View: 4282|Reply: 51
|
Ramai Meluat Tengok Pengantin Lelaki Acah-Acah Ketar Nak Sarung Cincin, Lepas Dapat Pegang Terus Nak Cium
[Copy link]
|
|
Rasa gemuruh dan gementar merupakan perkara biasa bagi mana-mana pasangan pengantin.
Perkara seperti itu terjadi apabila seseorang itu perlu melakukan sesuatu perbuatan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Sejak kebelakangan ini bagaikan satu trend apabila pasangan pengantin dilihat malu-malu untuk bersentuhan antara satu sama lain buat kali pertama selepas sah bergelar suami isteri.
Sama seperti sebuah video yang tular ini, pengantin lelaki kelihatan terketar-ketar untuk menyarungkan cincin ke jari isterinya ketika sesi membatalkan air wuduk di dalam sebuah masjid.
Berdasarkan video di TikTok, pengantin lelaki mengambil masa yang lama iaitu lebih dua minit untuk menyempurnakan acara itu.
"Alahai pengantin ni malu-malu pula. Alhamdulillah selesai sudah.
"ertama kali jumpa yang macam ni... Selamat pengantin baharu, semoga kekal bahagia," tulis pemilik akaun TikTok yang berkongsi video tersebut.
Berdasarkan rakaman itu juga, pengantin perempuan kelihatan lebih tenang serta pasrah menghulurkan jarinya untuk disarungkan cincin.
Setelah sekian lama menantikan sesi yang sepatutnya dilakukan secara ringkas dan pantas itu berakhir, seorang wanita tampil cuba membantu.
Pada mulanya dia menghulurkan sekeping tisu kepada pengantin lelaki untuk dijadikan 'pengalas' tatkala menyentuh isterinya.
Namun usaha itu tetap tidak berhasil.
Wanita itu kemudian bingkas memegang tangan si pengantin perempuan dan menghalakan kepada pengantin lelaki bagi mempercepat proses menyarungkan cincin.
Akhirnya sesi berkenaan tamat dengan bantuan wanita yang sedikit berusia itu.
Sementara itu dalam satu lagi perkongsian video di akaun sama, pasangan mempelai berkenaan dilihat meneruskan acara seterusnya iaitu mengucup dahi pengantin perempuan.
Kali ini prosesnya agak mudah malah pengantin lelaki kelihatan mengucup dahi isterinya sebanyak dua kali.
Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen melahirkan rasa tidak senang dan 'rimas' dengan gelagat pengantin lelaki berkenaan.
Kata mereka lelaki itu terlalu berlebihan dalam menzahirkan rasa malu untuk menyentuh isterinya buat kali pertama.
"Over la mamat ni. Depan kamera tak payahlah acah-acah. Malulah air muka perempuan tu. Bukannya kau nak kena pegang benda haram. Tolonglah hentikan tabiat macam ni.
"Kalau aku ni, bukan setakat penampar, sekali penyepak aku bagi. Duk tergagai-gagai (terhegeh-hegeh) apa tak tau macam ni.
"Makcik baju oren pun sampai menyampah dan blah (pergi) dan datang balik tak sarung-sarung lagi," komen netizen di Instagram. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala....nk tunjuk konon masih suci muci....
Org dulu² kenal pun tak, tak de la mengade ngade mcm ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
padahal dah berapa kali pegang masa couple.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gediknya lahai. Sedarlah diri duk kat masjid tu. Hormatlah skit.
|
|
|
|
|
|
|
|
org sekarang mmg suka buat yg bukan-bukan and record, pastu share then kena cemuh berjemaah, bodonyaaaaaa lahai |
|
|
|
|
|
|
|
menyampah tengok, poyo lah |
|
|
|
|
|
|
|
I tengok video ni on Twitter kemain ramai yang mencerca. Padahal kalau perhati dorang ni betul2 sah2 boleh nampak theyols ni mentally challenged. |
|
|
|
|
|
|
|
lembam kan couple ni, tgk muka pengantin perempuan pun blur je, bukan sengaja, yg lelaki tu pun sama juga kot |
|
|
|
|
|
|
|
Baca tajuk jahat TT aku pun rasa nak kecam tapi setelah tengok video I changed my mind.
Nampak budak jantan tu genuinely nervous.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 20-1-2023 04:00 PM
vanillaninja replied at 20-1-2023 03:45 PM
I tengok video ni on Twitter kemain ramai yang mencerca. Padahal kalau perhati dorang ni betul2 sah2 ...
Maksud uols dorang ni bukan individu normal ker?
Sian pulak kalau dikawen kan ok ke yg lelaki tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
ada org cakap, diorang OKU. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian dorg kena kecam...iols salahkan org yg viral x tentu psl.. |
|
|
|
|
|
|
|
ooooo OKU ya uolllsss...
OKU tang mana tu???
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan buat dosa kering di jumaat yang mulia ini
|
|
|
|
|
|
|
|
salahkan juga skali mstar babi media pprt wartawan2 bapok tuh |
|
|
|
|
|
|
|
bidio ni ai tak nk kecam tp ai nak gelak ahaha korg tgk tak bidio yg lepas sarung cincin ni, laki tu cium dahi pengantin, muka laki ni mcm dh ready gitu tp tadi malu2 ape2 pon slmat penganten baru (bidio ni kt tiktok mashitahmashitah1 ) |
|
|
|
|
|
|
|
Yes, dah ada witness dekat masjid tu yang kenal the bride personally bagitau sheols memang OKU. The groom pulak macam lembam2.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|