View: 975|Reply: 14
|
4 Warga Bangladesh Dilanggar, Seorang Ditidurkan
[Copy link]
|
|
Marang: Seorang lelaki ditidurkan manakala tiga lagi rakannya cedera selepas dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer (KM) 51, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan dekat Kampung Jambu Bongkok, Merchang, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, kejadian berlaku ketika empat rakan terbabit sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumah mereka sebelum dilanggar sebuah Perodua Kelisa dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun jam 12.30 tengahari tadi.
Katanya, sebelum kejadian pemandu kereta terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk pulang ke rumahnya di Kampung Shukur, Dungun.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, Perodua Kelisa berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu terlanggar empat lelaki terbabit yang sedang berjalan kaki di bahu kiri jalan untuk pulang ke rumah sewa mereka selepas membeli barangan di kedai runcit di kampung berkenaan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Mohd Zain berkata, akibat kejadian itu, seorang daripada mangsa, Md Shiblu Rahman, 39, terpaksa ditidurkan manakala tiga lagi rakannya, Md Bulbul Sikder, 38, cedera bahu kanan, Md Abdur Roshid, 39, cedera paha kanan manakala, Md Hridoy Khan, 28, patah peha kanan dan dirawat di Hospital Dungun.
"Semua mangsa adalah warga Bangladesh yang bekerja sebagai buruh di sebuah tapak projek solar di kampung berkenaan.
" emandu Perodua Kelisa berusia 24 tahun dan bekerja sebagai tukang jahit tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
apa ko buat 12 tghari kt jalan raya tu.....mak,bapak mana tak tengok anak pi jln raya tu... ... |
|
|
|
|
|
|
|
Bangla mmg ke sana sini jalan kaki berkilo meter
Sbb tu dia org selim
Org malaysia aje nak gi kedai sejengkal pun kena naik kereta takut cair ketiak lecak
Ujung2 smua gundu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Yg heran kat jambu bongkok pun ada bangla |
|
|
|
|
|
|
|
Tukang jahit tu tak tido malam kot.siapkan tempahan baju utk open house.. |
|
|
|
|
|
|
|
jfq: Bangla mmg ke sana sini jalan ...
Tapi tu la bila dah jalan jauh2 tu mesti la berpeluh2... Lepas tu faham2 la[em:12:] |
|
|
|
|
|
|
|
Bangla ganu ada potensi terkenal juga bila dah pandai cakap terengganu dan makan kopok lekor.
Anyway gws buat bangla2 yang kemalangan ni. kesian balik dari kedai.. nak masak agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
"wa jait kasut..bukang jait olang"-tukang jahit |
|
|
|
|
|
|
|
..tukang jahit tu mesti drive tengok phone, phone terlepas jatuh dari tangan dan dia nak ambik phone sambil teruskan memandu, kebiasaannya memang cenggitu kronologi kejadiannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
i kesian kontraktor projek solar tu… nak tanggung yg cedera lagi. pastu nak cari pengganti |
|
|
|
|
|
|
|
Moga bangla berhati hati di jalan raya |
|
|
|
|
|
|
|
Bangla ni selalu macam ayam melintas. Majikan kena ajar cara melintas jalan kot. Kereta dah dekat, tiba2 berlari ke tengah highway kesas. Kalau kereta mengelak, kereta yang kena langgar dengan lori kontena. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian pulak jln tepi jln pun kena juga
Abg kwn aku pun gitu jg
Tgh berdiri tepi jln sebab tunggu masa sesuai nak cross
Skali dtg motor terbabas, kena kat abg kwn tu, kepala terhentak ke batu, terus jd sayo bertahun, last2 meninggal
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian, moga diberi kesembuhan segera |
|
|
|
|
|
|
|
Sian dorg. Projek solar apa kat kg jambu bongkok tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|