View: 1783|Reply: 34
|
Warga Asing Makin Menjadi-Jadi Berniaga Sayur Secara Haram, Bila Kena Cekup Tunjuk Dokumen UNHCR untuk raih simpati
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Jadikan dokumen atau kad dikeluarkan Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) sebagai 'lesen besar' untuk menjalankan kegiatan menjaja sayur secara haram sekitar ibu kota.
Itu antara modus operandi rata-rata warga asing ketika ditahan anggota Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hasil operasi sekitar Pasar Harian Selayang, Jalan Selayang Baru di sini.
Sejak awal bulan ini, bilangan warga asing yang mempamerkan dokumen UNHCR ketika diambil tindakan pihak DBKL didapati semakin bertambah.
Foto: Harian Metro
Tindakan itu turut menimbulkan keraguan sama ada dokumen UNHCR dimiliki kebanyakan warga asing terbabit adalah palsu atau dibeli daripada sindiket tertentu.
Terbaharu, menurut jurucakap DBKL berkata, empat penjaja sayur warga Myanmar dikenakan tindakan sita dan pindah barangan oleh penguat kuasa DBKL di Pasar Harian Selayang di sini.
Menurutnya, ketika tindakan diambil, ada antara penjaja haram terbabit bertindak menyorokkan bekas atau bakul berisi sayur-sayuran dan buah-buahan dijual di dalam longkang, belakang rumah kedai serta di bangunan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampiran.
"Bagaimanapun taktik yang biasa digunakan penjaja haram itu berjaya dihidu penguatkuasa DBKL. Semua barangan jualan mereka disita mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 kerana menjaja tanpa kebenaran.
"Walaupun tindakan diambil hampir setiap minggu namun penjaja haram warga asing terutama dari Myanmar ini tetap berdegil dan akan meneruskan kegiatan sama berulang kali," katanya.
Menurutnya, lokasi itu yang didiami komuniti dari negara sama menyebabkan kegiatan haram berkenaan sukar dibenteras sepenuhnya.
"Buat masa ini semua sayur-sayuran dan buah-buahan yang dirampas akan dihantar ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan lanjut," katanya.
Dalam operasi sama minggu lalu, sejumlah 14 tindakan penguatkuasaan dilaksanakan DBKL di premis perniagaan dijalankan warga asing sekitar kawasan Gombak dan Setapak di sini.
Sementara itu, tindakan sama turut dilakukan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) apabila menggempur penjaja warga asing yang didapati masih berdegil meneruskan perniagaan sekitar Jalan Besar Selayang Baru di sini.
Menerusi operasi dijalankan anggota Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS, sebanyak 45 bakul pelbagai jenis sayur-sayuran dan empat bakul kelapa milik penjaja warga asing itu dirampas.
Turut dirampas beberapa peralatan seperti meja, alat penimbang dan payung milik penjaja warga asing terbabit.
Semua penjaja warga asing dikenakan tindakan kerana didapati menjalankan perniagaan di kawasan petak parkir sehingga menimbulkan isu kacau ganggu, kebersihan dan juga kesesakan di kawasan berkenaan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Makin ramai ooo
Kang depa jaja kat pasar malam plak |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh ke hantar kat unhcr tu soh depa yg jaga bagi lesen sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerana itulah mereka tidak merasa takut. |
|
|
|
|
|
|
|
Golongan bangsat rohingya dan bangla ni, dorang support bisnes sesama bangsa dorang. Sbb tu bisnes dorang menjadi. Walaupun harga lagi mahal. Macam org melayu pulak, kalau nampak melayu yg jual, x nak beli. Takut nanti orang melayu tu lagi kaya dari dia. |
|
|
|
|
|
|
|
depa ni kena bagi satu pulau semua tinggal situ, bercucuk tanam ke, menternak ke, dari dibiar bertebaran, kat kedah ramai dah spesis ni sewa tanah tanam mcm2. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangladesh dah bagi pulau, tapi tak nak duduk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam ni aku pun nak lah kad UNHCR ni, macam lagi istimewa je dari ada IC. Boleh bawak motor, kereta takde lesen, cukai jalan pun tak payah bayar. Alih-alih kena tahan tunjuk kad UNHCR je. Seronok lah jadi pendatang dekat Malaysia, hidup lebih istimewa dari rakyat sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa bukan 170,000 dah diorang ni. Mau ada sejuta Rohingya dah kat tanahair ni. Diorang spesel lagi dari org tempatan. Kalis undang-undang. Takyah bayar tax, takyah minta lesen semua tu tak terpakai utk diorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni serbu besok niaga balik. Campak la dorang ni kat pulau..pastu pepandai la dorang survive. Bagi barang basic je. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat je operasi selalu. Lama2 pening gak diaorang asyik rugi je. |
|
|
|
|
|
|
|
..maknanya depa ni dah masuk ke fasa yang dah payah, tak boleh nak dikawal lagi dah ni. Kena ada satu approach yang 'agak kejam' sikit la.
Ogos tahun lepas - Malaysia akan membantu pelarian Myanmar khususnya etnik Rohingya untuk mengikuti latihan kemahiran bagi membolehkan warganegara itu mendapatkan pekerjaan. Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu diambil berikutan negara memerlukan pekerja asing, namun tidak dapat diserap masuk dalam dunia pekerjaan kerana tidak mempunyai kemahiran.
tapi mana ada kita nampak depa berbondong-bondong berusaha daftarkan diri untuk ikut program tu pun..
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 1-2-2023 02:52 PM
@Skuau tersenyum sinis {:mlwa ...
Terserlah la KEBODOHAN DI PIHAK MALAYSIA pada skala 2.6B. |
|
|
|
|
|
|
|
Sazreena replied at 1-2-2023 02:20 PM
Hari ni serbu besok niaga balik. Campak la dorang ni kat pulau..pastu pepandai la dorang survive. Ba ...
Setuju. Setiap kali ada operasi, cekup dan campak. Kad2 apa semua tong sampahkan. Baru lama2 ada rasa takut. Dah campak ke pulau tu jangan biar je pula, kawal lah jangan kasi lobos ke mainland. Malaysia & penguat kuasa lemah berpisah tiada. |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm pemahaman depa kat UNHCR ni mmg lagi besar dari IC biru kita... Ic biru kita dari kerajaan Malaysia tp kad UNHCR dari UN/PBB....mmg besar kepala puak2 Rohingya ni, jauh besar kepala compare dgn Myanmar suku2 lain |
|
|
|
|
|
|
|
santau je lah berjemaah
anto 2,3 bas santau pi pasar borong selayang tu dulu |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan kena urus mereka ini.... dah mereka pun kena hidup dan perlukan pekerjaan makanan etc tetapi pada masa yang sama tak ganggu kehidupan sosial, adab, hak penduduk tempatan.. biar sahaja ianya akan melarat |
|
|
|
|
|
|
|
Membekalkan kad unhcr adalah satu bisnes yang kencang. Kaching!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|