CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3923|Reply: 67

Kecewa Tuntutan Insurans Ditolak! Syarikat Beri Alasan Tak Logik, Minta Sampel Tisu Kanser Tapi Doktor Cakap Tak Boleh Bedah

[Copy link]
Post time 6-4-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode
TEMERLOH – Seorang wanita kecewa apabila tuntutan daripada sebuah syarikat insurans ditolak walaupun mempunyai surat dan dokumen pengesahan doktor mengenai kanser pankreas yang dihadapi oleh adiknya.


M. Puvaneswari, 62, berkata, apa yang menyedihkan apabila doktor kerap kali memberitahu apa yang perlu lagi dibuat kepada adiknya, M. Kanagasabapathy, 60.


Katanya, adiknya hanya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM500 sebulan dan disahkan menghidap kanser itu sejak tahun lalu.


Foto: Kosmo




“Tiga kali permohonan saya ditolak dan saya rasa ini tidak adil. Saya kecewa dan doktor pun pelik mengapa permohonan ditolak sedangkan ada pengesahan perubatan.


“Mereka beri alasan tak logik hingga meminta sampel tisu kanser sedangkan tumor berada di bawah dan jika mahu bedah, doktor terpaksa membuka lima organ lain yang mungkin akan menyebabkan dia terbunuh,” katanya ketika ditemui di Taman Bahagia Indah di sini semalam.


Menurut Puvaneswari, dia mula membuat permohonan itu pada 4 Oktober tahun lalu sebelum ditolak dengan alasan perlu surat lebih terperinci daripada pakar.


Tambahnya, dia sekali lagi membuat permohonan pada Januari lalu dan juga ditolak atas alasan Pilihan Raya Umum ke-15.


“Februari lalu, permohonan saya sekali lagi ditolak kerana mereka mahu sampel kanser sedangkan doktor dah tulis pembedahan tak boleh dilakukan,” katanya.


Ujar Puvaneswari, dia hanya inginkan keadilan dan hak adiknya ditunaikan kerana dia amat memerlukan wang bagi menguruskan rawatan harian. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2023 12:45 PM | Show all posts
nak tau insurance apakah itu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 12:48 PM | Show all posts
speechless
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya insurans apa tu risau plak. Dahla baru buat hibah takaful ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 01:04 PM | Show all posts
insurans ape? aku pn ade ambik FWD. tak tau nak kata okay ke x
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak ejen insurans dengan keling, nak katok yang mana dulu ni sister?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2023 01:39 PM | Show all posts
inusrans ape?my salam ke?

kes kwn aku ms tu ank dia 21 taun asik skit perut pegi cek bln 4 tau dpt result tup2 dh stage 4

xsmpai setahun meninggal..dh la dia jer tlg mak dia..bpk dh giler indon xde bg nafkah

ms skit tu aku suh kwn aku apply my salam..tp xlulus dia kata xtau ape sbb..kaunter my salam ade kt hospital..dh la ulang alik dr batu gajah ke HKL kdg2 hospital ipoh..kesian btl
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 01:43 PM | Show all posts
based on gambar nmpak mcm for photoshoot purpose sgat ko punya baring n tilam bantal tu semua khuenst..... dah kalau doktor sahkan n insurans bo layan ko hire la lawyer..... berebut lawyer nak amek kalo bab kes2 saman insurans ni kalau kau punya evidence strong.... tp entahla.... iols fishy sikit bak kata kaka puhki mana 1 nak katok dlu ermmmmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2023 01:49 PM | Show all posts
berita ni takde pulak ejen-ejen nak screenshot buat modal ye
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
AznieBunnie replied at 6-4-2023 12:45 PM
nak tau insurance apakah itu...

Aii rasa P**B**
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
syarikat insurans mintak tisu kanser nak buat apa pulak..ada lab ke kat ofis derang tu?
alasan taknak bayar la tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 01:59 PM | Show all posts
insurance.. biasa la..
masa nak suruh sign up bukan main manis ayat..
dah sign up tibah itu tak boleh ini tak boleh..
tapi nak dengar penjelasan pihak insurance jugak..
apa insurance yang mereka amik..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 02:45 PM | Show all posts
Bukan ka ada cancer marker yang boleh detect dalam darah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 03:57 PM | Show all posts
Orix replied at 6-4-2023 01:43 PM
based on gambar nmpak mcm for photoshoot purpose sgat ko punya baring n tilam bantal tu semua khuens ...

you speak my mind la sis. tngk gambar tu mmg iols terfikir .. mcm posing je mamat tu. mungkin betul la dia sakit .. tapi gambar ni mmg mcm gambar posing la.

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak suruh org langgan insuran sanggup melutut, call terangkan mcm², pujuk sampai org terima, tp bila nk claim mcm² alasan dn syarat yg tak msuk akal pun ada.ambil pengajaran, Aku pn dah cancel langganan insuran bulanan, rasanya kalau dikira dh beribu hbis, kmalangn tak ada. Selamat sntiasa.. Syukur.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik2 mintak.. Payah tul nak claim. Insurans mana ni? Boleh aku cancel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Insurance company mmg mcmtu la kann..
Kita dok byr beratus2 tiap bulan, something happen bila nak claim byk songehnya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 04:51 PM | Show all posts
selalunya kalau penyakit tu dah ada sblm dia sign up insurance memang tak akan cover la..
sebab tu kena jujur before sign up psl penyakit2 yg kita ada..
dan selalunya kes2 yg masuk paper psl insurance ni sebab ingat boleh tapau company insurance
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 05:29 PM | Show all posts
azurro replied at 6-4-2023 04:07 PM
Bila nak suruh org langgan insuran sanggup melutut, call terangkan mcm², pujuk sampai org terima, t ...

Kau dah bayar berapa tahun? Dapat pampasan pape balik tak masa terminate? Aku pun ingat nak cancel lah 1 insurance
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 05:36 PM | Show all posts
Hairan sungguh. Yang mengesahkan dia kena kanser pun doktor, oncologist. Bukannya bomoh kampung.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.729993 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list