Polis membuka kertas siasatan jenayah terhadap individu yang tidak dinamakan dipercayai bertanggungjawab terhadap kerja pengubahsuaian, penyelenggaraan dan pengurusan jambatan gantung di barat India yang meragut hingga 141 nyawa pada tengah hari Isnin.
Kerajaan membentuk pasukan lima anggota untuk menyiasat bencana itu.
Reuters
Kumpulan Oreva, pembuat peralatan elektrik yang berpangkalan di Gujerat yang terkenal dengan pembuatan jam Ajanta, telah bertanggungjawab menyelenggara jambatan itu selama 15 tahun, kata Sandeepsinh Zala, ketua pegawai perbandaran Morbi.
"Mereka tidak memberi kami sebarang maklumat bahawa mereka sedang membuka semula jambatan itu," kata Zala. "Kami tidak mengeluarkan sebarang sijil kelulusan kepada mereka."
Jayrajsinh Jadeja, ahli parlimen tempatan dari Parti Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi, menyalahkan Oreva kerana menjual tiket tanpa sekatan hingga menyebabkan kesesakan dan jambatan runtuh.
Jambatan itu sebelum ini diselenggara oleh majlis perbandaran tempatan yang mengehadkan bilangan orang di jambatan itu pada satu-satu masa kepada 20 orang, katanya.
Momen jambatan gantung di Gujerat runtuh - Video: Twitter
Bagaimanapun, menurut penyiar tempatan NDTV, semasa runtuhan terdapat kira-kira 500 orang di atas jambatan itu.
Jurucakap Oreva tidak menjawab panggilan dan mesej teks daripada Reuters.
Akhbar Indian Express memetik jurucakap Oreva sebagai berkata: "Kami masih menunggu maklumat lanjut. Jambatan itu runtuh kerana terlalu ramai orang di bahagian tengah jambatan itu dan ada yang cuba mengayunkannya dari satu arah ke arah yang lain."
Perdana Menteri Narendra Modi, bekas ketua menteri Gujarat, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
AFP
"Kerajaan Gujerat sedang menjalankan operasi bantuan dan menyelamat sejak semalam. Kerajaan pusat juga menghulurkan semua bantuan kepada kerajaan negeri."
Jambatan pejalan kaki itu berukuran 1.25 meter lebar dan menjangkau jarak 233 meter menghubungkan hotel warisan Istana Darbargadh dan bandar.
Ia dibina pada tahun 1877 ketika India adalah tanah jajahan British.
Ahli politik pembangkang berkata bencana itu mendedahkan kekurangan pengawasan infrastruktur di negara ini.
"Kami bukan sahaja sangat sedih di atas tragedi ini tetapi juga sangat marah kerana kejadian ini hanya menunggu masa untuk berlaku," katanya.
kemain posing lagi ek...siap melompat-lompat lagi sesak-sesak tu... alangkan jambatan simen batu pun orang gayat nak lalu kalau ramai-ramai, inikan pulak jambatan gantung bergoyang2....
monyet pun tak perangai mcm ni. company buat jam jaga jambatan gantung, speck jambatan utk 20 org tapi bg lepas beratus org. dalam beraatus org tu perangai monyet, ungka, kera kongkang ada dalam 10-15% pun jahanam dah.