CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1933|Reply: 25

Jatuh Dalam Sungai- Suami Sempat WhatsApp Suruh Isteri Jaga Diri Dan Anak-Anak Sebab Nak Pergi Jauh

[Copy link]
Post time 31-10-2022 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: "Sebelum suami saya dipercayai jatuh sungai, dia sempat menghantar pesanan WhatsApp meminta untuk saya menjaga diri dan anak-anak dengan baik kerana dia mahu pergi jauh," luah Siti Najwa Kamarudin, 28, isteri kepada seorang lelaki yang dipercayai jatuh ke sungai berdekatan Jambatan Pak Nik Lah, Pengkalan Chepa di sini.


Siti Najwa berkata, suaminya, Muhamad Azwari Aziz, 38, keluar dari rumah sebaik solat Subuh pagi hari ini dan sempat menghantar pesanan WhatsApp serta memberitahu lokasi tempat dia berada.


Menurutnya, susulan berasa tidak senang selepas membaca pesanan itu, di bergegas ke lokasi kejadian, namun hanya melihat motosikal dan selipar sahaja yang ditinggalkan di atas jambatan.




Foto: Harian Metro




"Saya cuba mencari suami di kawasan sekitar selain bertanya kepada beberapa pemancing yang ada berdekatan lokasi tetapi tiada siapa yang melihat keberadaan suami saya.


"Melihat kepada cara selipar dan motosikal yang ditinggalkan, saya bimbang jika dia jatuh ke sungai.


"Keluarga terdekat terus menghubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk membantu mencarinya.


"Semoga dia ditemui selamat dan saya berharap agar dapat dijumpai segera tidak kira dalam apa juga keadaan sekali pun," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Ibu kepada tiga cahaya mata berusia satu hingga lima tahun itu berkata, hubungan mereka berdua dalam keadaan baik selain menyifatkan suaminya seorang yang baik dan penyayang serta rapat dengan kesemua anak-anak.


Sementara itu, Pengarah JBPM Kelantan, Jainal@Zainal Madasin berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian daripada orang awam pada 9.29 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.


Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan oleh pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa serta beberapa anggota daripada unit skuba. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Jatuh ka terjun suka rela?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
hairaan aku...drp 'ayat wasap tu' seolah olah dia tau dia akan jatuh..abes tu dh tau..kenapa dia tak cuba elak...hairan aku.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Erk.
Kalau terrjatuh, kenapa dia hantar WhatsApp mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesama orang Islam, reporter Muslim, si mati pun Muslim, kena la tutup aib.

Takziah. Bunuh diri bukan solusi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 11:22 AM | Show all posts
bunuh diri lettewwww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2022 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tergelincir mesti tergolek bersama sepasang selipar eco RM2.10

Kalau terbabas mesti terjun tiruk bersama motor

Kalau betul bunuh diri
Kesian kat anak bini trauma
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 11:29 AM | Show all posts

Entah2 dah lari naik kete lain pegi Siam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 11:32 AM | Show all posts
Kalau benar terjatuh mana sempat hantar message dulu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 12:06 PM | Show all posts
Takan time terjatuh sempat berwasap???
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 12:09 PM | Show all posts
ramainya orang bunuh diri sekarang ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
selfishnya bunuh diri tinggal bini dengan anak² kecik macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 12:59 PM | Show all posts
LoveSungmin replied at 1-11-2022 12:19 PM
selfishnya bunuh diri tinggal bini dengan anak² kecik macam tu

Kadang terfikir jgak nak pegi jauh (berdosa)... mmg tertekan bila xda wang... hilang punca...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
areyam replied at 1-11-2022 12:59 PM
Kadang terfikir jgak nak pegi jauh (berdosa)... mmg tertekan bila xda wang... hilang punca...

cuba fikirkan juga nasib orang yang ditinggalkan terutamanya isteri.. mana nak hadap kesedihan, stigma masyarakat.. dengan anak² lagi.. kalau isteri tu bekerja ada duit sendiri okay la.. tapi kalau isteri tu pun bergantung pada kita, macam mana nasibnya kelak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 01:07 PM | Show all posts
dah tu dah jumpa ke jenazahnya?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 01:08 PM | Show all posts
teringat dulu ada satu kes bunuh diri.. lelaki melayu.. dia terjun sekali pakai backpack.. dalam backpack tu dia isi batu bata supaya berat dan dia tak timbul lagi.. memang nekad tu bunuh diri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
tupaiterbang replied at 1-11-2022 11:29 AM
Entah2 dah lari naik kete lain pegi Siam

macam dlm movie . plot seolah2 dah mati pastu buat identiti baru
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tupaiterbang replied at 1-11-2022 11:29 AM
Entah2 dah lari naik kete lain pegi Siam

kan, kalau nak bunuh diri perlu ke bukak selipar tinggal bukti dan kalau ternyata bunuh diri pandai jugak pilih sungai yg jernih, tamau terjun sungai starbucks nik amar
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 01:28 PM | Show all posts
Dah knp terjun bunuh diri noks?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 01:31 PM | Show all posts
takziah... bunuh diri la tu... kemungkinan ada la tu masalah2 yang dia tak mampu tangani...

kesian sebab anak kecik2 lagi...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.052751 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list