CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2344|Reply: 31

[Tempatan] Tudiaaaaa..Lembah Klang 'syurga' pendatang

[Copy link]
Post time 23-2-2023 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Lembah Klang 'syurga' pendatang


Nisbah seorang warga asing setiap 10 penduduk tempatan.

Kuala Lumpur: Angka mencetuskan rasa gusar apabila nisbah mendapati terdapat seorang penduduk warga asing bagi setiap 10 penduduk tempatan di Malaysia ketika ini.

Nisbah ini mengambil kira sejumlah 2.6 juta warga asing berdaftar selain kewujudan sekurang-kurangnya 400,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang menyusup masuk dan bekerja secara haram di negara ini.

Ia berdasarkan kenyataan Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin baru-baru ini bahawa terdapat 33 juta penduduk Malaysia merangkumi 90.2 peratus atau 30.4 juta penduduk warganegara dan lapan peratus atau 2.6 juta bukan warganegara.

Walaupun ada yang beranggapan jumlah Pati yang berada di Malaysia jauh lebih besar bilangannya berbanding pendatang asing berdaftar, namun kewujudan ratusan penempatan didiami komuniti warga asing di seluruh negara bukan lagi aneh.

Menumpukan beberapa kawasan di Lembah Klang, koloni dihuni warga Bangladesh, Myanmar, Nepal dan pelarian etnik Rohingya didapati semakin berkembang berbanding sedekad lalu.

Ini memandangkan lokasi Lembah Klang menawarkan pekerjaan khusus dalam bidang perkhidmatan, pembinaan dan pembersihan selain ramai antara mereka menceburi bidang perniagaan.

Berdasarkan tinjauan wartawan Harian Metro mendapati, kewujudan pendatang asing tidak lagi hanya berkisar dalam kalangan warga Indonesia, Nepal, Myanmar mahupun Bangladesh seperti 10 tahun lalu.

Malah kini Malaysia turut dihuni koloni warga asing dari Timur Tengah, Korea, China, Pakistan, Afrika dan beberapa negara lain.

Isu kebanjiran warga asing ini turut menggusarkan penduduk tempatan apabila rata-rata mereka akan membina koloni sendiri hingga menghilangkan 'identiti' tempatan di sesebuah kawasan.

Serbuan terbaru Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di perkampungan haram Pati Indonesia di Nilai Spring, Negeri Sembilan, Cyberjaya dan perkampungan Pati Myanmar serta Nepal di Melaka sejak awal Februari ini membuktikan koloni ini rancak berkembang.

Malah di setiap penempatan haram diserbu, Pati terbabit turut membina surau, kedai runcit, restoran dan sekolah sekaligus membuktikan mereka sudah bertapak lama di Malaysia.

Sebagai contoh, tinjauan wartawan di kawasan perumahan di Batu 8 1/2, Gombak, Selangor, mendapati kawasan itu turut dijajah komuniti etnik Rohingya yang semakin ramai berbanding pendatang Indonesia.

Mereka hampir mendominasi kawasan itu sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan warga tempatan.

Penduduk tempatan yang mahu dikenali sebagai Su, 45, berkata, pemilik tanah di kalangan warga tempatan membina rumah panjang membabitkan berpuluh unit sebelum disewakan kepada warga asing pada kadar sekitar RM650 sebulan.

"Mereka (warga asing) tiada rasa hormat terhadap orang tempatan. Malah ada seorang lelaki warga Rohingya dianggap 'bos' dalam kalangan mereka dan memiliki lima stor mengumpul besi buruk.

"Mereka kerap menimbulkan masalah apabila gemar bergaduh, mabuk dan berkumpul beramai-ramai sehingga ke awal pagi dan membuat bising. Bukan tidak pernah menegur perbuatan mereka, namun kita pula dimarahi," katanya.

Sementara itu, golongan sama turut dikesan menguasai kediaman sekitar Tasik Permai, Ampang, apabila kumpulan warga asing Myanmar semakin bertambah.

Rata-rata mereka menyewa di kawasan itu dan bekerja mengutip besi buruk dengan menggunakan motosikal roda tiga.

Sementara itu kelompok warga asing Bangladesh dan Pakistan pula mudah ditemui sekitar kawasan Lebuh Ampang, Bukit Bintang dan Nilai, Negeri Sembilan apabila gemar membuka perniagaan alatan elektronik, tekstil, kedai jahitan, perabot dan permaidani.

Begitu juga dengan warga asing China dan Korea yang turut didapati semakin bercambah di sekitar Ampang, Cheras dan Kuchai Lama di sini, apabila rata-rata mereka membuka kedai runcit, kedai ubat-ubatan tradisional dan makanan sejuk beku diimport dari negara asal.

Sementara itu Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata, tinjauannya turut mendapati kawasan seperti Keramat, Puchong dan Setiawangsa menjadi lokaliti hotspot untuk warga asing menetap.

"Warga asing ini biasanya memilih tinggal di lokasi berhampiran dengan tempat kerja dan memiliki kemudahan awam yang baik berbanding kawasan luar Lembah Klang.

