CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5002|Reply: 40

Tak Bayar Kereta, Man Kidal Diisytihar Muflis

[Copy link]
Post time 27-10-2022 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Pemain gitar terkenal, Man Kidal berdepan ujian lagi apabila diisytiharkan muflis minggu lalu kerana kegagalan membayar pinjaman kereta.


Man ketika ditemui berkata, perkara ini baru diketahui dan ia membuatkan dirinya panik kerana akan menjayakan Konsert Kolaboraci Three To Rock di Jakarta, Indonesia pada 25 November ini.




Foto: IG




"Memang tak sangka ia akan berlaku. Untuk itu, saya kena buat surat kepada pihak berkenaan menyatakan komitmen akan bayar setiap bulan seperti yang ditetapkan.


"Apa yang berlaku adalah kesilapan sendiri dan saya kena reda. Memang ujian saya bertimpa-timpa. Sebelum ini saya dijangkiti Covid-19, isteri menjalani pembedahan dan kemudian bergelar asnaf.


"Rasanya tahun depan saya malu nak ambil bantuan sebagai asnaf. Alhamdulillah, keadaan dah okey. Saya tak sepatutnya ambil lagi," katanya yang ditemui pada sidang media Konsert Kolaboraci Three To Rock di Hard Rock Cafe, semalam.


Konsert anjuran Aci Gold itu menggabungkan rockers dari Indonesia, Malaysia dan Singapura yang akan berkongsi pentas di SMESCO Convention Hall, Jakarta.


  



Man Kidal yang juga anggota Search dan Lefthanded, Lola (dram - XPDC) dan Cliff Umar (penyanyi - Project Pistol) akan mewakili Malaysia dalam konsert ini.


Pada masa sama, dia bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki menerusi persembahan dan konsert.


"Kumpulan Search pun bantu saya dengan persembahan sebelum ini. Dapatlah 'cover' balik sikit demi sikit. Persembahan lain pun dah makin banyak sekarang," katanya.


Dalam pada itu, Man dan Nash serta kumpulan Lefthanded akan beraksi dalam Konsert Jelajah Rasa Ramli Sarip di Zepp KL, Sabtu ini.




  



"Lefthanded 'membeli' konsert ini dari Datuk Ramli, namun tetap menampilkan dia sebagai artis utama, manakala kami akan beraksi dengan empat lagu.


"Ia sebagai penghormatan terhadap jasa beliau kepada kami selama ini. Pembabitan Lefthanded dalam penganjuran Konsert Jelajah Rasa juga untuk profil kami.


"Tahun depan kami pula akan buat konsert jelajah dan akan bawa bersama Ramli dalam persembahan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 04:30 PM | Show all posts
bila dengar nama man kidal, meols tahu job di asyuk. byk je artis muda collab buat show dgn dia.
heols ni mmg xpandai manage kewangan kah?
sepatutnya di usia senja ni dh boleh aman2 di rumah, kereta rumah semua habis bayar
ada spekuan dia mendaddih ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak zaman kobid ni ramai my friends mengalami nasib yg serupa. Xmmpu nak byr komitmen bulanan sbb kena buang kerja. Benci kobid
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua2 pun keta x habis2 bayar ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 04:59 PM | Show all posts
legend dah legend dah....

bakat pun mmg berbakat...

tapi kena akur bahawa artis MALAYSIA bukan mcm artis luar negara... makin tua makin legend makin kaya....

tshirt koyak rabak iron maiden pun org kita gila2 beli dgn harga ribu2....



faham x?


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 27-10-2022 04:42 PM
Dah tua2 pun keta x habis2 bayar ke

maybe amik kereta yg baru kot 9 tahun lepas.. husnuzon
kdg² kereta lama maintenance lg mahal so baik amik baru drp pening byr maintenance
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2022 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bottompro replied at 27-10-2022 04:30 PM
bila dengar nama man kidal, meols tahu job di asyuk. byk je artis muda collab buat show dgn dia.
heo ...

