View: 2555|Reply: 45
|
Ada Kereta Mewah Bayar Murah Sebab CC Kecil- Kadar Cukai Jalan Ikut Kuasa Kuda Dah Lapuk, Tak Boleh Pakai
[Copy link]
|
|
LUMUT – Kerajaan disaran menyemak semula tarif lesen kenderaan motor (LKM) atau cukai jalan kerana penilaian berdasarkan kuasa kuda (cc) kenderaan tidak lagi dianggap relevan, selaras transformasi peredaran zaman dilakukan kerajaan.
Penganalisis pengangkutan, Mohd. Ikhmal Mohd. Iskandar, berkata, ketika ini sudah banyak kenderaan mewah yang membayar cukai jalan rendah kerana memiliki cc rendah.
“Banyak juga kenderaan lama yang terpaksa membayar cukai jalan yang mahal kerana mempunyai cc tinggi,” katanya semalam.
Sementara itu, pakar ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berpandangan penetapan kadar cukai jalan lebih adil adalah berdasarkan nilai kenderaan.
 Infokereta.com
Menurutnya, penetapan cukai jalan juga wajar ditentukan berdasarkan tahap pencemaran yang dihasilkan oleh sesebuah kenderaan.
Jelas beliau, perspektif atau andaian pokok sebelum ini adalah semakin tinggi pendapatan semakin tinggi cc kenderaan yang akan digunakan.
“Bagaimanapun, sekarang pakai cc rendah, tetapi kereta mahal maka mungkin perlu ada kriteria lain dalam menentukan kadar cukai jalan.
“Cukai jalan dikaitkan dengan kadar pencemaran. Kita boleh kaji bagaimana untuk menyemak kadar cukai jalan yang dikaitkan dengan tahap pencemaran.
“Begitu juga kadar kemewahan untuk mencukai. Berasaskan kemampuan membeli iaitu berdasarkan nilai kereta,” katanya.
Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya, Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri turut bersetuju suatu mekanisme baharu wajar dikaji berhubung cukai jalan.
“Sekarang ada kereta mahal, tetapi cc kecil terutama yang menggunakan kuasa turbo 1.5. Cukai jualan dan insurans lebih murah berbanding kereta lama 2.0.
“Mungkin kerajaan boleh kaji semula mekanisme kadar cukai jalan berdasarkan kedua-dua harga dan cc sebab berdasarkan harga sahaja boleh dimanipulasi.
“Kalau kita kenakan berdasarkan harga kereta sahaja mungkin ada isu kemudian hari iaitu ‘price transfer’.
“Pengedar mungkin akan main harga untuk tarik pelanggan. ‘Based price’ (harga asas) rendah sebab hendak mengelak cukai tinggi, tetapi pindahkan harga kepada caj perkhidmatan atau caj lain,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Kne tukar cukai ikut harga kereta |
|
|
|
|
|
|
|
Nama sahaja Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai tapi otak bodoh masih lagi dibelenggu dunia kelas ketiga |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok: Kne tukar cukai ikut harga ker ...
Yg ni logik juga sebab insurans pun ikut harga kereta. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu? Tukar la ikut harga kereta. |
|
|
|
|
|
|
|
"Menurutnya, penetapan cukai jalan juga wajar ditentukan berdasarkan tahap pencemaran yang dihasilkan oleh sesebuah kenderaan"
ntah la berjayai bidai oiii, kalau ko nak calculate roadtax base on tahap pencemaran, mmg kereta lama la kena charge lebih mahal, lagi kereta yg exhaust bergegor2 bok bok bok keluar asap hitam putih berkepul2 tuh. kereta baru keadaan tip top, bahan api masih dibakar dengan mantap. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba tengok dan belajar dari negara lain. |
|
|
|
|
|
|
|
beli la tesla. @ eV apa2 .. tkde road tax.
tapi sampai dec 31st 2025 je la…
tapi road tax brp sgt laa compare insurance |
|
|
|
|
|
|
|
apa ke bangangnya kuasa kuda tu cc. ukuran bagi kuasa kuda hp. cc tu cubic centimetre. ukur size/volume enjin. hp ukur kuasa enjin. |
|
|
|
|
|
|
|
Serius nak tahu cukai jalan ni gomen guna utk apa? Klau nk kata selenggara hiway dah ada konsesi kutip tol, jln daerah/ negeri dh ada PBT yg buat, jln negeri bkn ke jkr yg buat? So cukai jln jpj yg kaut diorg salur pg mna plk? |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong: beli la tesla. @ eV apa2 .. tk ...
Ckp pasal Tesla, haritu dkt perumahan meols, meols ternampak 1 Tesla on the road. Meols pon dgn gegeh nya follow Tesla tu.
Meols perasan apek yg drive tu, relax je. And 1 lagi meols perasan, every hump, Tesla ni akan brake and slowed down lah. Mcm kita, kita da tau mana hump yg tak berapa tinggi (landai), so kita jalan jelah kan. Tapi Tesla tu, semua dia brake n slowed down. Kagum meols melihatnya yach |
|
|
|
|
|
|
|
Kuasa kuda bukan cc bro. Ada je cc kecik tapi kuasa kuda besar (with forced induction) dan vice versa. Aku rasa better road tax align dgn car purchase price (brand new). Kalau based on horse lower nanti kete bikin camna? Takkan jpj nak kena ada mobile dyno.. |
|
|
|
|
|
|
|
you had me at bok bok bok 
|
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 13-2-2023 11:16 AM
Ckp pasal Tesla, haritu dkt perumahan meols, meols ternampak 1 Tesla on the road. Meols pon dgn ge ...
Auto pilot ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
lain la bawak ev sis... tang brake dia , cam hanat siket
sbb dia regenative braking, so each time break, dia charge keta
keta slow satu machiam.. kut dah biasa petrol bila tuka mmg rasa lain
tp dia laju yaaa..tekan je memecut pegi tak kembali 
|
|
|
|
|
|
|
|
Best calculation utk road tax ialah HP. Kiraan base kpd CC injin dah terlampau lama. Dah obsolete.
Kereta Jepun yg harga 200k, injin 1.5ltr 201BHP.
BMW 318i harga 100k134HP (used)
Proton Persona harga 50k 109HP.
Myvi 1.5 pun sama.
Road Tax RM90.00
|
|
|
|
|
|
|
|
Setakat roadtax setahun sekali. Kereta merah nak power takan isi ron 95. Lagipun ada kerera mewah ni company sponsor mintak. Swipe je ron97...itu lagi menguntungkan kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Simunggu at 13-2-2023 03:33 PM
kereta aku dah uzur layak jadi besi buruk, 3.0cc, harga road tax dekat nak masuk pintu kayangan punya harga....patutkah itu kereta mewah? |
|
|
|
|
|
|
|
hat guna EV tu jgn sonok sangat la.. come 2025 nah habuan kome 
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|