CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4345|Reply: 35

Noralbaniah terduduk anak ditangkap kes dadah

[Copy link]
Post time 14-6-2023 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Noralbaniah terduduk anak ditangkap kes dadah


Noralbaniah mengakui Syarra tersalah pilih kawan menyebabkannya terjebak dengan penyalahgunaan dadah.


KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Noralbaniah, 54, menyifatkan episod hitam yang menimpa anak tunggalnya, Syarra Sudarman yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah adalah ujian besar buatnya sebagai ibu.

Noralbaniah berkata, awalnya agak sukar untuk berdepan pertanyaan orang ramai, namun kini hatinya lebih tenang dan menerima ujian Allah dengan berlapang dada.

"Mana ada ibu bapa yang mahukan anaknya menjadi sebegini. Benda ini berlaku tanpa saya duga.

"Namun, apa pun yang terjadi, saya terima dan reda. Mungkin apa yang berlaku hari ini, akan menjadikan seseorang lebih baik pada kemudian hari.

"Ada orang menghukum saya, tetapi saya terangkan, anak saya bukan berusia 18 tahun. Kalau 20 tahun ke bawah saya boleh tegur, tetapi Syarra sudah berusia 28 tahun, jadi janganlah kecam dan kata saya salah didik anak.

"Ini ujian untuk saya, Alhamdulillah saya kuat.

"Kalau dulu mungkin saya kurang matang, tetapi sekarang saya boleh terima dan berdepan orang ramai. Iyalah dulu bukan ada media sosial, tiada viral.

"Sekarang tak boleh buat silap, semuanya tular dalam media sosial," katanya kepada BH Online.

Noralbaniah ditemui pada majlis tayangan filem Vik2ria Secret arahan AR Badul, malam tadi.

Tambah pelakon era 90-an itu, dia mengambil kesempatan memohon maaf kepada pihak media yang menghubunginya dan bertanya mengenai perkara itu.

"Ada seorang wartawan menghubungi saya. Jujurnya, saya tahu berita penangkapan Syarra melalui wartawan ini.

"Bayangkan perasaan saya, terduduk bila dapat tahu.

"Saya bukan pengguna media sosial yang bangun pagi terus tengok berita terkini. Jadi, saya tahu daripada panggilan media dan sangat terkejut," katanya.


Noralbaniah berkongsi, awalnya agak sukar untuk berdepan pertanyaan orang ramai, namun kini hatinya lebih tenang dan menerima ujian Allah dengan berlapang dada.


Mengulas perkembangan Syarra, Noralbaniah berkata, anak tunggalnya itu sudah keluar penjara pada Mac lalu dan kini dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah, Syarra elok sahaja. Saya pergi melawatnya di Melaka dan kerana berkelakuan baik, Syarra dibenarkan keluar awal pada Mac lalu.

"Syarra bukan calang-calang anak, berpendidikan tinggi dan juga lulusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Jadi, saya sedih bila semua ini terjadi.

"Saya tak nafikan, mungkin Syaeea salah pilih kawan, tetapi saya tak mahu cakap lebih sebab ia sudah berlaku.

"Itulah satu-satunya anak saya bersama arwah Sudarman. Saya berkahwin dengan arwah hanya dua tahun dan tidak berkahwin hingga sekarang, itu orang tak tahu," katanya.

Terdahulu, media melaporkan Syarra mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dikenakan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Majistret Saiful Sayoti turut mengarahkan tertuduh menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.

Bagi pertuduhan pertama, Syarra didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah pada jam 11.45 pagi pada 12 Oktober tahun lalu.

Atas kesalahan itu, Syarra dikenakan hukuman penjara lapan bulan bermula tarikh ditahan.

Pertuduhan kedua pula apabila didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah jam 3 petang pada tarikh sama.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bagi kesalahan berkenaan.

Syarra adalah anak Noralbaniah menerusi hasil perkongsian bersama bekas pelumba kereta, Allahyarham Sudarman yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada pada 10 Jun 1996.


