View: 4136|Reply: 77
|
Faizal Tahir Tertekan Tengok Harga Tiket Konsert - 'Saya Minta Maaf Banyak-Banyak'
[Copy link]
|
|
"Secara jujurnya, masa tengok harga tiket pun saya tertanya juga 'wow harga tiket macam ini ya'."
Faizal Tahir menjelaskan isu harga tiket Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur yang didakwa mahal di luar kawalannya dan dia tiada kuasa untuk menentukan harga jualan itu.
Mengakui terkejut pada awalnya, Faizal atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 45, bagaimanapun menyerahkan urusan penjualan tiket sepenuhnya kepada pihak penganjur.
IG
"Soal harga saya tidak boleh jawab lebih kerana di luar bidang kuasa saya. Tapi perkara ini saya sudah serahkan 100 peratus kepada pihak pengurusan tapi seperti penganjur cakap sebelum ini, mereka sudah mengambil kira banyak perkara untuk menetapkan harga tiket ini.
"Untuk saya patah balik dan kurangkan harga tiket itu agak susah tapi seperti dimaklumkan pihak penganjur, ia adalah harga berdasarkan apa yang mereka jangka daripada saya," katanya kepada pemberita.
Faizal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Aku Faizal Tahir Live in KL yang diadakan di Jiospace, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.
Dalam pada itu, Faizal mengakui sedikit tertekan apabila melihat harga tiket yang ditawarkan. Namun, dia berjanji akan memberikan persembahan terbaik pada malam konsert tersebut.
"Mungkin ini sedikit sebanyak salah saya juga kerana tidak ambil pusing sangat berkenaan harga tiket yang ditawarkan kepada penonton.
"Bagi pihak saya, saya minta maaf banyak-banyak kerana ia bukan satu perkara yang saya boleh kawal dengan mudah.
"Sejujurnya ia memberikan sedikit tekanan buat saya apabila melihat harga tiket seperti itu. Sebagai penghibur, saya perlu memberikan yang terbaik untuk memastikan harga tiket yang mereka bayar itu berbaloi," ujarnya.
IG
Faizal bagaimanpun mengakui sedikit kecewa apabila harga tiket itu dipersoal sedangkan peminat sanggup membayar lebih untuk menonton persembahan artis luar negara.
"Ini satu persoalan yang bagus untuk masyarakat kita lihat sendiri. Boleh saja kalau saya nak cakap fasal isu ini tetapi saya bukan jenis seperti itu.
"Tak kisahlah harga artis dari Barat, Korea, Jepun atau Indonesia, peminat sanggup bayar mahal tetapi kalau artis kita mereka persoalkan.
"Saya rasa dengan pengalaman 17 tahun menyanyi, Alhamdulillah saya sudah dapat menghasilkan karya yang cukup baik untuk dihargai peminat bagi membayar harga sebanyak itu," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila peminat mempersoalkan harga tiket konsert Aku Faizal Tahir Live In KL dijual dengan harga yang mahal.
Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre pada 2 September ini dijual dengan harga tiket bermula RM488 (Platinum), RM588 (Diamond) dan RM688 (VIP).
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Entah lah... Penganjur pun bangang... Baik pergi konsert ella jah tiket paling murah pun RM99.... Lagi berbaloi dengar nek ella nyanyi ala2 radio...
Dari nak kena hadap suara serhoper mesin tebu lepastu dah la tak hensem... Harapkan lagu je sedap.... Tapi kalau bab nyanyi lebih baik di gantikan dengan mesin ais kacang....
Kalau ada sesi bukak baju tayang puting coco crunch serhoper taik kambung tu pun masih tak berbaloi... Dengan tiket mahalnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Moralnya, jangan serahkan bulat-bulat kepada penganjur. Perlu ambil tahu juga sedikit. |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 setlist ni berapa lagu dengan harga level tu? iols tengok Dreamies haritu pon dapat la 30 lagu jugak.
yang pasti Dreamies lagi murah + buat dekat axiata lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Paling murah 488?
Berani betul FT proceed harga tix cam gini. Ticket Ella pun paling murah 99. Ticket Ecah dengan orchestra MPO pun 255.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengok jela berapa org penonton hadir nanti, ada tak mak2 datin bawa geng nak tengok FT. Good luck |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jual ke?
Nanti kot2 postpone kita tahulah tu tak terjual.
Tp ramai lah tu pemenat2 dia ni sudi beli. |
|
|
|
|
|
|
|
Acah2 caring dengan kemampuan dan masalah financial rakyat marhaen yg support dia. |
|
|
|
|
|
|
|
bakalan di nek ani kan lah konsert ko ni nanti dengan harga tiket mahal gitu. dah la kepam tak helok ada hati nak caj orang mahal2 nak tengok muka ko yang nan hado tu yihhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
he needs to be cancelled !
#kepam
#tamak
RiP |
|
|
|
|
|
|
|
kerlasss.... ini betul2 exclusive and intimate konsert wokey.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo 17 tahun lalu maybe peminat akan consider spending a bit sbb ko best giler kalo live show, tapi skrg sore ko selalu ke laut dan takde apa2 tarikan lagi nak tgk ko imho....unfortunately, that's the case...
But, lagu ko mahakarya cinta tetap one of my all time fave songs....no doubt |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sangat ko dipergunakan oleh penganjur. Yup setuju dengan forumer lain. Dulu dia hensem smart dan kemas kot. Kenapa sekarang serabai giler. Taulah dah berusia. Tapi agak2lah..dulu aku crush kot dengan dia..bila dia perform kat AJL tu Especially masa kaki dia sakit tu perghhhhh mantap okeh. Terserlah kejantanan. Tetap gagah berkerja walau kaki tempang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak ella lagi bagus. Ella pewwitt ratu rock malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh pulak persoalkan tiket artis luar lg mahal tp sanggup beli. Hello konsert dewa19 yg lg legend hari tu pun xde mahal mcm ni. I is kecewa. Ni mesti penganjur berangan nak untung byk. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by eLiaD at 13-6-2023 11:59 PM
nk tgk ell concert dh ade at youtube Konsert Ella 2.0 jilid akhir
RiP |
|
|
|
|
|
|
|
Entah lah fezal...kalau mcm abam nuar zain tu bleh terima lagi, performance dia bukan calang2, very the personal, soft, and corporate. Performance dia sekali pergi rasa mcm terapi... |
|
|
|
|
|
|
|
Konsert cakra khan dr seberang pun rm218 je pling murah. Iols tak minat sangat dia ni. So tak rasa nak gi unless free...hahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|