CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1973|Reply: 21

Sukar bernafas, Aiman Tino masuk hospital

[Copy link]
Post time 16-10-2022 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Sukar bernafas, Aiman Tino masuk hospital


Aiman kini dilaporkan stabil dan mendapat bantuan pernafasan daripada tabung oksigen. Foto FB Hazelina Mat Jalil

KUALA LUMPUR: Penyanyi Aiman Tino dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Setapak di sini, semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.

Menjelaskan keadaan anaknya, ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil berkata, Aiman mengalami gejala batuk berpanjangan.

"Risau dengan keadaannya itu, kami bawa Aiman ke hospital untuk buat pemeriksaan.

"Aiman kemudian ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut.

"Pemantauan juga dibuat bagi memastikan sama ada berlaku jangkitan kuman pada paru-parunya," katanya kepada BH Online.

Hazelina berkata, anaknya dikhuatiri terkena serangan asma walaupun dia tidak mempunyai sejarah penyakit berkenaan.


Ibu Aiman risau kecenderungan anaknya menghisap vape menjadi punca batuk berpanjangan yang dialaminya. Foto FB Hazelina Mat Jalil

"Saya pernah nasihatkan Aiman supaya kurangkan atau berhenti daripada menghisap vape kerana bimbang kesihatannya terganggu.

"Alhamdulillah, Aiman kini stabil dan perlu berehat serta menggunakan tabung oksigen untuk menstabilkan pernafasan," katanya.

Sebagai ibu, dia mengakui amat risau dengan keadaan yang menimpa anaknya itu.

Justeru, Hazelina berharap peminat dapat mendoakan kesejehteraan Aiman dan diberi kesembuhan segera.

"Hati ibu mana yang tidak risau setiap kali anak-anak sakit. Saya sentiasa anggap anak-anak masih kecil apabila mereka sakit.

"Sebab itu, saya lebih suka minta mereka segera dapatkan rawatan supaya doktor dapat memantau kesihatan mereka," katanya.

Berita mengenai Aiman dikongsi Hazelina menerusi hantaran Facebook (FB) kira-kira sejam lalu.

Melalui perkongsian itu, Hazelina memuat naik foto penyanyi Ku Rela Dibenci itu sedang terbaring di katil dengan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Tertera di foto itu adalah kapsyen ringkas berbunyi:

"Mak doakan Aiman Cepat Sembuh."

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... tino-masuk-hospital

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2022 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam x seswai ja muka tu hisap vape
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiman tak kisah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooooo vape.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Olumis replied at 16-10-2022 06:47 PM
Macam x seswai ja muka tu hisap vape

Hbs tu sesuai hisap apa uolsss???
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kalau dlm gambar atau dlm TV, mesti muka berbedak 3 shades lighter than his skin
Kemain gomak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2022 11:36 PM | Show all posts
dolu ada budak sakit terlantar dekat hospital minat aiman tino ni...
heols buat surprise dtg melawat... suke budak tu...
aiman siap bg sumbangan cash rm10k tak silap...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 12:08 AM | Show all posts
sleepandream replied at 16-10-2022 11:36 PM
dolu ada budak sakit terlantar dekat hospital minat aiman tino ni...
heols buat surprise dtg melawat ...

mak datuk surprise visit 10k cash

sebenarnya, aku ni peminat aiman tino jugak. lama dah, sebelum dia lahir aku dah follow lagu2 dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nih dah xde kuar lagu baru ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni org ke3 aku dgr masuk spital sebab sesak nafas gara² penggunaan vape tegar. Sorg kenalan tu sampai icu lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel ya aiman. Dah takyah isap vape dah lepasni
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
belacan_gurl: Dia nih dah xde kuar lagu baru ...

Dia slalu berlakon skang ni..at least ada la nampak muka dia kat tv takde la terus pupus gitu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru semalam iols nyanyi lagu si aiman ni..ku inginku di benci olehmu..agar kenangan manis terus terpadam...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 08:26 AM | Show all posts
Adrif replied at 17-10-2022 12:08 AM
mak datuk surprise visit 10k cash

sebenarnya, aku ni peminat aiman tino jugak. lama dah, sebelum  ...

uols kelakar


koh koh koh



Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 08:37 AM | Show all posts
Ramai yang amek pod / vape sebab nak stop rokok. tapi tengok macam pod dengan vape ni lagi bahaya. Muda muda ramai yang dah kena tebuk atau kena masuk hospital sebab lesan pod / vape. After all hanya oksigen je sepatutnya masuk ke lung.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 09:16 AM | Show all posts
antara penyanyi comel original.. antara artis malaysia muda cukup pakej.. yg pompuan toksah cite la pepelik byk la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauhi Vape, Rokok, Nikotin, Dadah, Inhalan. Hidup anda akan ceria. Hisap Hidup Anda akan sengsara. Ini kata-kata penasihat hidup sihat hati ceria????
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiman n Ismail izaini tu muka lebih kurang jer...confuse kadang2
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 16-10-2022 10:13 PM
Ooooo vape.

Vaksin?...........
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.049566 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list