CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7043|Reply: 90

Jika Muhyiddin Diperlakukan Sebegini, Apa Nasib Kita Sebagai Rakyat?

[Copy link]
Post time 10-3-2023 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Ramai penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hadir memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.


‘Jika seorang negarawan diperlakukan sebegini, apalah nasibnya kita sebagai rakyat’, demikian teriakan salah seorang penyokongnya.




Utusan




Dia menyifatkan kerajaan hari ini takut dan bimbang dengan gelombang kebangkitan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


“Abah menjadi menjadi mangsa untuk menyelamatkan nasib jutaan rakyat ketika Covid-19,” tegasnya.


Terdahulu, perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur mula dibanjiri penyokong Muhyiddin sejak pukul 8.30 pagi.


Anggaran penyokong yang tiba setakat ini, adalah seramai 200 orang bagi menunjukkan tanda sokongan kepada Muhyiddin.


Mereka memakai baju-T dengan slogan ‘Kami Bersama Abah’ dan menggunakan tanda pagar #AbahTabah di selempang berwarna merah.


Dalam pada itu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Muhyiddin yang juga Presiden parti telah didakwa atas perkara-perkara yang tidak munasabah.


“Walaupun hari ini cerah dan baik, tetapi negara suram kerana seorang negarawan telah difitnah atas sebab yang tidak masuk akal.


“Kita harapkan agar pegawai mahkamah dan pendakwaan, menjalankan tanggungjawab demi rakyat kerana Allah tanpa perlu takut kepada telunjuk mana-mana pihak.


“Kalau seorang negarawan boleh diperlakukan sebegini, apalah agaknya nasib kita senua rakyat. Insha Allah kita sama-sama usaha mendoakan dan yakin percaya Allah akan permudahkan,” katanya ketika ditemui di sini.




The Star




Ahli Parlimen Pagoh itu dilaporkan dijangka berdepan tujuh pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM230 juta.


Kesemua nilai berkenaan disyaki hasil daripada 30 rasuah yang diterima Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebagai balasan mendapatkan projek kepada kontraktor.


Pertuduhan terhadap Muhyiddin dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001 berkaitan dana Jana Wibawa.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum itu mengesahkan Muhyiddin akan didakwa di mahkamah di sini hari ini.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 12:14 PM | Show all posts
jahid dok sebelah, boskur dikelurkan dr semua pertuduhan, tahniah malaysiaku
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 12:32 PM | Show all posts
jahid senyum menghela nafas lega. tak sia2 aku sondol PMX.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan politik malaysia ni. Bukan ikhlas pun nak hapuskan rasuah. Sprm hanya sekadar tools utk jatuhkan musuh politik. Kalau ikhlas nak hapuskan rasuah, dah lama negara kita ni maju ke depan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik. Baru berapa hari siasat dah boleh dakwa. 1MDB bertahun buat siasatan baru ada pendakwaan. Owh lupa, nak PRN...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Negarawan? Apa jasa beliau selain berdoa depan tv and issue pdf statement?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Apooo.. project open tender tak patuh syarat. Kena la.. cer penjawat awam yg bwh2 buat… ko raser?

Apek Jana Wibawa tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 10-3-2023 01:05 PM
Pelik. Baru berapa hari siasat dah boleh dakwa. 1MDB bertahun buat siasatan baru ada pendakwaan. Owh ...

Itu lar pasal
Bukan bermakna aku menyebelahi Wak Yiddin tapi something fishy kuat sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 10-3-2023 01:05 PM
Pelik. Baru berapa hari siasat dah boleh dakwa. 1MDB bertahun buat siasatan baru ada pendakwaan. Owh ...

Baru berapa hari? Cuba bgtau. Kes 1MDB tu besar melibatkan acc2 dan individu dr luar negara. Sampai DOJ US pun investigate sekali. Yg kes Jana wibawa ni fakta kes straight forward, trail of evidence cukup so boleh dakwa terus. Baca fakta kes bagi 4 charges dia hr ni, mmg jelas & simple je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg rakyat dikurung.. sampai angkat bendera putih puak ni taknak kesah pulak. Yg rakyat hilang kerja .. tak bukak parliament.. tebuk atap korang dah lupa?? Puihhh… samdol punya supporters!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Abahcow negarawan ???? Pftttttttttttt…. Murahan bethol title negarawan kalau abahcow suit that title as for now.. right now the only negarawan yg deserve n still alive is atokk
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb dia baca doa dpn tv je dah dah taksub ke?? Lpas tu klu dia buat salah apa pun xpa la..dimaafkan.. jgn terlalu taksub dgn pemimpin parti. Depa smua bkn maksum. Yg mn baik kita ikut mana xbaik jgn ikut.. ada akal fikir.. Manusia dlm parti politik tu mcm2 prangai dok ada. Xsmua btoi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:28 PM | Show all posts
jemin bughit hangit manaaaaaaaaaaaaa?  
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:28 PM | Show all posts
Edited by kitmal at 10-3-2023 02:30 PM

Selamatkan rakyat masa covid>??? hahahah lawak....dia dah angkat bendera la..bagi pak mail yang berjuang....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 03:25 PM | Show all posts
“Abah menjadi menjadi mangsa untuk menyelamatkan nasib jutaan rakyat ketika Covid-19,” tegasnya.


duit kau sendiri diguna selamatkan diri kau samdol
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 03:29 PM | Show all posts
Macam lah abah tu Tohan kau nak bergantong nasib padanya pula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 03:34 PM | Show all posts
UNTOOONG LLAAAA ZAHID....
LEPAS MAHKAMAH DONIAAAA....

PMX JADI PM SEBAB NAK BALAS DENDAM JER....
BUKAN SEBAB NAK TOLONG RAKYAT SGT PON
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi iols klu betul dia Salah dia kena terima la akibatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 03:37 PM | Show all posts
aku lagi rindu zaman pkp abah mahaidin dulu.

Gaji jalan, layannnn.
steady abah best! PN best!

gaji hgpa time PKP jalan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua salah abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra. Kita tidak pernah lagi mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat seperti abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra sepertimana abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra itu.

Bersyukurlah kita semua kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat seperti abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra yang telah mengilhamkan Pelan Pemulihan Negara bagi membolehkan negara kita mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diilhamkan oleh atokcow ijau itu. Marilah kita berganding bahu bersama-sama together-gether saling bantu-membantu antara satu sama lain bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang telah diilhamkan oleh abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra agar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diilhamkan oleh atokcow ijau itu dapat dicapai di bawah pemerintahan kerajaan abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra ini.

(306 patah perkataan sahaja)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.276845 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list