CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2311|Reply: 20

Jihad Terbaru PAS, Selamatkan Laos Dari Felda

[Copy link]
Post time 26-11-2010 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Kejayaan anak bangsa diakui dan dicontohi negara luar.
Di tanah air sendiri, pengkhianat menafikan kejayaan untuk kepentingan politik.

http://theunspinners.blogspot.com/2010/11/mazlan-alimin-kena-selamatkan-laos-dari.html

Laos mahu kongsi pengalaman Felda
KUALA LUMPUR 25 Nov. - Laos mahu modul pembangunan dan pengalaman Felda dalam membasmi kemiskinan tegar sehingga akhirnya menjadi sebuah entiti perniagaan bertaraf global, dikongsi serta diimplimentasi di negara berkenaan bagi membangunkan ekonominya.


Sehubungan itu, Laos melalui Presidennya, Choummaly Sayasone, menjemput dan menawarkan kerjasama kepada Felda untuk membangunkan sektor perladangan di negara itu bagi mewujudkan situasi menang-menang antara negara tersebut dengan agensi itu.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor (gambar) selepas pihaknya mengadakan taklimat tertutup kepada Choummaly dan para delegasi Laos yang dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia, di Wisma Felda hari ini.
Mengulas mengenai tawaran dan pengiktirafan tersebut, Mohd. Yusof berkata, pihaknya bercadang membuka ladang getah kerana komoditi berkenaan mempunyai potensi besar di pasaran dunia selain faktor kesesuaian tanah di negara Indochina itu.

"Presiden Laos menyatakan beliau sangat kagum dengan kejayaan Felda sejak dari awal penubuhan hingga sekarang dan mereka mahu pengalaman dan modul pembangunan tersebut dikongsi serta dikembangkan pula di Laos bagi meningkatkan ekonominya.
"Bagi Felda kita menyambut baik tawaran tersebut. Kami akan menghantar pegawai untuk membuat tinjauan serta kajian dan secara kebetulan, Felda juga sedang melihat peluang untuk memperluaskan perladangan getah," katanya.

Choummaly berada di negara ini sejak kelmarin sempena lawatan rasmi pertama kalinya ke Malaysia sebagai membalas lawatan negara yang dilakukan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 2008.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusof berkata, tawaran Laos itu merupakan peluang keemasan untuk Felda meningkatkan kawasan peladangan getah yang buat masa ini hanya berkeluasan 40,000 hektar iaitu hanya 10 peratus berbanding keluasan ladang kelapa sawit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2010 06:21 PM | Show all posts
semoga "FELDA" Laos tidak dipolitaikkan oleh politikus Laos ......dan semoga bakal peneroka "FELDA" Laos tidak di tipu hidup hidup oleh politikus dan pengurusan mereka nanti......sepertimana yg berlaku di Malizia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 07:02 PM | Show all posts
Reply 2# zyarunzurro


    kalau Laos ikut Malaysia, pilih rakyat miskin yang tidak mempunyai tanah (kat Malaysia Melayu sahaja).
beri tanah untuk diusahakan.
bantuan dan kemudahan juga diberikan.
bila hasil mula dituai, maka Insyallah, seperti di Malaysia, peneroka akan keluar dari kemiskinan
dan menikmati taraf hidup yang lebih baik.

dahulu, ada peneroka-peneroka yang keluar dari pengurusan felda, alhamdulillah tidak lama selepas itu
kembali kepada felda kerana sudah dapat merasai pengurusan felda lebih baik.

kini, kalau ke felda, rumah peneroka sudah berbeza dan berkereta lebih dari dua.

UMNO mengubah nasib bangsa, kerana Allah tidak akan ubah nasib bangsa kecuali mereka berubah / berusaha sendiri.

peneroka bersyukur.
tanah dapat.
bantuan dan kemudahan diberikan.
keluar dari kepompong kemiskinan.
taraf hidup lebih baik.
MRSM felda sudah ada untuk anak peneroka.

syukur!

pengkhianat PAS dan sekutunya boleh terus berkokok mengatakan peneroka felda teraniaya.

teruskan mazlan alimin.
teruskan zurro.

apa yang anda kata, fakta tidak akan menipu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 07:37 PM | Show all posts
kalau Laos ikut pangai UMNO...takkan kemana.....rasuah ...kronism...penipuan...tak mungkin Laos bole senang....

sekarang peneroka-peneroka yang keluar dari pengurusan felda...pendapatan mereka berkali kali ganda berbanding semasa bersama Felda.....itu kenyataan....

