Kesatuan Guru Sarawak (STU) menggesa Kementerian Pendidikan memberi keutamaan kepada anak Sarawak untuk berkhidmat di negeri ini dalam isu pelantikan guru baharu.
Presidennya, Kullin Djayang menggesa perkara itu agar kementerian berkenaan dibawah unit lantikan guru baharu untuk mengutamakan anak jati Sarawak sebagai guru di negeri kelahiran mereka sendiri.
“Ini kerana mereka akan lebih faham tentang budaya dan persekitaran serta mudah memahami adat juga bahasa penduduk tempatan. Mereka juga akan lebih mudah mengadaptasikan diri dengan keadaan sekeliling termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
KULLIN DJAYANG
“Saya percaya ramai anak Sarawak yang memohon samada sebagai guru one-off, guru mystep atau memohon ke IPG. Maka untuk mengelak perkara seperti ini berulang serta untuk mengisi kekosongan guru yang kritikal ketika ini,” katanya.
Di samping itu jelas Kullin perkara seperti itu juga boleh mengurangkan perpindahan keluar guru dari Sarawak, maka ambillah mereka ini untuk berbakti di bumi Kenyalang.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas berhubung laporan yang mendedahkan lebih 200 guru yang tidak melapor atau menolak tawaran untuk berkhidmat di Sarawak, baru-baru ini.
Justeru, STU menganggap ia adalah perbuatan yang ingkar arahan.
“Seseorang yang telah lulus temuduga sebagai guru, tetapi menolak kerana memilih tempat bertugas wajar dikenakan tindakan disiplin yang berat atau lebih baik disisihkan terus daripada senarai calon guru yang bakal ditempatkan, ini kerana sudah jelas bahawa mereka memang tidak mempunyai jiwa keguruan yang kental.
“Oleh yang demikian STU berharap pihak yang berkaitan dengan pengambilan guru ini perlu menekankan tentang nilai jiwa pendidik dan minat mendalam dalam menjawat jawatan sebagai guru, kerana tugas guru sebagai pendidik amatlah luas, berat dan perlu bersedia dalam menghadapi pelbagai kerenah pelajar dan masyarakat,” tambah beliau.
Tidak dinafikan beliau, pemilihan guru seharusnya berkualiti tinggi kerana profesion ini adalah tunjang utama kepada pembangunan sesebuah negara.
“Selagi pihak KPM tidak mengambil serius dalam pengambilan guru yang terdiri dari anak jati Sarawak, selagi itulah perkara ini akan berulang dan masalah kekurangan guru di Sarawak tidak akan terungkai.
“Pembekalan guru dari negeri lain tidak mungkin dapat menyelesaikan isu ini, kerana setiap guru dari luar Sarawak akan sentiasa berpindah balik ke tempat asal mereka setelah beberapa tahun,” ujarnya.
Malah, beliau berharap Menteri Pendidikan meneliti perkara sedemikian, kerana STU sentiasa menekankan tentang pengagihan 1,500 orang guru baharu menjelang pembukaan sekolah Mac ini bagi mengatasi kekurangan guru di negeri Sarawak.
“Kita juga amat percaya bahawa KPM akan sentiasa berusaha memenuhkan kira-kira 3000 kekosongan guru di Sarawak dengan mengekalkan kouta 90:10 menjelang hujung tahun 2023.
“STU juga ingin menegaskan kepada kerajaan negeri Sarawak dan Kementerian tempatan yang terbabit agar mengambil berat perkara ini. Jika masalah ini tidak ditangani dengan serius, sudah pasti usaha untuk menjadikan bidang pendidikan sebagai hak mutlak negeri Sarawak seperti dalam MA63 akan terjejas.
“Oleh itu saya berharap semua pihak yang berkaitan pendidikan di Sarawak harus bekerjasama dalam perkara ini agar masalah kekurangan guru dapat diatasi,” katanya.
Post time 9-3-2023 03:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Orang sarawak sendiri pun mengeluh kot kalau penempatan pedalaman2 ni. Kecuali guru tu mmg orang pedalaman. Ini mmg membesar kat town, mak ayah semua kat town, mana tahan huhuhu.
hagak2 la nak suruh pompuan masuk hutan mengajar.
ker KPM ni bangang sampai tak boleh nak fikir.
ada cikgu baru kena assign ke sana, kena rogol dan bunuh.
dia naik bot, salah tempat, ada lokal yg kunun nak tolong,
terus kena bawa lari, rogol dan bunuh.
yang gaji besar kat atas tu takde otak ker utk cari solution,
cari la temporary local teacher,
mesti ada punya budak2 yg graduate asal borneo
longgar kan syarat utk jadi cikgu part time
Kerajaan Serawak ni yg tembak kaki sendiri.. dia punya takut dgn orang semenanjung sampai letak kuota utk orang sarawak. Yang pasal cikgu tak cukup tu dulu pernah jadi isu sebab depa cuma allow tak silap 20% je dari semenanjung, 80% mesti rakyat sarawak atau pun Borneo tak pasti. Memang lah susah nak comply, yang dari semenanjung pun bukannya ramai nak pergi sarawak, depa pun ada preference nak berkhidmat at least kat kawasan depa. Yang sarawakian pulak ramai jugak kepingin kerja kat semenanjung. Diorang ni perasan orang semenanjung tergila2 nak keje kat situ.