Tu lah pelik jugak... Concert, show mashuk kepok2.. tak kan gepeng memanjangkannn..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:20 PM | Show all posts
Raline replied at 27-10-2022 04:59 PM
legend dah legend dah....

bakat pun mmg berbakat...

betul tu...kt Hollywood tu..still boleh hidup

pelakon Bridget Fonda (anak saudara Jane Fonda) dah stop berlakon sejak 2002 ..tapi still boleh hidup...
ada 5 rumah ..1 jual sejak covid-19, 3 lagi rumah dia sewa.1  lagi rumah dia duduk satu family
still boleh hidup...cukai segala benda ..dia boleh bayar lagi...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 05:22 PM | Show all posts
Ni mesti joli masa duit banyak masa muda dulu. Bila dah usia senja ni, mohon zakat jadi asnaf lagi senang nak hidup. Bukan sorang dua taktik nak hidup free macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah lah nakkkk
Tak sanggup macik tetua nanti hidup macam dia
Kita kalau boleh tetua nak rehat santai aje
Kereta asal ada sudah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis zaman sekarang suma nak free. Depa kan always fight nak benda2 free macam takmo bayo LHDN.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:48 PM | Show all posts
org makin tua makin tebal poket...
apooo nama gah kott kalangan rockers...
nak dpt job pun senang sebab well known..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadik retis financial kna pandai manage. Langit bukan selalu cerah. Better hidup bwh kemampuan. Frugal kapir ckp.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian tapi tulah, nama besar kot bukan calang2 gitaris, tak silap nanti dia ada konsert dgn awie ella, takkan takde depo show untuk byr kereta sampai muflis tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu kena ada insuran/takaful, duit simpanan byk pun boleh habis sekelip mata utk byr kos rawatan, lain la anak korang keja gomen makpak boleh tumpang GL anak p hosp gomen. Kalau nak selamatkan simpanan, ambil la medical card, lagi berbaloi bayar bulan, covered kos perubatan, takyah keluarkan simpanan. Skg rasa kedekut nak spend utk medical card, tapi bila dah sakit, lagi menggagau nak cari duit. Buatnya sakit berterusan mcm kena dialisis tu? Sekali dialisis beribu woi, dah sakit tak boleh keja, duit pampasan takaful la buat tanggung diri sendiri. Bila la meleis nak sedar. Korang minum setabak, beli rokok tiap bulan mampu, carum insuran tak mampu pulak. Toksah malu, nak quotation pm je iols bantu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah tengok tv, pasal rancangan kewangan ni la musim kobid, gitaris ekamatra lupa nama dia cakap dia tak missed bayar takaful utk family dia, tup2 masa kobid tu dia kena sakit jantung, cover insuran la. Takyah pikir kos perubatan, cuma sara hidup, tu boleh la guna simpanan. Iols rasa man kidal ni lagi masyuk dari ekamatra tu, rupanya asnaf jua. Job retis ada pasang surut, tu ekamatra cakap cara dia urus financial, memang allocation utk takaful asing siap2 bulanan. Biar polisi aktif kalau sakit boleh guna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian lak dh tua2 kena isytihar bangkrap..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg kes MLM dl tu dia ni ke
Agaknya duit byk abis ke situ kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduk umah gah bukan pondok.. concert mana2.. banyak jobs..

Kreta aper pakai sampai nak kena muflis eh?

Proton wira ke.....? Mustahil...

Orang tua2 Dulu kata... Ukur baju ikut badan sendiri... Beli APA yg seadaaaaaanyer.. the needs not wants
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 08:21 PM | Show all posts
artis kene belajar financial. rugi masa job banyak tak menabung. masa dah miskin buat apa lagi nak menyimpan. simpan masa tengah kaya.inilah masa depan. masa tua ni lah nak duduk relaks je taknak pikir hutang dah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.265429 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list