CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4173|Reply: 64

Berlakon hebat, Nadiya Nisaa masih berguru

[Copy link]
Post time 26-2-2023 11:30 AM | Show all posts |Read mode

NADIYA NISAA

Berlakon hebat, Nadiya Nisaa masih berguru

NAMA Nadiya Nisaa selayaknya terkalung dalam jambangan ‘permata’ berharga dalam industri sinema tanah air.

Berikanlah apa sahaja watak dan emosi berbeza kepadanya, marah, sedih atau lucu, semuanya mudah sahaja ditelan. Dia pantas ‘kerasukan’ menjayakan segala karakter secukup rasa.

Selepas tampil dengan lebih 20 buah filem, Nadiya cukup sinonim dengan naskhah berat yang adakalanya memberatkan emosi penonton.

Karya-karya seperti Terbaik Dari Langit, Love Supermoon, Interchange, terbaharu Harum Malam serta Imaginur merupakan antara naskhah yang boleh dianggap seperti ‘makanan’ buat Nadiya.

Digelar sebagai pelakon ‘method’ dek naskhah berat yang sering dijayakan, anak kelahiran Gombak, Selangor itu bersyukur apabila terdapat penonton meletakkan kerjanya pada satu tahap.

“Alhamdulillah kalau orang letakkan kerjaya saya pada satu tahap tertentu yang diharapkan berkualiti. Kalau berkualiti, orang akan berpuas hati dengan setiap usaha yang kita buat,” ujarnya kepada Pose.

Ujar Nadiya atau nama lengkapnya Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, dia hanya menjalankan amanah diberikan sutradara disertakan dengan usaha.

Biarpun adakalanya berdepan kekangan masa untuk mempersiapkan diri, Nadiya sedaya upaya mencuri waktu membaca skrip yang diberikan selain duduk berbincang bersama pengarah.

“Tidak kisahlah sama ada watak saya kecil atau besar, saya akan ambil masa sendiri untuk mendalami watak yang diberikan,” jelasnya.

MENJADI antara pelakon terbaik dan pemenang anugerah, Nadiya Nisaa masih berguru dan kini menjadikan Farah Ahmad sebagai guru lakonannya.


Tambah pelakon berusia 37 tahun itu, apabila penonton menganggap karya lakonkannya sebagai berkualiti, dia puas kerana dapat melakukan yang terbaik.

Pernah menggenggam trofi terbaik menerusi kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM27, Nadiya tidak terus mendongak ke langit berasa hebat.

Sehingga kini Nadiya masih menagih ilmu daripada golongan yang lebih berpengalaman untuk memperbaiki mutu lakonannya.

“Saya masih lagi berguru dan menjadikan pelakon Farah Ahmad sebagai guru lakonan saya. Saya masih berguru kerana mahukan pandangan yang berbeza.

“Cara orang (guru) mungkin tidak sama dengan cara saya. Belum ditambah lagi dengan pandangan oleh pengarah ketika di set penggambaran. Di situ saya akan kumpulkan semua ilmu untuk dipraktikkan dalam lakonan,” jelasnya.

Menyentuh sedikit tentang filem terbaharunya berjudul Imaginur arahan pengarah hebat, Nik Amir Mustapha, Nadiya mengakui karya yang dibintangi Beto Kusyairy dan Diana Danielle tersebut ‘berat’ untuk difahami sesetengah penonton.

Imaginur bagaimanapun tetap mempunyai elemen ‘popcorn movie’ yang mengetengahkan kisah percintaan dan kekeluargaan.

“Berat juga sebenarnya. Tapi tetap ada elemen seperti kisah cinta dan keluarga. Penonton sebenarnya kena faham signatur Nik Amir memang begitu. Apa yang penting dia tidak akan tinggalkan penonton keseorangan.

“Sama seperti karyanya sebelum ini antaranya Terbaik Dari Langit dan Kil, dia akan membawa kita berfikir tentang kehidupan,” kata Nadiya.

Meskipun dianggap sebagai naskhah berat, Nadiya percaya Imaginur tetap relevan dan mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... isaa-masih-berguru/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Nadiya nisa ni berlakon mmg best,sejenis yg boleh bawak semua watak dan into watak

Stat SG suka dia dlm cite love supermoon…tah bape kali laa repeat cite tu kalu tgk cite melayu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 26-2-2023 11:39 AM
Nadiya nisa ni berlakon mmg best,sejenis yg boleh bawak semua watak dan into watak

Stat SG suka dia ...

