CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9343|Reply: 93

Tahan sakit 17 jam dalam penerbangan pulang - Puteri Sarah akhirnya tumbang di hospital.

[Copy link]
Post time 13-2-2023 08:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by friedfishsoup at 13-2-2023 04:04 PM

"Semalam saya menahan sakit 17 jam dalam penerbangan dari Dubai ke KL. Sampai di sini badan saya dah menggigil kesejukan. Sebab itu terus ke hospital.
"Saya memang tak cukup rehat... penat sangat. Hanya sehari sebelum umrah saya cuti untuk kemas barang.
"Cuaca di sana (Makkah) mungkin juga jadi faktor saya batuk. Mulanya ingat boleh tahan, tetapi sampai sahaja Kuala Lumpur semalam saya rasa terus nak tumbang.
"Lepas pulang ke rumah, selesaikan berkemas dan makan, saya terus ke hospital," ujar pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, apabila dia akhirnya 'tumbang' sejurus pulang dari
Dubai, apabila dimasukkan ke hospital selepas tahan sakit 17 jam dalam penerbangan pulang ke tanah air.
Puteri Sarah terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat mengalami kepenatan sejurus tiba dari Dubai pada Sabtu.
Jelas Puteri Sarah, dia mula rasa tidak sedap badan dan mengalami batuk sejak berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah dan menanggung kesakitan sehingga kembali ke Malaysia.
Keadaannya itu turut dikongsikan Puteri Sarah menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik gambarnya berada di hospital.
Dalam perkongsian itu, ibu kepada sepasang anak ini turut memohon maaf kerana terpaksa membatalkan beberapa tawaran kerja berikutan sakit yang dialami ketika ini.
"Maafkan saya terpaksa batalkan sesi photoshot. Akhirnya saya tumbang juga.
"Saya perlu berehat dan dipantau doktor. Insya Allah bila sudah sihat nanti saya akan bekerja semula," tulisnya.
Selepas selesai mengerjakan umrah sebelum ini, Puteri Sarah dilihat turut membawa dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah bercuti ke Dubai.
Menerusi rakaman suara yang dihantar kepada mStar jelas kedengaran Puteri Sarah menahan batuk dan tidak boleh bercakap lama.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 08:27 AM | Show all posts
jaga kesihatan ya sarah...rest betul2..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga yg terbaik utk puteri sarah dan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Camna flight Dubai kl 17 jam jadinya?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 08:33 AM | Show all posts
becir replied at 13-2-2023 08:31 AM
Camna flight Dubai kl 17 jam jadinya?

Transit kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 08:34 AM | Show all posts
Mak mertua kesayangan tak komen apa2 ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2023 08:38 AM | Show all posts
balik umrah tu xde rest mmg akn jd letih laa citenya, pastu smbg jln2 ke dubai haa sakan plak tu kt sna, anak2 lagi.. flight pun transit tu, tu yg jd 17jam. GWS Sara!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 08:49 AM | Show all posts
becir replied at 13-2-2023 12:31 AM
Camna flight Dubai kl 17 jam jadinya?

kan.. weols rasa dalam 7-8 jam jaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sakit2 pun cantik... Kalau aku dah rupa tempe basi ... Get well soon sarah.. sol sol tak jenguk ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik makcik balik dari makkah haritu pun, demam seminggu, batuk2, hidung berdarah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 08:58 AM | Show all posts

Puteri Sarah Liyana Masuk Hospital Sebab Penat Melampau

Puteri Sarah Liyana terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat mengalami kepenatan sejurus tiba dari Dubai pada Sabtu.


Kata Puteri Sarah, 38, dia mula rasa tidak sedap badan dan mengalami batuk sejak berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah dan menanggung kesakitan sehingga kembali ke Malaysia.


Foto: IG




“Saya memang tak cukup rehat... penat sangat. Hanya sehari sebelum umrah saya cuti untuk kemas barang.


“Cuaca di sana (Makkah) mungkin juga jadi faktor saya batuk. Mulanya ingat boleh tahan, tetapi sampai sahaja Kuala Lumpur semalam saya rasa terus nak tumbang.


“Lepas pulang ke rumah, selesaikan berkemas dan makan, saya terus ke hospital,” katanya kepada mStar.




  



Terdahulu Sarah turut berkongsi dia berada di hospital di laman Instagram miliknya.


Dalam perkongsian itu dia turut memohon maaf kerana terpaksa membatalkan beberapa tawaran kerja berikutan sakit yang dialami ketika ini.




  



“Maafkan saya terpaksa batalkan sesi photoshot. Akhirnya saya tumbang juga.


“Saya perlu berehat dan dipantau doktor. Insya Allah bila sudah sihat nanti saya akan bekerja semula,” tulisnya.




  



Selepas selesai mengerjakan umrah sebelum ini, Puteri Sarah dilihat turut membawa dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah bercuti ke Dubai.


“Semalam saya menahan sakit 17 jam dalam penerbangan dari Dubai ke KL. Sampai di sini badan saya dah menggigil kesejukan. Sebab itu terus ke hospital,” ceritanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:01 AM | Show all posts
selepas balik dari umrah, aku tidur aje.. penat giler.. bangun setakat solat, gi bilik air
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:02 AM | Show all posts
zeetot replied at 13-2-2023 08:55 AM
Pakcik makcik balik dari makkah haritu pun, demam seminggu, batuk2, hidung berdarah.

ni normal.. di masjid kong kong kong kiri kanan orang batuk..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Hi ps
Kita dalam spital yang sama keee..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 10:33 AM | Show all posts
semoga cepat sihat ya PSL..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 10:40 AM | Show all posts
balik dari jepun hari tu tak sakit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2023 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Sol datang bawak IK, ko perambat dengan penyapu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 10:45 AM | Show all posts
Themilo replied at 13-2-2023 08:49 AM
kan.. weols rasa dalam 7-8 jam jaa..

typo lah tu.... tak buat homework dan check balik info ke sebelum share
ngarut betholllll
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 10:52 AM | Show all posts
dgn hal keje
dgn hal laki
mana x tumbang
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2023 11:22 AM | Show all posts
umur pun dah semakin lanjut, takpe la, kita bermaaf maafan la ye, buang yg keruh ambik yg jernih,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.231001 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list