Post time 9-3-2023 03:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
capiloton replied at 9-3-2023 03:36 PM
hagak2 la nak suruh pompuan masuk hutan mengajar.
ker KPM ni bangang sampai tak boleh nak fikir.
Aku yakin KPM mmg bangang dr dulu lg
Tp speaking of staf laki dan pompuan ni, my fren keje dgn kampeni palm oil plantation la..public listed company la
Mmg dlm policy, hanya male staff je yg dihantar keje kt ladang sawit (estate manager lvl and mmg dpt la duk kuarters umah kampeni yg lengkap serba serbi)
Yg staff pompuan lak kalo pi ladang utk audit/site visit bagai, hanya pegi and balik on daily basis je. X overnight kt situ.
Sbb ada certain ladang sawit,walau dlm semenanjung gak, tp area mmg takde telco network coverage lgsg ya.
If ladang tu kt ceruk ulu banat, d female staff mmg stay kt nearby hotel kat tgh2 bandar.
So KPM ni x sure la tahap bangang depa tu cemana
Lelaki dipenjara 32 tahun, 18 sebatan kerana membunuh, merogol, merompak guru
Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM
SIBU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 32 tahun ke atas seorang bekas pekerja kem balak berusia 24 tahun serta 18 sebatan kerana mencekik hingga mati, merogol dan merompak seorang guru muda dekat Kapit dua tahun lepas.
Hakim Rhodzariah Bujang menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara ke atas Jerman anak Binal selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan ganti pertama menyebabkan kematian di bawah seksyen 304 Kanun keseksaan dengan mencekik hingga mati Anizah Othman, 26, pada 5 Mei, 2007 antara 4.30 petang dan 5.30 ptg di Sungai Sagang dekat Kapit. Jermah juga mengaku bersalah terhadap dua tuduhan merogol guru itu di tempat yang sama antara 4.45 ptg dan 5 ptg dan kemudian antara 5 ptg hingga 5.15 ptg.
Bagi dua tuduhan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, hakim menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap satu yang dilaksana berasingan. Jerman juga dikenakan lapan sebatan bagi setiap satu dari dua tuduhan itu.
Dia juga mengaku bersalah terhadap tuduhan keempat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak mangsa wang tunai RM58 dan telefon bimbitnya.
Untuk ini, Puan Rhodzariah menjatuhkan hukuman dua tahun penjara lagi serta dua sebatan. Hukuman penjara ini berkuatkuasa pada tarikh ia ditangkap pada 12 Mei 2007. Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan Fazillah Begum Abdul Ghani memberitahu mahkamah bahawa mangsa adalah seorang guru di SJK (C) Hin Hua di bandar Song, kirakira sejam perjalanan dengan bot dari Kapit. Berasal dari Johor, beliau ditugaskan ke sekolah itu pada Februari, 2007.
Pada 5 Mei, beliau menaiki bot ekspres 2 ptg, dengan niat ke Kapit untuk menziarahi rakannya dan juga mengeluarkan wang.
Tetapi beliau menaiki bot yang salah yang hanya pergi ke Nanga Yong. Jerman yang menaiki bot yang sama menawarkan untuk menghantar beliau ke Kapit. Setiba di sebuah rumah panjang Rh.Undi, Jerman meminjam sebuah bot panjang dari seorang lelaki dikenali sebagai Christopher Kelly dan dia memperkenalkan mangsa sebagai isteri barunya kepada beberapa orang penghuni rumah panjang itu. Pada kira-kira 4 ptg dua orang itu memulakan perjalanan. Sebaik tiba di Sungai Sagang, cabang Sungai Rajang, Jerman menghalakan bot ke situ walaupun mangsa menangis dan membantah.
Jerman kemudian menghentikan enjin sangkut dan memberitahu mangsa ia mahu merogolnya. Dia memukul tengkok mangsa dengan dayung. Mangsa jatuh, dia mengangkat badan mangsa dan mencampakkannya ke sungai. Dia kemudian terjun dan mencekiknya dengan niat untuk melemaskannya.
Bila mangsa tidak bergerak, ia menariknya ke dalam bot, membuka seluarnya dan merogolnya sebanyak dua kali. Kemudian dia mencampakkan semula mangsa ke sungai dan terjun untuk mencekiknya dan menenggelamkannya.
Selepas lima minit, bila Jerman mendapati Anizah tidak bernyawa, dia membiarkan mayat terapung.
Post time 9-3-2023 06:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Masa buat iklan tu tulis terus jawatan di pedalaman 10 tahun kat sana. Yg tak nak pi pedalaman tak yah gatal tangan isi borang.boleh la tengok berapa kerat ummah malaysia yg betul betul nak duduk pedalaman 10 tahun.