CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12889|Reply: 146

[Tempatan] Baju Raya Dah Sampai, Bapa Terkilan Tak Sempat Tatap Wajah Anak Hancur Digilis Treler

[Copy link]
Post time 23-3-2023 05:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ipes2 at 23-3-2023 02:34 PM

Bapa kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut digilis lori treler pagi semalam, ralat tidak sempat beraya sedondon satu keluarga.


Utusan melaporkan, Muhammad Jamathir Ahmad Nordin juga terkilan dengan tragedi menyayat hati di ambang Ramadan itu.


Lebih meruntun jiwa apabila Muhammad Jamathir Ahmad Nordin tidak dapat menatap wajah anaknya buat kali terakhir selepas separuh badannya hancur digilis kenderaan berkenaan ketika dalam perjalanan pulang dari Sekolah Rendah Agama (SRA) Telok Gong.




MENYAYAT, tragedi kemalangan mengakibatkan seorang kanak-kanak maut dan separuh badannya hancur dalam kemalangan dekat Jalan Tengah, Kampung Telok Gong di Klang, Selangor, semalam.




Dalam tragedi itu, anak keduanya, Alif Zahfran, 7, turut dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) akibat kecederaan di kepala.


“Saya dapat khabar kemalangan ini dari isteri, Rubyiatul Adawiyah Mat Ros, 28 pagi tadi. Sebaik sahaja terima berita itu, saya terus ke lokasi kejadian dan tiba di sana kira-kira pukul 11.35 pagi.


“Saya amat terkilan, walhal pada awal pagi saya sempat menatap dan bersalaman dengan kedua-duanya sebelum mereka pergi ke sekolah dan saya keluar bekerja. Tiba-tiba dapat panggilan, anak sulung saya sudah tiada,” katanya ditemui pemberita.


Pemberita menemui lelaki berusia 32 tahun itu di Jabatan Forensik HTAR selepas dua anaknya terbabit kemalangan ketika membonceng motosikal bersama seorang wanita, 54, yang juga jirannya.


Difahamkan, ketika mereka melalui Jalan Tengah di kampung berkenaan, sebuah lori treler merempuh motosikal dinaiki mereka.


Kejadian tragis itu turut menyebabkan wanita berkenaan dirawat di hospital tersebut, sementara Alif Zahfran pula dilaporkan perlu menjalani pembedahan akibat kecederaan dialaminya.


Jelas Jamathir, jirannya itu memang diupah untuk membantunya mengambil kedua-dua anaknya pulang dari sekolah ketika sedang bekerja.




Bapa mangsa – UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS




Lebih memilukan, mereka sekeluarga sudah membuat persiapan untuk sambutan bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.


“Arwah bersama ibu dan adiknya lihat sama-sama pakaian yang dijual dalam aplikasi pembelian dalam talian, kemudian ukur seorang demi seorang untuk dapatkan saiz yang tepat sebelum beli beberapa hari lalu. Kami hendak pakai baju sedondon sekeluarga berwarna hitam.


“Malah, bajunya sudah pun sampai pada minggu lalu, arwah sangat teruja melihatnya dan tidak sabar untuk pakai pada hari raya nanti. Saya amat sedih bila teringat kenangan singkat itu, saya tak dapat bayangkan macam mana kami sekeluarga hendak melalui Ramadan dan Syawal nanti, Allah lagi sayang dia,” luahnya yang dipetik Utusan. - CARI

Comments

Maaf sy terpaksa delete picturenya kerana mendapat reports dari Forumers secara indierct dan directly  Post time 23-3-2023 02:35 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Treler memang laju yach! Lepas tu bangga dgn gelaran pilot darat padahal kelindan lori jah pun. Kecuali pemandu lori yg berwibawa. Sebab iols tengok gambar tu. Terus terfikir anak buah iolsm. Dah la iols sayang deols semua
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah, sedih tgk gambar tu. Sampai separuh badan hancur. Terkilan bapak tak dpt cium muka anak sebelum kebumi
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 23-3-2023 05:21 AM
Treler memang laju yach! Lepas tu bangga dgn gelaran pilot darat padahal kelindan lori jah pun. Kecu ...

