CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7672|Reply: 121

Wanita Gelisah Ibu Halang Hubungan Cinta Dengan Lelaki Tabligh "Mak Kata Orang Tabligh Selalu Tinggal Bini Dekat Rumah Sampai Kelaparan

[Copy link]
Post time 15-5-2023 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita resah apabila hubungannya bersama seorang lelaki tabligh tidak direstui ibunya sendiri.


Menerusi luahan di media sosial, wanita tersebut meluahkan bahawa dia kini dalam dilema antara pilihan hati atau restu ibu.


Katanya, ibunya tidak merestui kerana lelaki itu merupakan ahli tabligh yang sering ‘keluar’ rumah.




Gambar Hiasan




"Mak kata orang tabligh selalu tinggal bini dekat rumah biar bini kelaparan.


"Mak bagi contoh jiran sebelah, jiran sebelah tu suaminya selalu tinggal bini seorang diri di rumah. Suaminya tak bagi bekerja akhirnya bercerai. Mak takut saya jadi macam ini.


Bagaimanapun wanita itu menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang yang baik, tahu ilmu agama dan ikhlas menerima dirinya.


"Jadi apa yang perlu saya buat sekarang ini? Saya betul-betul berkenan dengan lelaki itu kerana dia melayan saya dengan sangat baik, saya tak pernah dapat layanan sebaik itu.


"Dia dah banyak habiskan duit dekat saya. Dia tak pernah berkasar dengan saya sekali pun. Kalau time saya marah dia selalu pujuk saya sampai saya tenang.


"Dia selalu ingatkan saya tentang solat, dia pun selalu ajak saya bangun tahajud.


Wanita yang tidak diketahui identitinya itu mengakui merasa terkilan jika melepaskan lelaki tersebut tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu menjadi yang anak derhaka.


"Hati saya berat nak lepaskan dia. Tolong, apa yang patut saya buat, saya buntu takut nanti kalau lawan cakap mak, dikira derhaka walhal dia tak tau banyak dah lelaki sakitkan hati saya sebelum ini.. tak layan saya dengan elok."


Di ruangan komen rata-rata warganet memberi pendapat bahawa wanita itu perlu menyelidik latar belakang lelaki tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bersama dengannya.


Malah mereka juga bersetuju dengan ibu wanita itu dengan menekankan bahawa kewangan yang stabil sangat penting di dalam rumah tangga. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 01:19 PM | Show all posts
yang penting laki tu berkerja ker idokkk???
da selalu bagi duit, mesti la laki ko ada kerja kann... tak pun ada business kann...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 01:23 PM | Show all posts
kerisauan mak dia tu ada point nya
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 01:32 PM | Show all posts
Edited by capwayang at 15-5-2023 01:34 PM

..better ko kawin dengan rohingya atau bangla atau mana-mana warga asing, makan-minum akan lebih terjamin dan kalau ada rezeki ko boleh jadi kaya berbanding dengan bila ko kawin dengan anggota tabligh yang pasti akan selalu keluar rumah berbulan lamanya tanpa tinggal duit belanja untukmu itus..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bf iols family dia semua tabligh, dia je tak. Iols awal2 dah bagi warning jangan join, klu tak iols tinggal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 01:37 PM | Show all posts
nazzse replied at 15-5-2023 01:32 PM
Bf iols family dia semua tabligh, dia je tak. Iols awal2 dah bagi warning jangan join, klu tak iols  ...

bf uol takbligh




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2023 01:38 PM | Show all posts
ni kejadian kena kat kawan meols.. tok laki tetiber masuk tabligh ni.. terus tak kerja, sebelum tu kerja ok. siap dapat posting overseas lagi.. deyols laki bini ni satu uni dgn meols...

anak2 pulak ramai,  6 orang.. bini yg asal duk umah tu  kena kerja , bukak tadika bagai.. berkat rajin usaha, kejap je ada 2 branches

hat tok laki ni jadi bewak tegar, even suh tolong sheols run the tadika pun tamo..

in d end, mintak cerai le sbb dah tawar hati... dr sheols kepam masa membela laki bewak  tu now berseri2 muka sheols yach, mcm dah lepas beban

hat tok laki ni punya la ati busuk.. duk canang mcm2 kat kengkawan uni yg lain. cam porkimark saje.. sapa kata tabligh tu ati baik-baik yach?