UMNO memperjudikan nasib bangsa....lihat nasib DEB....UMNO lah yg meruntuhkannya.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 07:39 PM | Show all posts
dalam sedar dengan tidak sudah berapa ramai orang FELDA yang kena tipu....

malah ada yg terpinggir sampaikan 30 tahun hadapi masalah air....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 08:00 PM | Show all posts
Reply 5# zyarunzurro


    ada kesilapan kami baiki.

ada yang kurang mintak tegur. terima kasih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2010 08:37 PM | Show all posts
Reply  zyarunzurro


    ada kesilapan kami baiki.

ada yang kurang mintak tegur. terima kasih
changkatlobak Post at 26-11-2010 20:00


dah jenis yang tak makan teguran....sampai orang bawak FELDA pergi mahkamah...sampai orang tarik diri dari FELDA.....diorang dah tak larat nak tegur....macam tegur tunggul kayu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 09:25 PM | Show all posts
Reply 7# zyarunzurro


    dasar manusia PAS.

semua hendak dinafi. berjaya menghasut peneroka berasa puas.
walhal peneroka elok sahaja.
sedikit tidak puas hati adatlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2010 09:31 PM | Show all posts
Reply  zyarunzurro


    dasar manusia PAS.

semua hendak dinafi. berjaya menghasut peneroka b ...
changkatlobak Post at 26-11-2010 21:25


mereka menghasut kah....atau mereka membela peneroka yang tertipu sejak sekian lama....?....:re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2010 09:06 AM | Show all posts
Reply 9# zyarunzurro


    peneroka sudah lama terbela
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 05:34 PM | Show all posts


bersantai sambil membaca......




ROMPIN, 14 Julai — Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa Felda menggunakan Akta Kawasan Tanah Berkelompok 1960  (GSA) untuk “mengugut” peneroka supaya dapat terus mendominasi hak pengurusan perladangan tersebut.


Pengerusinya Mazlan Aliman berkata, langkah Felda menggunakan akta tersebut sebenarnya bertujuan mengongkong peneroka daripada mengusahakan ladang mereka sendiri.

“Sepatutnya apabila peneroka sudah mendapat hak milik tanah, mereka boleh buat apa sahaja tetapi Felda menggunakan Akta GSA untuk ugut peneroka supaya serahkan hak pengurusan ladang kepada Felda.

“Ini kerana Felda mempunyai tafsiran bahawa selagi mana peneroka diikat di bawah Akta GSA maka peneroka adalah tanggungjawab Felda. Ini yang Felda pegang tapi bagi peneroka bila dapat hak milik ia satu pengiktirafan bahawa kebun itu mereka yang punyai.

“Situasi ini menyebabkan dua tafsiran berbeza yang menjadi satu isu besar kerana tindakan Felda menggunakan Akta GSA untuk ugut peneroka,” kata Mazlan kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas beliau menyampaikan Ceramah Kesedaran Untuk Generasi Kedua Felda di Felda Keratong 3 di sini malam tadi.

Beliau berkata, apabila GSA digunakan terhadap peneroka ia akan menyebabkan banyak masalah akan timbul.

“Jika dalam berpolitik rakyat akan takut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dalam Felda peneroka takut akan GSA ini.

“Justeru, Felda menggunakan akta ini untuk memanipulasi dan menakut-nakutkan peneroka demi untuk membolot hasil dan kekayaan peneroka.

“Sebab itu kita adakan ceramah untuk bagi kesedaran dan keinsafan kepada peneroka supaya mereka berani untuk berubah dan memperjuangkan hak kita sebagai pemilik tanah yang sah kerana Felda sebenarnya tidak mempunyai satu inci hak terhadap 10 ekar tanah tersebut,” katanya.

Difahamkan anak syarikat Felda, Techno Plant Sdn Bhd diberi kuasa untuk menguruskan ladang-ladang peneroka.

Menurutnya, keadaan itu berlaku apabila peneroka diberikan hak pemilikan tanah selepas hutang dengan Felda diselesaikan.

“Bila peneroka masuk Felda mereka diikat dengan perjanjian yang dipanggil Perjanjian Antara Peneroka dan Felda, jadi peneroka ambil kira perjanjian ini di mana selepas habis semua hutang tanah akan menjadi milik mereka.

“Jadi apabila peneroka sudah mendapat hak milik mereka berada dalam dilema sama ada untuk serahkan semula ladang mereka kepada Felda untuk diuruskan atau uruskan sendiri.