Ai dah tgk video. Makcik yg bawak moto tu meluru aje keluar dr simpang walaupun treler tu dah dekat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap ada lawyer yg nk tolong family ni saman driver treler tu...jgn biarkn dia lepas mcm tu je
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2023 07:22 AM | Show all posts

Nampak betol salah si makcik tuh. Harap dia disiasat jugak sbb cuai. Tak pasal2 nyawa anak org melayang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 23-3-2023 07:17 AM
Harap ada lawyer yg nk tolong family ni saman driver treler tu...jgn biarkn dia lepas mcm tu je

Kalau tgk bukti dashcam, terangan salah makcik tu. Ai dah letak kat atas.. ni Komen ai jumpa. Cubaan hilangkan bukti ke?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
mak cik tu yang meluru keluar tiba2
mungkin xperasan treler tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 07:33 AM | Show all posts
penunggang moto kena ingt..dia tu kecik..dilanggar sakit terlanggar pun sakit
jd kena lbh berhati2 atas jln..bg laluan gajah2 lintas dlu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 07:35 AM | Show all posts
aku xsanggup tgk video
ce citer boleh x
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sangbara2020 replied at 23-3-2023 07:35 AM
aku xsanggup tgk video
ce citer boleh x

Video tak tunjuk keadaan arwah adik tu. Bukti makcik tu keluar simpang meluru aje. Walhal treler sebelah pun dah stop. Sama ada dia tak perasan treler tu atau dia igt dia lepas sebelum treler sampai
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 07:49 AM | Show all posts
oh yeke...thanks pencerahan....xsanggup tgk muka anak tu juga...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Jumpa fb mak arwah sedih tul tgk, comel budaknya.
Kecik je badan dia, walau dah darjah 3.
Maknya minta dia jagakan adik yg darjah 1 tu sbb dorang sama sesi kan.
Kesudahannya tinggal si adik je sorang2 la berdikari.
Mesti dia trauma tu nnt sian baru hari ke 3 sekolah.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 23-3-2023 07:19 AM

Suami dia kena pukul ke ngn mamat naik motor tu? Laju je bukak pintu lori.

Iols tak nampk jelas sgt tu tp mcm makcik tu tetiba meluru dr simpang ke cemana tu.

Payah juga harapkan jiran jd pengasuh utk anak transit dh tu amik pun guna motor. Maybela sbb nk cepat tp bahaya la.
Better naik van sekolah je drop kat umah jiran tu.

Bila kafa asing2 ni mmg bahaya murid byk duk atas jalan raya.
Anak buah iols sekolah kt klang juga tp kafa dia ada transit so lepas kafa terus siap kt situ nnt van dtg hantar g sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:14 AM | Show all posts
kesian pilot darat tu kene pukul...rakyat cepat jatuh hukum..mujur ada kamera dashcam..
takziah kat keluarga adik.memang sedih...tapi kecuaian makcik tu menjadi asbab anak syurga tu dijemput....
trauma makcik tu seumur hidup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 08:14 AM | Show all posts
asfaz replied at 22-3-2023 06:48 PM
Video tak tunjuk keadaan arwah adik tu. Bukti makcik tu keluar simpang meluru aje. Walhal treler s ...


Ramai yang menunggang moto macam tak bertanggungjawab. Pemandu lain pulak yang kena jaga kebajikan diorang kat jalanraya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 23-3-2023 07:48 AM
Video tak tunjuk keadaan arwah adik tu. Bukti makcik tu keluar simpang meluru aje. Walhal treler s ...

Gigih iols tgk tiktok wife abang lori tu, abis bengkak muka laki nya kena pukul.
Cermin depan lori pun retak seribu dah kenapa dorang ni g pukul plak
Sah2 lori tu pun bkn langgar lari. Dia masih berhenti kot.

Makcik tu pun salah ntah ada pakai helmet ke tidak bebudak tu naik motor
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:16 AM | Show all posts
dah tengok. mmg meols berpihak salah muto

acik tu main keluar dgn harapan abam trailer nampak dia, padahal mmg blind spot tu

jalan pulak sempit

tak pasti trailler muleh jalan ke dak sini. takut guna alasan tu pulak

pe2 pun salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 23-3-2023 08:15 AM
Gigih iols tgk tiktok wife abang lori tu, abis bengkak muka laki nya kena pukul.
Cermin depan lori ...

Baca Komen ,barang dlm kontena pun kena curi. kat Komen fb ,duit dlm wallet pun kena amik.. apa punya perangai la yg buat kerja tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.071176 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list