Dalam ciapan lain, Diana mengakui dia sendiri memandu kereta ketika berusia lima tahun ketika mengulang ciap berhubung kisah kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu kereta bapanya sebelum terbabas melanggar tiang lampu pada malam Selasa lalu.
Malah Diana berkata, mujur dia tidak mengalami sebarang kemalangan kerana kereta yang dipandunya itu jenis manual.
Semalam, tular video seorang kanak-kanak berusia enam tahun dikesan memandu kereta Toyota Vios milik keluarganya sejauh 2.5 kilometer dari rumah bersama adiknya berusia tiga tahun untuk ke kedai, membeli mainan sehingga terbabit kemalangan di Jalan Bukit Tangga di Langkawi, Kedah.
Video kemalangan terbabit mengejutkan orang ramai apabila mengetahui kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak berkenaan tanpa pengetahuan ibu bapanya.
Kejadian yang berlaku di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, berhampiran Kampung Titi Chanwang jam 11.15 malam itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari.
Sumber: Xtra & MalaysiaKini