View: 2657|Reply: 23
|
[Politik]
Sekarang Masa Untuk Bekerja, Tengku Hassanal Titah Cukup-cukuplah Berpolitik
[Copy link]
|
|
Pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang bergabung membentuk kerajaan negeri ini setelah tergantung apabila tiada parti memperoleh majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu lalu diminta mengetepikan ideologi dan sentimen politik.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, letakkan agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.
IG Tengku Hassanal
“Kini bukan lagi masa untuk terus berpolitik. Cukup-cukuplah.
“Pilihan raya (PRU15) telah tamat, kerajaan negeri telah dibentuk. Sekarang, masa untuk bekerja,” titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini semalam.
Tengku Hassanal bertitah, selepas PRU15, ini merupakan kali pertama dalam sejarah, tiada parti yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.
Justeru, titah Tengku Mahkota Pahang, kerajaan negeri yang dibentuk mestilah terdiri daripada, gabungan parti politik yang menang pilihan raya tersebut.
“Seri paduka ayahanda saya sudah memberi tempoh masa dan ruang kepada pimpinan parti untuk mengadakan perbincangan dan mencari titik persamaan supaya kerajaan negeri dapat dibentuk.
IG Tengku Hassanal
“Justeru, saya sudah menerima menghadap pimpinan parti, pada hari semalam bagi mendengar sendiri pendirian dan persetujuan mereka.
“Kedua-dua parti daripada BN dan PH bersedia untuk bekerjasama bagi membentuk kerajaan,” titah baginda.
Tengku Hassanal dalam pada itu mengingatkan semua pihak bahawa isu bangsa dan agama tidak patut dipolitikkan dalam sebuah negara berbilang kaum serta agama.
Sumber: UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Cukup-cukuplah berpolitik, sekarang masa untuk bekerja – Tengku Hassanal
Edited by YgBenar at 28-11-2022 09:10 PM
PEKAN: Pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang bergabung membentuk kerajaan negeri ini setelah tergantung apabila tiada parti memperoleh majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu lalu diminta mengetepikan ideologi dan sentimen politik.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, letakkan agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.
“Kini bukan lagi masa untuk terus berpolitik. Cukup-cukuplah.
“Pilihan raya (PRU15) telah tamat, kerajaan negeri telah dibentuk. Sekarang, masa untuk bekerja,” titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini semalam.
Tengku Hassanal bertitah, selepas PRU15, ini merupakan kali pertama dalam sejarah, tiada parti yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.
Justeru, titah Tengku Mahkota Pahang, kerajaan negeri yang dibentuk mestilah terdiri daripada, gabungan parti politik yang menang pilihan raya tersebut.
“Seri paduka ayahanda saya sudah memberi tempoh masa dan ruang kepada pimpinan parti untuk mengadakan perbincangan dan mencari titik persamaan supaya kerajaan negeri dapat dibentuk.
“Justeru, saya sudah menerima menghadap pimpinan parti, pada hari semalam bagi mendengar sendiri pendirian dan persetujuan mereka.
“Kedua-dua parti daripada BN dan PH bersedia untuk bekerjasama bagi membentuk kerajaan,” titah baginda.
Tengku Hassanal dalam pada itu mengingatkan semua pihak bahawa isu bangsa dan agama tidak patut dipolitikkan dalam sebuah negara berbilang kaum serta agama.
“Saya mahu semua wakil rakyat saya berpegang kembali dan menghayati teguh lima prinsip rukun negara. Ingat, susah payah orang dahulu membina negara dan negeri ini.
“Jangan kerana ideologi dan kepentingan politik kita gadaikan pembangunan dan kemajuan yang telah mula kita rasa.
“Sudah 65 tahun merdeka, kita seharusnya mula berlari laju, bukan lagi merangkak, mencari rentak. Jangan kerana, politik yang tidak matang, kita semua ke belakang,” titah baginda. – UTUSAN
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat marhain ok jer, walaupun rakyat marhain bukan makan tanggung berak cangkung |
|
|
|
|
|
|
|
Mana mana laa tuanku.. kami marhaen ni hidup tetap diteruskan.. ade duit ke tadak duit pun nasib ajelaa |
|
|
|
|
|
|
|
Naper la aku tak dilahirkn sbg anak² sultan |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kerabat yg ckp
mmmm
kecam lebih2 dianggap derhaka
so lebih baik diam
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 28-11-2022 09:22 PM
Naper la aku tak dilahirkn sbg anak² sultan
Untung ler..kalau tak...u pun kena maki jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 28-11-2022 09:30 PM
kalau kerabat yg ckp
mmmm
kecam lebih2 dianggap derhaka
Jaga2 mak dia ada dlm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg laa tp ada pihak yg tersakiti tu nak wat ganer.
Pengajarannya bila kita meniaga brg yg sama jgn mencuri pelanggan org dgn cara memburuk2kan peniaga lain tu
Setiap perbuatan kita baik atau buruk akan dibalas.
Cash/debit/kredit/installment/ewallet |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 28-11-2022 09:22 PM
Naper la aku tak dilahirkn sbg anak² sultan
belum tentu nsb ko ok...sb tah camner aku ter nengok...nama cleaner warga Nepal kt mall..nama dia sultan. |
|
|
|
|
|
|
|
Yassss
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
berpolitik bercekau tak abis2 rakyat jelata cari telor kulu kilir satu malaya tak jumpa..hanat betul |
|
|
|
|
|
|
|
Yor la tuanku |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 28-11-2022 09:22 PM
Naper la aku tak dilahirkn sbg anak² sultan
kalau uols dilahirkn sbg ank sultan..agaknya skrg uol tgh bersantapan dlm yistana sambil ditemani oleh dayang2 |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 28-11-2022 09:22 PM
Naper la aku tak dilahirkn sbg anak² sultan
Biar cepat ko masuk syurga
|
|
|
|
|
|
|
|
Betholllllll |
|
|
|
|
|
|
|
1st time patik setuju dengan tuanku. |
|
|
|
|
|
|
|
Solokkk replied at 28-11-2022 09:09 PM
Rakyat marhain ok jer, walaupun rakyat marhain bukan makan tanggung berak cangkung
Hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|