CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7274|Reply: 73

Tokti Tunda Konsert Solo Sebab Kesian Ramai Dah Berhabis Duit

[Copy link]
Post time 15-5-2023 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Konsert solo berskala besar yang sepatutnya diadakan tahun ini, ditunda Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas memikirkan keadaan peminat yang mungkin sudah berbelanja banyak membeli tiket Konsert Satu Suara Vol.3 yang diadakan pada Sabtu.


“Sebenarnya perancangan yang seterusnya ialah saya nak buat konsert solo dalam masa terdekat.




IG




“Tapi saya tahu, saya tidak boleh paksa peminat untuk beli lagi tiket konsert saya. Saya kasihankan mereka dan saya kena adil kepada peminat. Insya-Allah, konsert solo itu nanti saya adakan tahun depan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas Konsert Satu Suara Vol.3 baru-baru ini.


Mengulas lanjut, penanyi nombor satu negara berusia 44 tahun itu berharap penundaan konsert berkenaan dapat memberikan waktu yang cukup kepada Siti dan pasukannya untuk tampil dengan idea lebih bernas.


“Penundaan ini juga membuatkan saya ada masa untuk buat persiapan serta menghasilkan idea yang lebih bombastik untuk konsert itu nanti.


“Lagi pula saya sedang merakamkan album terbaru. Apa kata saya tunggu album ini keluar, dapatlah saya menyanyikan lagu baru semasa konsert itu nanti tahun hadapan,” tambahnya.




  



Bercerita lanjut mengenai album terbaharunya itu, Siti baru sahaja selesai merakamkan tujuh lagu dalam keadaan suaranya yang masih belum sembuh sepenuhnya.


“Rakaman untuk album itu saya buat pada Ramadan lalu dalam keadaan suara yang masih serak.


“Alhamdulillah, Allah permudahkan dan saya  merakam tujuh lagu. Album itu nanti akan memuatkan 12 lagu secara keseluruhan. Suara saya pun baru nak baik dan semakin banyak perubahan,” katanya lagi.


Terdahulu, Siti merupakan salah seorang penyanyi yang memeriahkan konsert Satu Suara Volume Tiga yang turut menampilkan Ernie Zakri dan Jay Jay. Konsert yang diadakan di Plaza Sungei Wang itu dihadiri kira-kira 4,000 pengunjung.


Konsert itu juga merupakan usaha yang dilakukan Yayasan Nurjiwa bagi mendapatkan dana bantuan membiayai sekolah buat anak-anak Palestin di Gaza.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ate ngape udah lain suaranya.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 02:52 PM | Show all posts
betul juga... dah tu takkan audience yang nak pergi tu audience sama yang pergi konsert 3 suara betul tak? ponen2 bottom semua dah perabih simpanan kat konsert 3 suara tu takkan la nak kena berhutang atau main kutu plak untuk konsert solo tu...
yang pergi konsert heshe nanti tu ponen sama juga... kalau runtuh stadium tu pun hampir suku ponen2 dekat malaysia ni pupus... yang lain2 kat konsert aina abdul dan haelina...

sekaligus sempat la tokti sediakan diri dan melalang untuk teruskan kelangsungan...


Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 02:59 PM | Show all posts
konsert back to back berskala besar...... costume / dress tetap Cik Pung Cik Pung.... cutting asymmetric sana sini.. bling bling sana sini... ropol bahu ropol seluar... terus nampak konsert fun fair kenduri kawin cik jah kuala lipis...  
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Org lagi bz nak perang tiket coldplay esok nih. Sitilipis ketepi please...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh...tokti dh kurus skrg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2023 03:22 PM | Show all posts
syukurrr...boleh la iols kumpul duit untuk benda lain dulu tiberr. Kalau sheols still buat tahun ni, iols rasa tiket tak sold out. Dahtu playlist lagu pun dok ulang yang sama jah, cindai purnama merindu, kesilapanku keegoanmu yihhh kowser sangat

bila nak bawak lagu daripada album All Your Love, Tahajjud Cinta? Masa konsert nanti, team ctdk kena make sure sheols bawak lagu omputih yach! Jangan jadi pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 03:23 PM | Show all posts
oh lagi satu album CTKD.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Konsert 3 suara ni mcm payah nak laku.. almost tiap hari tokti promote. Ticket pun last day sold tu mungkin tak terjual pun. Konsert back2back Dari last year, tokti kna rest dulu bagi org excited balik. Lagi lah dgn mcm2 konsert skrg ni.

