View: 8295|Reply: 98
|
"Kalau Berani Selfie Lah Sekali!" Sorok Muka Tak Sudah, Bad Indigo Dituduh Hanya Berilusi Ada Girlfriend!
[Copy link]
|
|
Lepas bekas isterinya, Ashira tayang boyfriend, Bad Indigo pun kata dia kini sedang dilamun cinta.
Namun kata Bad kali ini dia nak merahsiakan identiti kekasihnya selepas dua kali gagal dalam rumah tangga.
Namun keputusannya menyebabkan ramai menuduh penyanyi itu hanya berilusi tentang mempunyai teman wanita.
Foto: IG
"Kalau beranilah selfielah dengan girlfriend sekali," antara komen netizen.
Namun Bad kata dia tidak kisah tentang kata-kata warganet yang membuat pelbagai spekulasi mengenai teman wanitanya kerana paling penting keluarga dan kenalan rapat mengetahui perkara sebenar.
"Saya tak faham kenapa netizen nak kata kekasih saya itu ilusi, saya tahu ramai yang menghina saya... dah tua, sakit, dan cacat... Suruh tak payah bercinta... tak payah susah kan orang. Korang ini kenapa nak kumpul dosa?
"Buat siapa yang kata ilusi itu, ada sebab kenapa saya tak tunjuk muka dia. Saya cuma nak kongsi kepada followers dan kawan-kawan saya.
"Saya cuma kongsi nak kebahagiaan bukan tunjuk muka. Saya dah lama dalam industri ini, lantaklah orang nak cakap apa pun," katanya kepada mStar.
Katanya lagi dia bukan tidak mahu mendedahkkan wajah wanita tersebut namun bimbang sekiranya ada perkara tidak diingini berlaku sehingga mengganggu hubungan mereka.
"Belum masanya lagi, takut nanti macam-macam masalah akan timbul. Mana tahu ada orang dengki atau sakit hati.
"Kita sebenarnya pun nak jaga hati pihak sana supaya tidak tertekan dengan perkara-perkara macam ini.
"Tapi saya akan tunjuk sikit demi sikit. Saya rasa tiada keperluan sangat nak tunjuk wajahnya kepada umum," katanya lagi.
Buat masa ini Bad belum rancang nak kahwin sebab fokus kepada kesihatan dirinya terlebih dahulu.
"Umur saya pun dah berapa, tentu saya nak tamatkan zaman solo saya juga. Saya masih mencuba dan tidak tawar hati untuk berkahwin lagi.
"Tapi tahun ini saya nak perbaiki diri saya sendiri, saya nak kuatkan kaki dan berjalan semula, baru saya fikir kahwin." -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga achik bad tak terkena badi achik jeri berbebikan jera tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari hari tu lagi rasa gitu hehe
Harap cik bad dah jumpa la gf ni, bukan di alam maya saja yer |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dia..walaupun dia sakit..dia pun ada ht dan perasaan gak..ingin disayangi dan di cintai..hrp la dia jumpa org yg terima dia seadanya..cuma nye dia kena jujur dan berterus terang la pasni..keadaan dia tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa meols membayangkan muka dia mcm Linda Onn? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nih lagi satu, Tokcik Bad oii
Kalau RDM tu ada bau2 mcm Raja bla bla, atau Rania Dato bla bla, baik lupakan ajelah yach?
Bkn apa, sundal alam maya ni, biasanya tempat acik2 gundu kepam huduh muka birat mcm tak mampu beli sunblock SPF120 berangan. Yelah, kalau Raja, Tengku, Dato Seri tu semua, usahla dipercayai.
Cubalah Tokcik Bad ambik course dgn Pengerusi Majlis Loser Tua Paling Berangan - Jeri Kandor.
Haaaaa dia boleh story dkt Tokcik. |
|
|
|
|
|
|
|
"Katanya lagi dia bukan tidak mahu mendedahkkan wajah wanita tersebut namun bimbang sekiranya ada perkara tidak diingini berlaku sehingga mengganggu hubungan mereka"
my advise kalau rasa taknak relationship diperkatakan / taknak jadi bahan gossip / umpatan better takyah la teasing2 tgh bahagia, tunjuk gambar cover emoji, tunjuk sipi2 kat socmed. tak payah... bercinta je in reality. motip takut relationship terganggu time courting phase tapi dok teasing2. #takpastijangankongsi |
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah dia pun nak bahagia juga, percayalah mmg ada je perempuan yg tak kisah dan berkehendak org mcm dia kot.
Cinta tu kan buta kalau dah suka takde alasan dah knp.
Ada yg lebih dasat drpd dia pun aman2 je kawen ngn pompuan hot lak tu.
Cam biasa kena tuduh la pompuan yg kawen tu semata2 nk green card la, nak duit n mcm2 lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Tudung pepel tu cm gmbr jah pekong je
Ke mata aku je |
|
|
|
|
|
|
|
aku syak kena ikan keli ni.
nampak bau2 ikan kuat.
pandai geng2 ikan keli ni ambik orang yang desperate nak nampak laku
contoh macam jeri alexander dengan dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Udoh2 lah Tu... Yg sihat lepas bercerai pun tak sedesperate sangat nak kahwin...
Focus dulu diri sendiri.. ai retis2 ni adakala statement dorang ni tak bleh pakai..
Bila baru kahwin Indah belaka setia pada satu lah.. bila bercerai sayang tak akan cari lain dalam masa terdekat.. tak sampai 6 bulannnn ehhh dah jumpa cinta baru.. mudahnyer hati berubah ehhhh???? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk ada mcm rupa kening anak dia je.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Aku risau sgt pompuan ni spesis jeri aje.. Sbb lelaki gini mmg target tepat |
|
|
|
|
|
|
|
takleh nak husnuzon..
harap bukan ikan keli la yer... |
|
|
|
|
|
|
|
yassss i pon tgk kening mereka cam same jerkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tengok dari gambar berfilter, lawa pompuan tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|