View: 10258|Reply: 107
|
5 Hal 'Pelik' Sebelum Tragedi Halloween Itaewon
[Copy link]
|
|
Tragedi Halloween di Itaewon terus menjadi perhatian dunia apabila meragut 154 nyawa pada malam Sabtu lalu.
Memetik laporan CNN Indonesia, terdapat beberapa perkara pelik yang terjadi di pesta Halloween yang diadakan di kawasan Itaewon.
Berikut adalah beberapa hal 'pelik' yang berlaku di pesta Halloween yang berakhir dengan tragedi ngeri.
Reuters
1). Anggaran 100,000 orang berkumpul raikan pesta Halloween
Menurut portal Korea Herald, dianggarkan seramai 100,000 orang turun ke Itaewon, tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga jarak.
Ramai yang menggayakan pakaian dan solekan seram. Bukan hanya warga Korea Selatan, warga asing turut meraikan menghadiri pesta ini.
Reuters
2). Kelab malam tetap beroperasi hingga jam 4 pagi
Meskipun kekecohan berlaku sekitar jam 10.30 malam, beberapa kelab malam di kawasan itu masih meneruskan operasi seperti biasa.
Pengunjung kelab juga tetap berhibur walaupun tragedi ngeri sedang berlaku di kawasan itu. Malah, terdapat kelab malam yang beroperasi hingga jam 4 pagi.
Reuters
3). Pengguna dadah di pesta bergaduh
Seorang saksi mendedahkan ada pengunjung yang mengambil dadah bergaduh semasa tragedi Halloween di Itaewon.
Saksi, Park Jung Hoon berkata, kejadian itu bermula apabila seorang pengguna dadah mula bergaduh dengan beberapa orang.
Keadaan dilaporkan menjadi lebih kecoh kerana berlaku kecederaan akibat kasut tumit tinggi terkena peha pengunjung.
Park kemudian berkata dia tiba di lokasi pada jam 10 malam waktu tempatan dan melihat keadaan di Itaewon persis 'zon perang'.
Reuters
4). Dihalau pemilik kedai
Seorang saksi turut memberitahu beberapa pemilik kedai mengusir individu yang cuba berlindung di kedai mereka ketika kejadian.
Saksi dan mangsa menyalahkan pemilik bar dan kelab berhampiran kerana menghalang orang ramai cuba keluar dari lorong sempit itu.
“Ada yang cuba menyelamatkan diri dengan masuk ke kedai berhampiran tetapi dihalau semula ke jalan raya kerana waktu bekerja sudah tamat,” kata saksi kepada agensi berita, Yonhap.
Reuters
5). Pengunjung tetap berhibur
Walaupun telah diingatkan pihak berkuasa agar menangguhkan sambutan, ada pengunjung yang terus berhibur di beberapa kelab malam di lokasi berhampiran.
Pihak Polis Seoul tiba di lokasi pada jam 11.19 malam waktu tempatan, 49 minit selepas laporan diterima.
"Sila pulang. Ini akan membantu kami, sila pulang," pihak polis dilaporkan memberi arahan.
Bagaimanapun, terdapat para pengunjung tidak mengendahkan amaran itu.
Sekitar jam 2 pagi waktu tempatan, orang ramai yang memakai pakaian seram kelihatan sibuk bergambar di lorong berhampiran tempat kejadian.
Sumber: AWANI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa iols rasa tak pelik pun |
|
|
|
|
|
|
|
Kejam giler... Yg tersangkut nk cube keluar dr trap ty try nk masuk dlm kedai.. Tp owner xbg masukk... Staff halau depa.. Siap hadang lg.. Punyela xbg masukk..
Mmgla nnti akan belaku kerosakann harta bende klu ramai yg ikut kedai depa.. Tp langsong takde empathy.. Gile hati keras mcm batu.. Selfishhhh gilee |
|
|
|
|
|
|
|
pelik sbb semua da jadik zombie
tak ada perasaan , tak ada otak , tak ada undang2
yg mati 156 org tu ibarat tikus yg mati bergelimpangan di lorong kotor & jijik
yihhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
tragis nau cara matinya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan pelik seperti soalan klise wartawan kepada keluarga simati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa....aku ingatkn matahari tetiba kuar pkl 10pm..
|
|
|
|
|
|
|
|
nak jadi hantu, last2x tertunai jua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 1-11-2022 03:03 PM
Xde yg pelik pun
pelik kannn wartawan yg anggap 5 perkara tu pelik mcm dia cuba create isu mengenai perkara yg tak pelik pungg, pelik pelik hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga rohnya dicucuri rahmat.. |
|
|
|
|
|
|
|
hal pelik...????
tu bukan pelik...tu pekara biasa....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tentu ramai pimp pusher kat situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dark side Korean, takde empathy kaki buli.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo jadi gini aku dok bayangkan rogol berleluasa ...maklumlah masing2 mcm mabuk dah...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
elok sangat la depa mati tu...habis tu, malaysia nak ikut? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni la namanya new world order, buat pesta walau dah mati beramai2 so makin ramai manusia berkurang di dunia ni, konon takut makanan habis. Dasar manusia tamak, Allah bagi kau makanan udara air free tapi kau dan kroni kau nak sental semua sorang2. Patut la golongan2 kafir ni masuk neraka, hati mereka memang kejam. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekitar jam 2 pagi waktu tempatan, orang ramai yang memakai pakaian seram kelihatan sibuk bergambar di lorong berhampiran tempat kejadian.
Hantu betul pun lari... |
|
|
|
|
|
|
| |
|