bapak haram jadah tu.. puikk |
|
|
|
|
|
|
| |
|