Drpe abil dan fasha,ai prefer NN ni..lebih feel dan deep...fasha kdg feel nanges die mcm dibuat2
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2023 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 26-2-2023 11:59 AM
Drpe abil dan fasha,ai prefer NN ni..lebih feel dan deep...fasha kdg feel nanges die mcm dibuat2


Fasha tu kadang2 SG x rasa feel sbb suara dia kadang x masuk dgn feel cite tu

Abil pulak, kejap mcm best kejap mcm x bape
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 26-2-2023 11:39 AM
Nadiya nisa ni berlakon mmg best,sejenis yg boleh bawak semua watak dan into watak

Stat SG suka dia ...

love supermoon tu rasa dekat betul dgn jiwa. lakonan+jalan cerita realiti kehidupan. masa depa bertiga jogging smbil menceceh psl kehidupan, ms birthday party anak tu pun
'nak cari bini tgk maknya. kalau mak gedempol mesti perempuan tu lepas kawen mcm gitu jugak"

btw, nadiya nisaa belakon mmg best wpun muka so so je tp iols suka. dlm cjp pun watak dia best disamping tiz.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 26-2-2023 12:16 PM
love supermoon tu rasa dekat betul dgn jiwa. lakonan+jalan cerita realiti kehidupan. masa depa ber ...

Haa betul2…dialog mmg relate dgn real life…mcm cite pramlee juga

X tau nape cite ni x boom…mmg best n x boring tgk berulang kali

SG boleh repeat tgk 2 cite…cite ni dan 3 idiots
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2023 01:41 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 26-2-2023 12:02 PM
Fasha tu kadang2 SG x rasa feel sbb suara dia kadang x masuk dgn feel cite tu

Abil pulak, kejap  ...

abil ai rs macam kak ogy...terover pulak feeling..trus jd x natural..gittuhh ai komen..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Best la citer JAS
Sedeyyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2023 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols memang suka nadiya nisaa, lakonan memang hebat dan menjadi, cuma dia tak sesuai drama cintacintun, macam sa balik baju dan lain2 tu best sangat ada dia.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
NN ni memang A-lister la among the best actress malaysia. Bagi jela watak apapun tapau full
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kita suka tgk dia berlakon. ada feel gitu
latest jaga aku selamanya dgn liar (tiz zaqyah berlakon). bagus gak dia ni berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 31-3-2023 09:44 PM
Best la citer JAS
Sedeyyyy

Harini lg sedeh kan.. budak2 tu pandai betul laa berlakon..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
1st time tgk NN ni masa video klip tok ti..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
shroom replied at 31-3-2023 11:45 PM
Harini lg sedeh kan.. budak2 tu pandai betul laa berlakon..

Sedih weh arini.. menangis iols..kesian Azhar
.. banyak berkorban utk adik2 dia..ended up meninggal...huhu.. iols punya geram dgn lakonan NN nie.. mcm mana la blh terpikir nak tinggal gitu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerap pulak meols tgok NN ni berlakon lately ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka NN dalam telemovie Panic.
Energy dia real & secukup rasa. Kalau orang tak tau dia pelakon...memang orang akan syak dia ada masalah mental
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Good job NN. Dia ni very real. Best.

In a way boleh bantu FA jugak. Farah ahmad bukan byk job mcmnorg lain walopon sgt bagus. Al fatihah pitt hanif
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 26-2-2023 11:39 AM
Nadiya nisa ni berlakon mmg best,sejenis yg boleh bawak semua watak dan into watak

Stat SG suka dia ...

iols gigih tgk Love, Supermoon kat cinema dulu, bp kerat je dlm panggung tu... Kelakar.. NN pun tercalon best actress kat FFM28 utk watak dia dlm filem tu.. lagi satu filem best Redha... Menjadi sgt berlakon jd adik beradik ngn Jun Lojong..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
oklatu85 replied at 1-4-2023 12:55 AM
Sedih weh arini.. menangis iols..kesian Azhar
.. banyak berkorban utk adik2 dia..ended up meningga ...

Kesian kan azhar tu
Kesian adik2 dia xtau ape2, abg da xde

Yg kakak nye dimatikan watak ek
Tiber je dah xde....
Kes yg putri tu retak punggung kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ni la baru pelakon kelas A yg sebenar. Berbakat besar, takde gosip liar, tak menjaja kisah peribadi, tak gaduh sana sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.261546 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list