CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6133|Reply: 91

Rumah Sungai Usang Tapi Syurga Untuk 3 Beranak Berteduh, Dihias Cantik Sampai Tular Di Media Sosial

[Copy link]
Post time 15-11-2022 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Marang: Luaran rumah penternak ikan ini mungkin kelihatan usang, malah tiada juga perabot mewah yang melengkapkan hiasan dalaman


Namun bagi Ahmad Mokhtar Taib, 32, dan isteri, Mariyah Ghazali, 32, kesederhanaan itu membahagiakan mereka, selain sentiasa rumah itu bersih serta terjaga agar indah di mata.


Kesungguhan pasangan berkenaan menghias rumah sungai mereka mendapat pujian netizen selepas Mariyah berkongsi gambar dekorasi ruang dalaman kediaman itu di Facebook (FB).




Foto: Harian Metro




Ahmad Mokhtar berkata, rumah sungai dekat Kampung Gong Tepas itu asalnya adalah rumah rehat yang dibina bersebelahan sangkar ikan ternakannya, sebelum mereka bersama anak, Ahmad Mujahiddin, 4, mendiaminya pada akhir 2018.


"Saya dan isteri berkahwin pada 2013 dan rumah itu sudah ada sejak saya bujang lagi, tetapi tidak didiami kerana sekadar menjadi tempat rehat.


"Lagipun, kami pernah menetap di Kedah beberapa tahun, jadi ia terbiar begitu sahaja. Kami sepakat berpindah ke situ selepas pulang ke sini, empat tahun lalu.


"Asalnya tidak banyak barang dalam rumah, tetapi kami mula hias sedikit demi sedikit apabila berpindah masuk," katanya ketika dihubungi Harian Metro.






Foto: Harian Metro







Menurut Ahmad Mokhtar, kerja menghias lebih banyak dilakukan Mariyah dan dia sekadar membantu pada waktu terluang.


Katanya, barang hiasan banyak dibeli daripada kedai barang keperluan yang menjual pada harga murah dan semua dibeli secara berperingkat.


"Isteri suri rumah sepenuh masa, jadi dia yang banyak habiskan masa hias rumah kami. Tiada rujukan atau tengok YouTube, sebaliknya kami cuba hias gunakan bahan yang ada, kebanyakannya yang murah, kecuali tikar getah, manakala kertas dinding ambil masa lama untuk dipasang.


"Ikutkan, rumah kami tiada ruang dapur atau bilik tidur tetapi kami cuba cipta ruang berkenaan mengikut kreativiti sendiri dan semua kerja menghias banyak dilaksana ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu," katanya.




Foto: Harian Metro







Biarpun tidak mampu memberi kemewahan kepada keluarga kecilnya, Ahmad Mokhtar bersyukur kerana dapat menyediakan tempat berteduh buat isteri dan anak.


"Saya tenang walaupun duduk di atas sungai dan anggap ia rezeki apabila dapat tinggal dekat dengan alam semula jadi.


"Tak sangka juga ramai suka suasana dan persekitaran di sini selepas tular gambar rumah saya.


"Alhamdulillah, setakat ini semuanya dalam keadaan baik cuma biasalah, rumah akan bergoyang apabila angin kuat tetapi belum pernah lagi dibawa arus," katanya yang mengikat rumah atas air itu pada sangkar dan diapungkan dengan tong.


Ahmad Mokhtar tidak menafikan ada menyimpan impian untuk menyediakan rumah yang lebih selesa buat isteri dan anaknya di atas tanah, suatu hari nanti.


Katanya, dia sedang mengumpul duit untuk membeli aset itu, memandangkan pendapatan hasil ternakan ikan baru kembali stabil.