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk la tabligh pesen mana. Kalau tabligh yg ambik cuti sethn sekali utk dpt rendahkan diri, muhasabah diri ok je. Jgn la tabligh yg sepanjang thn seumuran ko tabligh, sampai mkn pakai pun kena org lain tanggung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Betullah tu. Tinggal anak bini. Susah senang sendiri.

Kalau sanggup, silakan
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lasagnaklcc at 15-5-2023 02:18 PM

Kebanyakan tabligh yg i kenal, semuanya tak bekerja. Atau maybe pernah kerja then berhenti, so ada la savings sikit nak teruskan hidup. Sanggup ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 15-5-2023 01:38 PM
ni kejadian kena kat kawan meols.. tok laki tetiber masuk tabligh ni.. terus tak kerja, sebelum tu k ...

Ex bil iols menega nasik lemak kat kg baru
Lauk kastemer tak abeh dia masuk balik lam peyuk
Ayam beli ngan apek
Subuh x bangun
Baju bau kepam
Lenjan kereta org sampai minyak kat level E
Kawin 4
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 02:25 PM | Show all posts
majoriti kot tabligh tak bleh pakai

iol pernah dengar kawan i cerita yg bapak dia join tabligh sampai ke yindia, tak bg nafkah apa pun. tu tabligh tak bleh pakai.

umpama kera di hutan disusu, anak di rumah biar mati kelaparan. agitu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 02:27 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 15-5-2023 01:38 PM
ni kejadian kena kat kawan meols.. tok laki tetiber masuk tabligh ni.. terus tak kerja, sebelum tu k ...



mmg majority geng masuk tabligh nie akan jadi bewak....someone meols kenal, anak dia join tabligh jugak...the same, bewak jugak...umur tua skit jer dari adik meols...

Yg ppuan nie better dgr cakap mak dia....ikut hati, mati nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 15-5-2023 05:37 AM
bf uol takbligh

Pernah dipaksa join but terlepas sbb kerja. Dia pun tak suka so selamat la I..haha

Adik2 dia free to join sbb kerja dgn company bapak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 02:50 PM | Show all posts
ooo asal tabligh jer baik..xyah tapis2
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 03:00 PM | Show all posts
nt dia kata,xperlukan duit utk hidup,jgn bertuhankan wang, yg bg rezeki allah... insyallah anak bini kat rumah x kelaparan atas usaha suami berdakwah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 03:05 PM | Show all posts
mmg le mak ko patut risau...jadi ape2 nnti ko bwk perut memboyot balik rmh org tua tu jgk
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asmurai at 15-5-2023 03:07 PM

Kawin je la adik oii. Kang bermasalah nanti jangan pulak cari mak ko balik. Pandai pandai la selesai sendiri dah besor kan.

Orang laki masa belum dapat/belum kawin memang la mulut manis macam gula. Apa perempuan mintak semua pun dapat. Lepas kawin? Nan hadoo
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 03:06 PM | Show all posts
gaya mcm apa-apa pun nasihat org, end up nanti pompuan ni tetap pilih boyfie tabligh dia, saja ja tu up soalan tanya pendapat org ramai
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 03:07 PM | Show all posts
check dulu la adik oooi..setakat call reminder bgn subuh bagai tak menentukan kebahagiaan..
kena check gak ada keje ker, boleh sara hidup lepas kawen ker..zaman skrg ni, duit tu penting, tipulah kalau sebut duit bukan penentu kebahagiaan,,,

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.074605 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list