Btw lagu ape je tokti nyanyi smlm?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dolmat at 15-5-2023 03:58 PM

Dah sebab kesiennnn bagi laluan lah pulak...

Dulu kalaaaaaa selagi boleh sauppppp hang saup bersih tak kasi chance laluan pada retis yg lain nak berkonsert..  

Dari satu album ke satu album mengempit beduet dgn retis2 yg tengah ngetop... Phuiiit!

Nek Jah Sheila Tu lagi free hair bersuamikan AHLI MUSIK.. relek aje tak temahak... Exclusive lagi takde pun terkinja2 dlm social media!

Haiiiii lah Nek Tok Jah iti...umur2 gini  patutnya dah mellow.. ni masih kerah EMPAT tulang kerat dgn suara besauuuuu sebab nak tanggung biowok tua dgn anak2 kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi timing x kena.. bulan Ramadhan duk promote konsert.. tepuk dahi den
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Team tokti takkan tak buat research marketing bagai..jawapan tokti tu macam orang tua - tua bagi alasan..
Lagi satu tok ti sana tokti sini..tokti dimana-mana...kurangkan lah nyanyi kan diri kat majlis raya, kenduri kahwin ke sebab tak ada eksklusif dah. Lagu pun lebih  kurang ja..boleh dengar tokti nyayi kat majlis kahwin atau majlis raya, free lagi..so kenapa nak pening pergi konsert. Lagi satu ko buat konsert time raya, tu yang tiket lambat sold out..cuba la  lepas bulan  8 onwards ke..timing tak sesuai sangat tokti.
Teringat masa kemunculan tokti ngan faizal tahir, kat Aim rasanya..ternanti - nanti vibes tu..sebab masa tu tokti exclusive sangat..lagu cinta dirgahayu tu best sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 04:23 PM | Show all posts
Dolmat replied at 15-5-2023 03:53 PM
Dah sebab kesiennnn bagi laluan lah pulak...

Dulu kalaaaaaa selagi boleh sauppppp hang saup bersih  ...

staf sheols kat SNP holding tu ramai la nokkkk, kang sheols culas bayar gaji staf sheols kang, chuols jugak memekak ingat kompeni sheols buat catering ala Bizmilla mila jirin, kah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 04:27 PM | Show all posts
iols baca Tokki Tunda Konsert Solo Sebab Kesian Ramai Dah Berhabis Duit


Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 04:27 PM | Show all posts
knp sore tokti mcm besar dah..dah takde kelunakannya lagi..mcm bunyi org selsema resdung menyanyi je aku dengar..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik tunda dr tak laku. Ponen2 tua 40an ni msh zoners lg ke ke hulu ke hilir.. aiyoo suara tokti pun dah besar mcm sajat masih syiok ka dgr?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 04:39 PM | Show all posts
myakayina replied at 15-5-2023 04:27 PM
knp sore tokti mcm besar dah..dah takde kelunakannya lagi..mcm bunyi org selsema resdung menyanyi je ...

iols dh lama perasan sejak dia nyanyi lagu Dealova tu, tak igt utk show/konsert apa, ada keluar kt tv.. rtm rasanya
seram wehhh.. mcm org tgh baca mantera je ampunnnnnnnnnnnn

ehh full house ke tiga suara theyols?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 04:40 PM | Show all posts
timing buat konsert sangat tak sesuai. promosi bulan Ramadhan, konsert buat bulan Syawal.
kalau buat dalam bulan Syawal, orang lagi ramai nak attend open house bagai.
tahun ni pun nampak Tokti mcm tak beraya sangat. Maybe nak jaga kesihatan kot.
Tak macam tahun lepas meriah je Tokti beraya sana sini.
kalau konsert tu buat bulan September rasanya laku keras konsert tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 04:40 PM | Show all posts
betul2 ditunda atau di nek ani kan konsert tuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Org tengah kumpul duit tengok konsert coldplay..tapi paling menyampah ada artis dpt free masuk takyah bayar kena sponsor
Iman tang tu lah siapa lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.089344 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list