"Kalau di luar Lembah Klang, mereka akan terbabit dalam segmen pekerjaan lain yang dibenarkan namun tidak ramai jika dibandingkan dengan Lembah Klang.

"Kalau kita lihat kepada data Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 2.6 juta warga asing berada di dalam negara ini, itu tidak termasuk mereka yang masuk secara haram. Jadi jumlah berkenaan pasti lebih tinggi," katanya.


INFOGRAFIK

Ketua koloni bagai 'magnet'

Wujud ancaman keselamatan yang jelas jika tiada pemantauan atau pangkalan data khusus berhubung lokaliti warga asing sehingga membentuk 'koloni' di Malaysia.

Ia makin dibimbangi apabila lahirnya 'ketua koloni' berperanan sebagai 'magnet' yang membawa masuk lebih ramai warga asing sekali gus memberi masalah baharu kepada keselamatan negara.

Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Prof Dr Mohd Mizan Aslam berkata, jumlah warga asing berdaftar di negara ini sekitar 2.6 juta perlu diamati semula.

"Ia tidak termasuk pendatang asing tanpa izin (Pati) yang tidak mempunyai dokumen, masuk secara haram dan tinggal lebih masa.

"Kita sudah melihat wujudnya trend warga asing tinggal secara koloni di sesuatu kawasan sehingga 'menyingkirkan' rakyat tempatan berikutan jumlah mereka yang semakin ramai.

"Pastinya dalam anggota koloni ini terdapat kalangan mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Namun mereka 'dilindungi' ahli koloni berkenaan, diberikan tempat tinggal dan mungkin pekerjaan.

"Dalam aspek keselamatan, ini jelas memberi kesan langsung kepada keselamatan domestik khususnya akan menyumbang kepada indeks jenayah setempat," katanya.

Beliau berkata, tidak mustahil bahawa ada dalam kalangan migran atau Pati pelbagai negara ini adalah penjenayah dikehendaki di negara asal.

"Ini termasuklah pelarian khususnya Rohingya yang terbabit dalam gerakan 'Arakan Rohingya Salvation Army' (ARSA)," katanya.

Menurutnya, pemantauan serta penentuan pangkalan data lokaliti pendatang asing ini perlu dipergiatkan.

"Jika berlaku sebarang insiden tidak diingini, pihak berkuasa mempunyai petunjuk untuk memulakan siasatan.

"Pihak berkuasa perlu tahu pergerakan warga asing serta taburan kependudukan mereka di negara ini khususnya di kawasan strategik seperti di Lembah Klang.

"Setiap data berkenaan pastinya mempunyai semak silang dengan Polis Antarabangsa (Interpol) supaya pihak berkuasa tempatan tahu individu yang mempunyai latar belakang atau sejarah dalam pergerakan radikal.

"Kerjasama dengan Interpol dalam aspek maklumat berkenaan akan dapat mewujudkan satu pangkalan data warga asing paling komprehensif sekali gus memudahkan tugas pihak berkuasa jika berlaku sebarang perkara tidak diingini membabitkan ancaman keselamatan," katanya.

Mohd Mizan berkata, kaedah ini juga akan memudahkan pihak berkuasa memantau dan mengambil tindakan supaya sebarang anasir subversif itu dapat dihentikan di peringkat awal kerana ia mampu menggugat keamanan negara.


ANTARA Pati yang ditahan imigresen di Cyberjaya.


Imigresen giat kenal pasti penempatan haram

Usaha mengenal pasti semua penempatan haram warga asing di seluruh Malaysia sedang giat dilakukan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi memastikan koloni ini tidak terus melarat.

Berdasarkan risikan wujud lebih banyak koloni atau perkampungan haram warga asing yang menjadikan kawasan terpencil, hutan dan bekas tapak binaan atau rumah kongsi sebagai penempatan mereka.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, terdapat beberapa penempatan haram warga asing yang berada dalam pemantauan serta pemerhatian pihak JIM.

Menurutnya, JIM sebelum ini memberi fokus operasi terhadap majikan, kilang, premis pekerjaan dan lain-lain yang menggaji pendatang asing tanpa izin (Pati).

"Dengan program rekalibrasi sedang berjalan, ada antara mereka dengan sengaja dilihat tidak mahu menyertai program berkenaan terutama di penempatan haram kerana menyangka mereka tidak dikesan oleh pihak berkuasa," katanya.

Khairul Dzaimee berkata, semua penempatan haram warga asing berkenaan akan dihapuskan dengan kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).