“Apabila berlaku konflik dalam diri peneroka ketika itu Felda akan memainkan peranan dengan mendesak peneroka supaya serahkan ladang mereka kepada Felda yang akan diuruskan Techno Plant Sdn Bhd,” katanya.

Mazlan yang merupakan anggota jawatankuasa kerja PAS Pusat berkata, hanya terdapat segelintir sahaja peneroka yang mengusahakan ladang mereka sendiri iaitu seramai 25,000 orang daripada 112,635 peneroka.

Mazlan memberikan penjelasan kepada penduduk Felda Keratong 3 ketika sesi dialog petang semalam. – Gambar oleh Jack Ooi

“Jadi bila dalam masyarakat Felda timbul dua kumpulan dan kumpulan yang buat sendiri ini adalah minoriti. Ia secara tidak langsung menimbulkan pertembungan dan persengketaan antara Felda dan peneroka.

“Sebab itu kita perjuangkan supaya kerajaan bebaskan mana-mana peneroka yang nak buat sendiri dan ini adalah tawaran Pakatan Rakyat, sebab itu bila kita memerintah kita akan beri peluang kepada mana-mana peneroka untuk tentukan masa depan mereka,” katanya.

Beliau berkata tindakan Felda yang tidak mendedahkan hasil sebenar perolehan peneroka menyebabkan mereka bimbang mengenai keuntungan yang diperoleh.

“Peneroka takut apabila tidak didedahkan kunci kira-kira, mereka takut hutang yang ditanggung semakin banyak. Sebagai contoh hasil sudah keluar tetapi peneroka tidak tahu berapa jumlah sebenar hasil jadi kalau Felda nak memperdaya bila-bila masa pun boleh kerana tiada kunci kira-kira.

“Selain itu, jika peneroka serahkan kepada Felda untuk uruskan ladang pemotongan terlalu banyak iaitu sebanyak 40 peratus daripada pendapatan asal mereka, jadi kalau RM1,000 Felda awal-awal sudah potong RM400.

“Jadi jika peneroka uruskan sendiri, mereka hanya perlu bayar beberapa kos seperti kos upah kerja, lori dan lain-lain, malah mereka akan dapat pendapatan yang lebih besar berbanding serahkan kepada Felda,” katanya di hadapan kira-kira 100 orang warga peneroka.

Tambahnya, dakwaan Felda muflis ada asasnya dan akan berlaku sekiranya diskriminasi dan penyelewengan tidak di atasi sehingga menyebabkan rizab Felda merosot.

“Jadi satu perancangan perlu dibuat supaya masalah penyelewengan dan diskriminasi yang berlaku dalam Felda di atasi,” katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2010 10:05 PM | Show all posts
bersantai dan tersenyum melihat mengenagngkan kejayaan felda
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 10:18 PM | Show all posts

terus bersantai lagi sambil FELDA dikenang kenangi.....




JEMPOL 22 Jun - Pada ketika penduduk lain tenang menjalani kehidupan dengan pelbagai kemudahan asas termasuk bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan harian, penduduk Blok B, Felda Palong 2 di sini pula terpaksa mengharapkan air hujan sejak lima tahun lalu.


Mungkin juga pada ketika orang lain lena diulit mimpi, penduduk terbabit perlu berjaga malam demi mendapatkan bekalan air dari tangki termasuk menadahnya jika hujan.
Entah di mana silapnya, penduduk mendakwa bukan sehari dua mereka terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air tetapi sejak lima tahun lalu.


Sebanyak 44 buah keluarga yang juga merupakan peneroka menetap di kawasan tersebut merayu pihak terbabit melakukan sesuatu.
Menurut salah seorang penduduk, Ja'afar Lonak, 70, pelbagai aduan telah dibuat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan.


"Air merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian. Apabila bekalan air tidak sempurna, ia turut menjejaskan kehidupan kami. Air cuma datang pada pukul tiga sehingga lima pagi.
"Keadaan ini menjadi lebih sukar kerana saya sudah kehilangan sebelah kaki dalam kemalangan. Oleh kerana bekalan yang sering tidak mencukupi, saya terpaksa menadah air hujan menggantikan air paip," katanya.