"Banyak cabaran ketika PKP lalu, antaranya ikan banyak mati jadi pendapatan terjejas," katanya yang sudah menjadi penternak ikan sejak lebih 12 tahun lalu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkilat kilau periuk dia susun bagus btul… bahagia cara mereka
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 12:31 PM | Show all posts
hareeeesah replied at 15-11-2022 12:29 PM
Berkilat kilau periuk dia susun bagus btul… bahagia cara mereka

Ha'ah, cntik & kmas plak buat cmni, x kotor. Buka pintu pgi2, dh trpampang kcantikan natural, pergh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 12:32 PM | Show all posts
cmni yang zakat perlu bantu sbb ada effort.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 12:33 PM | Show all posts
yg penting kemas
kalau srabut dgn baju xlipat pinggan xbasuh sampah sarap pon terkumpul mmg horror
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 15-11-2022 12:32 PM
cmni yang zakat perlu bantu sbb ada effort.

penternak ikan berduit. tak hadap zakat … tupasal dia tak belanja brg mahal2  sbb saving for rainy days … tapi nak kekal piuk kilat mmg effort yg tersgt effort
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2022 12:38 PM | Show all posts
kepompong replied at 15-11-2022 12:35 PM
penternak ikan berduit. tak hadap zakat … tupasal dia tak belanja brg mahal2  sbb saving for rain ...

mungkin dia masak terbalik. api dalam periuk. lauk kat bontot periuk

bukan senang nak cuci bontot periuk nak2 lagi kalau dapur gas dah penuh tahi minyak berkarat. rumah ni patut di jadikan muzium sebab pembersih. dan pandai jaga dalam rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
damai je hati tengok rumah dia.
Kemas dan tersusun rapi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 12:39 PM | Show all posts
fikir kt sabah rupanya terengganu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 12:39 PM | Show all posts
tahniah. suka tengok. moga tercapai hasrat nk bina rumah kat tanah plk
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 12:40 PM | Show all posts
anak kena pantau betul2 tu bab takut jatuh kolam tu kang
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Comey nya interior umah, macam umah Cina bukit kat kampung, berkilat2 & tak banyak perabut
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 12:45 PM | Show all posts
ghisa anak dia main2 kwsn luar


actually rmh die konsep studio kan


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 12:47 PM | Show all posts
kilatnya periuk2 dia..kat situ dah nampak rajinnya isteri dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
epullipan replied at 15-11-2022 12:40 PM
anak kena pantau betul2 tu bab takut jatuh kolam tu kang

Jarang atau mcm xde je kes bdk2 yg tinggal kat rumah atas air ni lemas sbb jatuh lam air...maybe diorg sume pandai berenang rasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu penah dah viral umah dia nih, ramai org puji piyuk belanga dia tu laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 01:01 PM | Show all posts
Kemas dan nampaklah rajin orangnya..org ceni patut dibuatkan rumah rakyat. Hari tu aku tgk clip DR MAZA..dia kata ada penerima bantuan utk rakyat miskin, dah dibuatkan rumah elok bila next follow up visit..tu diaaa tetaplah kotor, bersepah dan tak terjaga. Kalau miskin dan pemalas, xleh nak buat apa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 15-11-2022 12:38 PM
mungkin dia masak terbalik. api dalam periuk. lauk kat bontot periuk

bukan senang nak cuci  ...

Kalau lepas masak sental sokmo mmg akan sentiasa la berkilat. Nih lepas masak basuh ngn lalukan air je.
2-3 kali pakai ok la lagi lama2 makin tebal la kerak tu yg jd lagi susah nak sental.
Tips nak piyuk belanga bersih kilat ialah kena rajin sental tiap kali lepas guna.
Sama konsep takmo kain baju menggunung lipatla baju tiap kali angkat dr jemuran. Ini pakat duk lambakkan dlm bakul tu.
Menda tak lama pun lipat baju tu ikutkan tp duk tangguh2 je mmg la jd byk pastu kemain berbangga post kat socmed bitau kain baju dia menggunung
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah UEL akan bg hadiah rumah sebijik nanti…
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 15-11-2022 12:31 PM
Ha'ah, cntik & kmas plak buat cmni, x kotor. Buka pintu pgi2, dh trpampang kcantikan natural, perg ...

Boleh imagine angin sejuk pagi-pagi.. tikar getah je pun elok bersih sikit x hitam kulat.. rezeki dia tang tu la kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.214345 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list