View: 3482|Reply: 51
|
Murah Rezeki Pemandu Lori Sawit, Dua Isteri Pinang Madu Ketiga
[Copy link]
|
|
Seorang pemandu lori sawit yang menetap di Kampung Parit Sulaiman, Ayer Baloi, Pontian mengecapi hidup bahagia apabila dapat menawan hati tiga wanita untuk dijadikan peneman hidupnya.
Roihan Tasukee@Nor, 60, berkata, rahsia utama dalam melayari bahtera rumah tangga adalah jujur, ikhlas dan tidak menipu antara satu sama lain.
 ROIHAN bersama isteri pertamanya, Enah (kiri), isteri kedua, Melati (kanan) ketika bersanding dengan isteri ketiga, Izanarilah (tiga dari kiri) di Pontian minggu lalu.
Dia yang mesra disapa Roy itu baharu sahaja melangsungkan perkahwinan kali ketiga pada 17 Januari lalu dengan restu dan izin dua isterinya.
Lebih bertuah, isteri pertama dan keduanya sendiri merisik bakal madu mereka yang juga seorang ibu tunggal, Izanarilah Mohammad, 51.
“Sebelum ini saya berkahwin dengan isteri pertama, Enah Sirin, 55, pada 1985, manakala isteri kedua, Melati Mohd. Hussein, 40, pula pada 2012.
“Saya berkenalan dengan Izanarilah sejak empat tahun lalu menerusi satu kumpulan WhatsApp sebelum lebih rapat dan hati kami saling bertaut.
“Tiada sebarang ilmu pengasih atau pemikat wanita yang saya gunakan, yang penting adalah kejujuran, tidak menipu dan ikhlas sewaktu menyatakan hasrat menambah isteri baharu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Roihan berkata, bagi memastikan proses perkahwinan tiada rahsia, dia mengajak isteri pertama dan kedua ke Mahkamah Syariah, di sini, untuk melakukan proses pengesahan atau persetujuan untuk poligami kali ketiga.
Katanya, isteri baharunya itu merupakan seorang peniaga di Kampung Tanjung Selangor, Pekan, Pahang, manakala isteri pertama suri rumah sepenuh masa dan isteri kedua seorang guru agama.
Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, dia dikurniakan dua anak perempuan berusia 29 dan 32 tahun, manakala isteri kedua mendapat dua anak lelaki berusia 8 dan 4 tahun.
Dia yang mempunyai tiga cucu berkata, isteri pertama dan kedua tinggal di rumah berhampiran satu sama lain di Kampung Parit Sulaiman, Ayer Baloi, di sini.
Sementara itu, Enah berkata, sepanjang hidup bersama suaminya selama 37 tahun dan bermadu selama 10 tahun, semuanya berjalan baik dan dia rapat dengan Melati yang pernah bekerja di kilang sama sebelum ini.
“Ketika suami beritahu ingin berkahwin baharu, saya dan Melati beri keizinan dan sama-sama uruskan majlis nikah dan sanding mereka berdua,” ujarnya.
Ujar Izanarilah pula, hanya pada tahun lalu, dia berjumpa suami di Dataran Parit Sulong, Batu Pahat sebelum mengambil keputusan bernikah Selasa minggu lalu.
“Paling melucukan anak-anak kata, ingatkan seorang tetapi dah bertiga,” ujarnya berseloroh.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaha.. lntk hangpa laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kurang beras atau duit mengkome pun....hidup dema lantokla.... |
|
|
|
|
|
|
|
Liar betul punai pemandu lori ni |
|
|
|
|
|
|
|
cupu replied at 24-1-2023 11:20 AM
Liar betul punai pemandu lori ni
Tp dreba liori mmg kawin byk ekk.. nape ekk . Adakah salah pekerjaan.. salah kote.. |
|
|
|
|
|
|
|
ini gatai punai nih namanyaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Roi ni walau dah atuk2 tp gaya cam rang muda.
Teringat plak kt sorang johorian ni kawen dua gak lepas tu diuji plak dgn sakit buah pinggang bagai.
Maka bini2 dia bergilir jaga dia, bini no 2 keje shift malam.
Bini no 1 keje siang. Maka mereka berdua saling bekerjsama gilir2 jaga laki dan uruskan anak memasing.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lantak kau la nak kawen berapa.. semoga semua isthree dan anak2 terbela |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah pakcik roy,walaupon cuma pmandu lori sawit boleh bisteri tiga...aq x kecam pakcik ni sebab dia pon bpoligami cara baik,isteri2 yg pinangkan madu n dia sndri pon sedar diri umur dh 60 bini2 semua 50an[em:4:]...sol ko g mnuntut ilmu dari pakcik roy ni hah |
|
|
|
|
|
|
|
Klu bini2 nya xde halangan dan dia pun x menipu bini or block bini sampai setahun rasanya xdelah pompuan marah sgt klu poligami..ni nak kahwin 2 tapi tanggungjawab dan nafkah zahir batin bini terabai dan x adil...tumggu ajelah balasan kat akhirat |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 24-1-2023 11:30 AM
Tp dreba liori mmg kawin byk ekk.. nape ekk . Adakah salah pekerjaan.. salah kote..
Biasa sbb diaorg bhenti mkn minum. Port Kedau mkn plk diaorg bhe ti dekat kedai janda. Lekat la dekat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
zuuu: Tahniah pakcik roy,walaupon cu ...
Dapat izin bini satu benda baik, yg lagi satu baiknya target bukan anak dara muda bergetah, tapi ibu tunggal berusia. At least betullah kalau dia mampu.
Isteri2 yang Muslim ni sebenarnya tak menolak pun hukum poligami ni, masalahnya si laki lupa hukum yang harus adil, tapi tunggang sunnah ikut pelir. Kalau diorg mmg jaga bini sedia ada bebaik, silap2 bini2 sendiri tolong pinangkan org rumah baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat kau royyyy.
Ibu tunggal
Dapat izin bini
Bukan nikah kat siam
Jenih ada telur lah
Tak takut bini
Sol kena nuntut ilmu nihhhh. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kes gini, saya pun takde rasa nak kecam. Isteri2 mungkin bersyukur ada me time. Umur2 isteri pun idokla muda belia. Sesuai2 org kata. Sepadan |
|
|
|
|
|
|
|
Aiol ok je dgn pkcik ni, klau smuanya ok & x trbiar, ok lh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sbbnya dorg bnyk stop kat bnyk tmpt.
|
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 24-1-2023 02:55 PM
Sbbnya dorg bnyk stop kat bnyk tmpt.
Ye laa kot.. kwn aku hari tuu pun kecoh laki dia nak kawen.. dreba lori jgk |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik abang Roy
kan bagus klu setiap wanita seperti isteri2 abang Roy aman je takde perang2  |
|
|
|
|
|
|
| |
|