Kirkcudbright, Scotland: Sebuah pulau seluas 10 hektar yang tidak berpenghuni dengan pemandangan pantai Scotland akan dijual pada harga 150,000 pound sterling (kira-kira RM840,000).
Biarpun menawarkan pemandangan indah pantai Scotland, kehidupan di sini adalah amat mencabar kerana hanya burung yang tinggal di pulau ini.
Pulau Barlocco itu disenaraikan untuk dijual pada Khamis lalu oleh firma hartanah Scotland, Galbraith.
Pulau ini terletak di daerah Dumfries dan Galloway di Scotland dan terletak kira-kira 9.7 kilometer dari bandar terbesar berdekatan, Gatehouse of Fleet, iaitu kira-kira dua jam pemanduan dari Glasgow.
Ia hanya boleh diakses dengan bot. Ketika air surut, orang ramai boleh ke pulau ini dengan berjalan kaki di atas batu atau menaiki kenderaan khusus.
Pulau itu berada dalam senarai Tapak Kepentingan Saintifik Khas, yang "akan mengehadkan dengan ketara kemungkinan mendapatkan kebenaran untuk membina sebarang struktur atau kediaman kekal" di situ, menurut ejen penyenaraian, David Corrie.
Bagi sesiapa yang ingin tinggal di pulau itu untuk tempoh masa lama, mereka mungkin perlu menggunakan tenaga solar.
Setakat ini, 50 pihak yang menunjukkan minat untuk membeli pulau itu termasuk pihak dari Britain, Itali, Jerman, Norway dan Amerika Syarikat, menurut Corrie.
Bagi Corrie, yang dibesarkan tidak terlalu jauh dari Barlocco, minat banyak pihak terhadap pulau itu adalah tidak mengejutkan.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan pemilik pulau berkenaan.
"Ini biasanya aset yang dipegang oleh ladang atau ladang bersejarah yang mungkin tidak lagi berguna untuk mereka," katanya.
Post time 29-4-2023 04:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pulau gersang ginik jual ratos riban?
Ujong2 pulau tuh tenggelam dilanggar tsunami ribut taufan tak payah tunggu kenaikan aras laut akibat pemanasan global punggg
Post time 29-4-2023 05:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
"ia hanya boleh diakses dengan bot. Ketika air surut, orang ramai boleh ke pulau ini dengan berjalan kaki di atas batu atau menaiki kenderaan khusus."
kene tgk gak whether area pantai tu ada quick sand ke idok..kang x pasal2 tertelan dlm pasir jerlus...kat area Blackpool UK (near Lancaster) mmg pantai teluknya ada quick sand..ramai dh mati sbb terpijak pasir jerlus