PEGAWAI dan anggota imigresen memeriksa Pati yang ditahan ketika operasi bersepadu di Cyberjaya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ng-syurga-pendatang






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2023 03:10 PM | Show all posts
lemah.

memang takde jati diri nak pertahankan negara.

makan rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 03:21 PM | Show all posts
tak suka. pergi mana2 je, ada je pendatang.

dalam kampung pun ada, taman pun ada, bandar pun ada, dalam mall pun ada, pasar pun ada, dalam public trasport, tepi jalan pun ada, tengah jalan pun ada, atas jalan raya pun ada. ada di mana2. tak sukaaaaaaaaaaa!!

terasa macam hak i sebagai rakyat malaysia, dicuri oleh mereka. tak pasal2 terasa macam i berada dekat yindon, yanmar, yepal, yangladesh pulak.

subsidi minyak pun mereka rembat (patutnya pendatang asing kena bayar mahal macam singaporean yang masuk sini isi minyak), hak kebebasan pun kena rembat (tak tenang nak jalan2 tempat yang ramai pendatang), hak kebebasan cuci mata pun sama kena rembat (nampak je pendatang di mana2, sakit mata), hak menghirup udara segar (bila lalu dekat2 mereka, macam2 bau ada, buat i sesak nafas tak boleh nak bernafas dengan betul). habis semua kena rembat dek pendatang.

pergilah balik negara masing2!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 03:25 PM | Show all posts
tak cukup lagi tu, ph-umno nak bawa masuk lagi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dlm byk2 warge asing, warga korea iols boleh terima, yg negara2 3rd world country pelarian2 tu sila get lost!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 03:39 PM | Show all posts
noorhairiahma replied at 23-2-2023 03:21 PM
tak suka. pergi mana2 je, ada je pendatang.

dalam kampung pun ada, taman pun ada, bandar pun ada, d ...

iolssss bagi sejuta likessssssss..
semak mata tgk pendatang asing ni..
baru smlm mengomel kt asben knp tibe2 dah ade org vietnam kat area umah ni??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2023 03:42 PM | Show all posts
la...baru tau ke....
baru keluo gua ke....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Haruslah makin membiak rohingya kat Msia..dorg kan ummah kesayangan lobai

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2023 06:56 PM | Show all posts
time pkp paaaaling best.. sangat bersih KV dari pati ni....
kes selayang tu senang je, naik kan pagar kawat dawai tu semula.. semua tu port dia...

benda senang tapi lagi untung memeras pati ni kalau serkap jarang (jangan le panas)... sehari sorang bagi rm10 ke pelindung, kalau 10 orang dah rm100 sehari dia makan duit haram, kenyang...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Rohigya termasuk dlm tue sekali tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat kg2 pun banyak pati..tolonglah dah ..banyak sangat yg tutup mata. Masalah ekonomi n sosial dah mencanak dari golongan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah KL tu diberi jolokan little New York ka apa ntah. Haruslah jadik melting pot pendatang2 Asean.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kt malaysia ni ada gempa bumi kasi  benam mana2 tempat yg ramai pendatang haram
Termasuk rumah2 menteri yg bwk masuk pendatang
Kasi sapu bersih semua
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan ada apa yg berlaku... Lagi setahun dua jumlah berganda... Kalau tak ada org payung tak jadi mcm ni...

Kat sekolah2 kebangsaan bersepah anak pendatang sama ada 100% atau mix local.. dah jadi sebahagian dari masyarakat kita..

Lama2 nanti dorang dah kaya silap2 pakat conquer posh areas... Service apartments dan condos di prime area pun dorang dah duduk sebab majikan bagi.. yg kita keluar rumah pukul 6 pagi nak pg keja balik dah malam.. dorang rilek2 je jalan kaki or ada transport ambik dan hantar..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 09:17 PM | Show all posts
melayu -cina -india...masalah tak selesai ..sekarang tambah...bangla, ronghiya, indon, africa dan ramai lagi..apa nak jadi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 09:34 PM | Show all posts
..sebab tu kat bandar ni kena stop dah pembangunan. Pembangunan tu bawak ke utara atau pantai timur biar depa berkumpul kat sana kalau depa bosan boleh la jalan-jalan ke KL 3 hari 2 malam gitu, aku rasa depa suka kot ke utara dan pantai timur sebab boleh gi Thailand yang senang nak ngesek di sana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2023 09:43 PM | Show all posts
..lagipun semangat nasionalisma depa tak sama macam kita di Malaysia ni, manis dibibir  je masing-masing bangsa ucap kita bersatu padu tapi dalam hati kesatuan sebagai bangsa merdeka tanah tumpah darah ku tidak jitu berbanding depa warga asing ni paling ketara myanmar dari etnik chin and puak rohingya yang memang bijak laksana mengatur kesejahteraan kelansungan hidup puak-puak depa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah satu punca, desakan MEF palat haram jadah.. desak kerajaan utk benarkan kemasukan pendatang asing.. siap downgrade local punya talent & opportunity..
Dengan foreign workers ni, siap dibagi rumah, transport free, ada kupon makan.. MEF ni mmg bangsat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Unit kerajaan yg satu bagi lepas masuk yg lagi satu kena operasi kasi keluar.  nisbah masuk n halau keluar macam mana agaknya. Cuba banteras tak kasi masuk tapi tak kenyang pulak puak mentedarah rasuah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Apabila POLITIKUS dengan KUASA mereka..BERSEKONGKOL dgn KAPITALIS DENGAN DUIT MEREKA....inilah jadinya....tinggala marhaen hanya mampu meroyan jer... cam orang BODOH lg DIPERBODOHKAN.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.280346 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list