View: 13229|Reply: 152
|
Syamsul, Sarah Tiba Di Mahkamah Untuk Jalaani Proses JKP "Semoga Isteri Pertama Boleh Berbaik Dan Berbincang Dengan Saya"
[Copy link]
|
|
Syamsul Yusof tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) sekitar pukul 9.35 pagi tadi.
Dia berharap proses perdamaian bersama isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana berjalan lancar.
Syamsul tampak tenang hadir bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut rumah tangganya dengan Puteri Sarah Liyana Kamaruddin menerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Foto: Google
“Hari ini kami menjalani proses JKP, semoga daripada sesi ini Sarah boleh berbaik dan berbincang dengan saya.
“Saya difahamkan Sarah ditemani ahli keluarganya. Tak tahu lagi macam mana, doakan yang terbaik dan kita jumpa selepas ini,” katanya kepada Kosmo Online.
Sementara itu, Puteri Sarah yang ditemani adiknya, Puteri Sofea tiba di Jawi sejam kemudian dan terus menuju ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK).
Pada 7 Mac lalu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan perceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Berdasarkan dokumen, antara alasan dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai adalah tiada lagi persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. – CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Dgn lelaki psycho mcmni, baik xyah la. Klu dpt cabut, blah je.
Ko tu lepaskan jela PS. Org dh xnak, rumitkan keadaan lg buat apa? Time dia nk reach berbincg, ko block. Skrg bru terkedek2.. 4tahun beb..4 tahun… |
|
|
|
|
|
|
|
4 tahun ke PS tak dapat nafkah batin?
|
|
|
|
|
|
|
|
sampai hati sol buat mcm tu, menatang2 la dia ada pucuk muda
|
|
|
|
|
|
|
|
Org dah taknak baru nak terhegeh-hegeh, shameful. |
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn. replied at 24-3-2023 11:47 AM
4 tahun ke PS tak dapat nafkah batin?
Nak jugak dengar dr mulut Sol Sol iya ke tak memberi batin selama 4 tahun? |
|
|
|
|
|
|
|
Block bini pon setaun
Pikir logikla kan
Adakah block bini kut talipom
Tapi masih beri nafekah batin..
|
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn. replied at 24-3-2023 11:47 AM
4 tahun ke PS tak dapat nafkah batin?
Dari yg aku faham kisah diorg ni..masa sumayyah nak lahir, ika sent video dia & sol kot. Sumayyah tu dh 4 thn, klo ps dpt pun nafkah batin.. tetap la sol tu ada hubungan dgn ira dlm tempoh 4 thn ni. Cuma setahun ni je langsung xjumpa & kena block Whatsapp.
Aku agak mesti ps xnak berdamai dah.. tambah plak sol asyik keluar kenyataan yg menyebelahi ira. Langsung xjaga perasaan ps |
|
|
|
|
|
|
|
4 tahun ko palau dia, setahun ko block dia, skrg ko mintak dia berbaik & berbincang dgn ko..tahik betul la ko
|
|
|
|
|
|
|
|
Piramida replied at 24-3-2023 11:53 AM
Nak jugak dengar dr mulut Sol Sol iya ke tak memberi batin selama 4 tahun?
A'aah.. Sebab baru dengar yg sol cakap kat sidang media dia ada call sarah tanya apesal sarah cakap sol pukul dia sedangkan sarah pun tahu dia sekali pun tak pernah naik tangan pukul sarah dan nafkah memang tak pernah tak bagi.. Nafkah yg dimaksudkan adalah zahir, tunggu sol cakap nafkah batin plak |
|
|
|
|
|
|
|
iraizz replied at 24-3-2023 12:01 PM
A'aah.. Sebab baru dengar yg sol cakap kat sidang media dia ada call sarah tanya apesal sarah caka ...
Kita tunggu.. Ai suka tunggu yg dr court or dua2 side tuan badan.
Kalau dr picisan2 berita ni ntah dah tokok tambah hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Laa patutlah tidak dapat search ig ps. |
|
|
|
|
|
|
|
iraizz replied at 24-3-2023 12:01 PM
A'aah.. Sebab baru dengar yg sol cakap kat sidang media dia ada call sarah tanya apesal sarah caka ...
Takkan nak claimed pukul kalau tak. Mungkin sol cakap takde bukti, tapi mana tahu ps ni boleh keluarkan bukti. Anyway mereka beri keterangan di mahkamah so im sure mereka siap sedia dgn segala bahan utk counter. Just my 2 cents. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini kami menjalani proses JKP, semoga daripada sesi ini Sarah boleh berbaik dan berbincang dengan saya.
aku rasa kalau sarah tak failkan cerai..sampai kesudah hanat ni dok nyorok dlm gua lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
awekjepun replied at 24-3-2023 03:57 AM
Dari yg aku faham kisah diorg ni..masa sumayyah nak lahir, ika sent video dia & sol kot. Sumayyah ...
Menyebelahi diri sendiri pun banyak. Siap ugut banyak pihak dlm press conference. Eh dia ni xpyah buat filem gangster lah. Dia dh ckup drama filem dh kat real life |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Farnor replied at 24-3-2023 12:09 PM
Laa patutlah tidak dapat search ig ps.
adA ja ig ps |
|
|
|
|
|
|
|
PS x mahu berdamai n x mahu jumpa sol pun. Bagus PS buat keputusan tepat n dia cuma nak bercerai je. Kalau sol tetap berkeras PS akan guna hakam utk lafaz talak. I harap cepat2 lah settle sbb kesian dkt PS hadap benda ni dah lama |
|
|
|
|
|
|
| |
|