CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1339|Reply: 22

[Dunia] 1 RAMD sertai Istiadat Pertabalan Raja Charles III

[Copy link]
Post time 7-5-2023 10:03 PM | Show all posts |Read mode
1 RAMD sertai Istiadat Pertabalan Raja Charles III
BATALION Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) menyertai perbarisan pertabalan Raja Charles III di London, United Kingdom (UK) semalam.

Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberi penghormatan menyertai perbarisan bersama pasukan negara Komanwel sempena Istiadat Pertabalan Raja Britain, Raja Charles III di London, United Kingdom (UK), semalam.

Kontinjen ATM yang diwakili Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) menyertai perbarisan sekitar 8 pagi waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia) pada istiadat pertabalan berkenaan.

Pasukan perbarisan itu diketuai Mejar Nurul Fauzan Md Sabri mula menjalani latihan perbarisan pada 28 April hingga 4 Mei lalu.

Sementara itu, Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat memaklumkan istiadat pertabalan berkenaan menyaksikan gabungan menarik antara adat tradisi berusia hampir 1,000 tahun lalu dengan upacara moden yang menggambarkan pelbagai kepercayaan dan budaya di Britain.

"Kontinjen 1 RAMD yang berlepas pada 27 April lalu menjalani latihan dan raptai membabitkan dua pegawai dan 10 anggota lain-lain pangkat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Raja Charles III yang ditabalkan di Westminster Abbey London dalam upacara pertabalan penuh istiadat dikendalikan Uskup Agung Canterbury, Justin Welby serta disaksikan jutaan masyarakat dunia.

Laungan God Save the King kedengaran di sekitar biara selepas Mahkota St Edward yang diperbuat daripada emas padu dimahkotakan ke atas Charles oleh Welby.

Ia adalah pertabalan pertama Britain sejak 70 tahun lalu dan diadakan selepas lapan bulan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada usia 96 tahun.

Istiadat itu akan menghimpunkan kira-kira 100 ketua negara, raja dan permaisuri dari seluruh dunia, selain selebriti.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2023 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitulah.. walaupun dah merdeka tetaplah laungan God Save The King
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
bunnyj3lly replied at 7-5-2023 10:05 PM
Gitulah.. walaupun dah merdeka tetaplah laungan God Save The King

Aku tgk skip2 kat youtube… tak menarik langsung… harry tak nampak pula…
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukti  seterusnya kiblat kita
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Smart RAMD Kita...kudosss..
Jaga ye disiplin kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau x nak p x leh ke...ucap tahniah dah le
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2023 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
bunnyj3lly replied at 7-5-2023 02:05 PM
Gitulah.. walaupun dah merdeka tetaplah laungan God Save The King

Org tu dah sakau kering bijih timah tanah melayu
Dah bawak imgiresen masuk di pastu tak nak
Bawak keluar. Bila jepun dtg di larinya tinggal
Tanah melayu terkontang kanting
Lagi mau God save the king
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 8-5-2023 12:10 AM
Klau x nak p x leh ke...ucap tahniah dah le

Rugila tak p, bukan pakai duit sendiri huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2023 04:24 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 8-5-2023 01:19 AM
Org tu dah sakau kering bijih timah tanah melayu
Dah bawak imgiresen masuk di pastu tak nak
Bawak ...

Bygkan kalau British ambik blk yg dibawak masuk dulu2. Tinggal bangsa melayu je, takdelah nak gaduh2 berpolitik mcm skrg
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 04:40 AM | Show all posts
coronation king charles III sendu....


funeral mak dia lg banyak coverage tahun lepas.


huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 05:48 AM | Show all posts

agong and wife pun pergi apa la sangat pula Rejimen Askar Melayu Diraja?

Azmee kemain gumbira ria bertegur sapa dgn wife soltan Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 05:50 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 7-5-2023 06:18 AM
Bukti  seterusnya kiblat kita


Negara satu bangsa di bawah sanun kemain meniru style british royal dgn jubah warna biru. Kot pakai baju melayu bersampin bagai tak kelasss gamaknya.


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 8-5-2023 05:48 AM
agong and wife pun pergi apa la sangat pula Rejimen Askar Melayu Diraja?

Azmee kemain gumbira ria  ...

Macik nengok King Thai tu jalan dah tak berapa nak lurus
Sikit2 nak tersadung
Nasib queen dok pegang

Queen siam ye bukan Azmee
Kang agong kita bersilat vs tomoi lak dalam hall tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis menjatuhkan maruah & jati diri negara sendiri.  Bodoh punya menteri pertahanan PH

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko jajah aku jd selamanya ko adalah tuan aku. Begitu la kekdahnya. Nasib baik time raja jepun naik takhta kita x hntr askar jgk berkawad kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 12:55 PM | Show all posts
monsterwife replied at 8-5-2023 04:24 AM
Bygkan kalau British ambik blk yg dibawak masuk dulu2. Tinggal bangsa melayu je, takdelah nak gadu ...

Dah bayang. Kat KL tu macam kampung baru sekarang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2023 08:21 PM | Show all posts
monsterwife replied at 7-5-2023 08:24 PM
Bygkan kalau British ambik blk yg dibawak masuk dulu2. Tinggal bangsa melayu je, takdelah nak gadu ...

bayangkan. Bijih timah masih ada. dan di temui minyak mesti currency ringgit sekuat pound streling.
Negeri perak pernah jadi pengeluar utama bijih Timah
utama di dunia satu ketika dahulu.

bila bijih timah dah takde di tinggalnya lombong gitu je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 08:22 PM | Show all posts
otai_g replied at 8-5-2023 01:21 AM
Ko jajah aku jd selamanya ko adalah tuan aku. Begitu la kekdahnya. Nasib baik time raja jepun naik t ...

Padahal masa jepun jajah malaya. British dah cabut lari balik ke Motherland.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 8-5-2023 05:50 AM
Negara satu bangsa di bawah sanun kemain meniru style british royal dgn jubah warna biru. Kot pak ...

Baru beras ball ????
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 8-5-2023 05:52 AM
Macik nengok King Thai tu jalan dah tak berapa nak lurus
Sikit2 nak tersadung
Nasib queen dok pega ...

Kesah ke agung tu ngan si jemi tu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.076701 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list