Sumber:
https://www.bharian.com.my/hibur ... ditangkap-kes-dadah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2023 03:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2023 03:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 03:36 PM | Show all posts
cantik anaknya, sbb tulah kita sbg mak mmg kena pantau dgn sapa anak2 kita berkawan..ujian utk kak nor..semoga jadi pengajaran utk anaknya..jgnlah sesekali terjebak dgn najis dadah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeke? Ntah2 anak2 orang tu yg tersalah kawan dgn anak kau. Pantang betul aku orang kata anak kita tersalah kawan. Padahal anak kita kepala segala kejahatan
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 03:40 PM | Show all posts
sian nor albaniah... memang kecewa betul sheols rasanya anak buat macamtu...
dah la mak berhempas pulas pergi kerja jadi cleaner semua... tengok2 anak jadi macamtu...

tak di nafikan sheols dulu pun bohsia jugak ahahaha tapi tu la iols rasa sheolsss dah cuba buat yang terbaik untuk anak2...

harap2 keluar penjara nanti anak dia jadi anak yang lebih baik...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2023 03:41 PM | Show all posts
lawa anak..mcm muka mak dia zaman muda..semoga baik2 saja
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah maknya pon perokok tegar. Apa nk heran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2023 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn buat lagi je sudah
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 03:49 PM | Show all posts
lifestyle memang open kan..
nak terkejut apanya..
ke terkejut macam mana boleh kantoi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 03:51 PM | Show all posts
sayangnya anak dia lawa n hots... naper la pilih mendadih
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda2 dah main syabu. Bagi i berkawan la dengan macam2 orang, tapi kita kena tetap pendirian. Ada je kengkawan meouls yg kaki rumput tapi i idok le try juga. Anak dia pon dah umur2 mak orang, xpayah la nak selit2 pasal kawan
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia lum kawen lagi ke? Anak dia keje apa je lepas grad?
Betul gak umur dh 28 tahun iols ingatkan anak dia bbnu lagi.
Kenapa la ye boleh terjebak ngn dadah plak jgnlah musnahkan masa depan sendiri dik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 03:59 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 14-6-2023 07:40 AM
sian nor albaniah... memang kecewa betul sheols rasanya anak buat macamtu...
dah la mak berhempas pu ...

pandai anaknya, ada TESL. Tapi dah susah la nak cari kerja sebab ada rekod jenayah & penjara. Jadi artis je la dekk.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 14-6-2023 03:36 PM
cantik anaknya, sbb tulah kita sbg mak mmg kena pantau dgn sapa anak2 kita berkawan..ujian utk kak n ...

Kan dia ckp anak dia dh 28tahun.kau ingt ank dia nak dgr ke ckp mak dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 14-6-2023 03:59 PM
pandai anaknya, ada TESL. Tapi dah susah la nak cari kerja sebab ada rekod jenayah & penjara. Jadi ...

Anak sheols ni dah ada anak kan? Means Albaniah ni ada cucu. Iols macam pernah terbaca sheols jaga cucu sekarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2023 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh dia x kawen2 lps arwah suami dia meninggal rupanya.sian anak dia.. kecik2 jadi anak yatim.arwah bapak dia meninggal
accident x silap.boleh tahan hensem orgnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 04:12 PM | Show all posts
recycle cerita tahun lepas ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 04:29 PM | Show all posts
alesandra replied at 14-6-2023 08:08 AM
Owh dia x kawen2 lps arwah suami dia meninggal rupanya.sian anak dia.. kecik2 jadi anak yatim.arwah  ...

takde la macam yang sorang tu.
suami meninggal, kahwin baru, pastu upload caption "Roh saya memang sudah lama mati, yang ada hanya jasad dan amanah arwah untuk menjaga anak-anak"...



Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 14-6-2023 04:29 PM
takde la macam yang sorang tu.
suami meninggal, kahwin baru, pastu upload caption "Roh saya meman ...

Poen masih minta dibelai uols..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-9-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.046557 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list