Seorang lain penduduk, Fon Kon Sang, 68, berkata, masalah bertambah teruk apabila hujung minggu apabila semua ahli berkumpul.
"Walaupun bekalan air yang diterima agak kotor, namun penduduk di sini masih dapat menerimanya. Cuma kami berharap agar dapat mendapat air bersih seperti orang lain.
"Saya amat berharap, agar pihak yang berwajib segera mengambil langkah untuk mengatasi masalah bekalan air kami ini," katanya.
Seorang lagi peneroka, Abdul Talib Saat, 62, melahirkan rasa kecewa apabila terpaksa berdepan masalah tersebut selama lima tahun.


"Apabila tiba musim perayaan dan perkahwinan pastinya kami lebih memerlukan bekalan air. Walaupun pihak berkenaan tetap menghantar bekalan air ke rumah, namun ia masih tidak mencukupi. Begitu juga apabila ada kematian dan ketika itu air amat diperlukan," katanya.


Sementara itu, Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, kawasan terbabit merupakan kawasan yang bermasalah.
"Namun Sains telah menyediakan tujuh buah tangki di kawasan tinggi. Penghantaran air ke tangki juga sentiasa dibuat bagi mengelak bekalan air tangki berkurangan.


"Masalah ini akan diatasi dengan segera. Buat masa kini, kami sedang memperbetulkan masalah tersebut. Kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada Ogos nanti," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 10:19 PM | Show all posts
inikah contoh untuk "FELDA" Laos.....?....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 04:36 PM | Show all posts
kalau betul kerejaan BN nak tolong orang FELDA....kena la bagi bantuan dan biarkan mereka usahakan tanah mereka sendiri....pulangan akan berlipat kali ganda berbanding dengan apa yg FELDA bagi....

itu pon kalau betul kerejaan BN nak tolong la....tapi malangnya kerejaan BN memang tak ikhlas nak tolong orang FELDA pon....:@
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 04:40 PM | Show all posts
Kerajaan Laos yang terbentuk sekarang memulakan pemerintahan dengan memberkas dan memenjarakan para pemerintah sebelumnya (iaitu ahli keluarga diraja) yang dianggap korup (kerana kerajaan sekarang berfahaman komunis/sosialis manakala kerajaan terdahulu berfahaman kapitalis. Seterusnya, kerajaan sekarang membiarkan raja dan putera mahkota yang dipenjara itu mati kebuluran dalam kem tahanan. Putera kepada putera mahkota yang mangkat itu pula terpaksa berenang merentasi Sungai Mekong untuk melarikan diri ke Thailand.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2010 05:41 PM | Show all posts
Reply 16# cmf_almondpecan

oh really?  

saya ada baca perang antara Vietnam Utara(fahaman komunis) & Vietnam Selatan (fahaman sosialis)

jikalau Laos sudah menggunakan fahaman komunis,
US tak "intervene" ya?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 05:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_almondpecan at 28-11-2010 17:49
Reply  cmf_almondpecan

oh really?  

saya ada baca perang antara Vietnam Utara(fahaman komunis ...
dauswq Post at 28-11-2010 17:41



Masa perang Vietnam tu pun, US aniaya org2 Laos dgn menjatuhkan bom tak pasal2 kat hutan2 Laos. Sebab dia jatuhkan bom ialah kapal terbang US yang nak balik ke base tak habiskan bekalan bomnya dan takut akan meletup semasa mendarat. Jadi, kapal2 terbang tu pun jatuhkan baki bom2 kat Laos menyebabkan ramai orang Hmong dalam hutan Laos mati katak sedangkan orang Hmong tu la yg dok sokong dan tolong US. Sekarang, tak pasal2 org2 Hmong tu diburu kerajaan Laos sbb sokong US dan negara yg disokong pulak mengebom tempat tinggal diaorg. Kesian org2 Hmong skrg hidup dlm keadaan primitif dan bersembunyi dlm hutan Laos.

Dalam perang Vietnam tu, US menggunakan Cambodia je sbb strategik dan dekat dgn Ho Chi Minh trail, Laos ni pulak kurang strategik utk menyokong perang kat Vietnam tu. Jadi, US tak peduli nak intervene ke apa.

Laos juga digelar the most bombed country on earth.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 05:53 PM | Show all posts
Reply 18# cmf_almondpecan

padanler...
masa tu time Richard Nixon/Lyndian Johnson berkuasa

dlm bnyk2 presiden US era baru,
hanya menyokong Obama & Ronald Reagan
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 11:46 AM | Show all posts
Peratusan Perahan pun Kilang Felda tipu orang Felda... FAKTA
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.071875 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list