CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3344|Reply: 41

Muat Naik Video Sumbang Pondan-Pondan, Alif Syukri Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

[Copy link]
Post time 13-10-2022 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tiba di Mahkamah Sepang di sini pada pukul 8.30 pagi tadi bagi pendakwaan kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang pada April lalu.


Beliau tiba di kompleks mahkamah dengan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz sebelum disambut peguamnya.




Foto: IG




Sumber Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, Aliff Syukri akan berdepan empat pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988.


Sebelum ini, Aliff Syukri dipanggil memberi keterangan di MCMC, Cyberjaya bagi membantu siasatan berhubung satu klip video muzik sempena Aidilfitri.


Ahli perniagaan itu mencetuskan kontroversi itu bagi memberikan keterangan berhubung klip video muzik sempena Aidilfiti yang dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.


Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata yang tidak sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.-CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2022 10:24 AM | Show all posts
mantabbb laaa... hahahahhahaa.........
rasakan ko..... bayar ler la saman tu kann apa ada hall...
duit dari youtube banyak melambak2 kannn....
video kata aritu trending kann opkos laa masuk kannn...
hahahhahahahahhahahaha......
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 10:28 AM | Show all posts
bagus la now makin strict..
harap-harap lepas kena dakwa ni jadi berakal sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 10:52 AM | Show all posts

Aliff Syukri didakwa 4 pertuduhan kes video bersifat sumbang. #3, Aliff Syukri mengaku tidak bersalah

Edited by EJALTI at 13-10-2022 04:00 AM

Aliff Syukri didakwa 4 pertuduhan kes video bersifat sumbang

https://www.bharian.com.my/berit ... eo-bersifat-sumbang

Oleh Rafidah Mat Ruzki - Oktober 13, 2022 @ 10:48am
[email protected]


Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman

SEPANG: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas empat pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang pada April lalu.

Aliff Syukri yang juga orang kena saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil, dan meminta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa secara sedar melakukan kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April lalu, yang dilihat pada 24 April di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Cyberjaya.

Aliff Syukri didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak ngaku pulak da ade bukti kot zzz
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 11:04 AM | Show all posts
Padan muka..dah macam ni pun ada jugak yang nak sokong dia lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh kena dakwa jugak.. ingtkan snyap gitu je
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 11:40 AM | Show all posts
Uols rasa dia insap tak lepas ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kat mahkamah sepang je ke bicara kes gini? Or tukang report tu org sepang
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 11:42 AM | Show all posts
zul ripin kena 30k, si sotong ni ai arap kena 300k - sebab dia mencemarkan hari raya yg mulia
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 11:44 AM | Show all posts
azie5zoe replied at 13-10-2022 11:40 AM
Uols rasa dia insap tak lepas ni?

tak sebab dia tak pernah serik.  dia mmg dahagakan publisiti.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
azie5zoe replied at 13-10-2022 11:40 AM
Uols rasa dia insap tak lepas ni?

Insop hapeee, ni la engagement paling berjaya heshe buat sampai sambung2 ke mahkamah
Lambaian ratu la nyahhhhh
Ko tunggu pc heshe buat lepas ni kuar hingus ke tidakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Pennyanyi no 1 negara kan. Takde hal lah nak kena bayar saman kan. Lainla kalau kena masuk lokap. Habislah dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
azie5zoe replied at 13-10-2022 11:40 AM
Uols rasa dia insap tak lepas ni?

Nanti dia up video nangis2 insaf...lps tu thn dpn dia buat lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 12:00 PM | Show all posts
Aliff Syukri mengaku tidak bersalah

https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... aku-tidak-bersalah/

Oleh NUR HUDA MUSA
13 Oktober 2022, 11:44 am


Alif Syukri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di Mahkamah Sepang di sini hari ini.-Foto oleh FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

SEPANG – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sepang di sini, atas empat pertuduhan kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang pada April lalu.

Aliff Syukri membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Ahmad Rizki kemudian menetapkan wang jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan selain menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh melalui hantaran di Instagram menggunakan akaun ‘aliffsyukriterlajaklaris’ didakwa secara sedar memuat naik empat video pendek menerusi lagu ‘Klepok Raya’ yang mengandungi kandungan sumbang.

Aliff Syukri didapati memuat naik empat video pendek berkenaan masing-masing pada 13, 15, 17 dan 21 April lalu.

Oleh itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) Akta 588 dan boleh dituduh mengikut Seksyen 233 AKM di bawah akta yang sama.

Seksyen 233 menetapkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya atau boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Fazril Sani Mohamed Fadzil.

Terdahulu, Fazril Sani memohon mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan yang membawa keseluruhan RM20,000.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Hasshahari Johari Mawi memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan sebanyak RM1,500 bagi semua empat pertuduhan dengan alasan perlu menanggung isteri dan lima anak.

Hasshahari juga menjelaskan anak guamnya sentiasa memberi kerjasama, tidak melawan dan ingkar terhadap pendakwa raya dan pegawai penyiasat sebelum ini.

Malah, katanya, tertuduh juga hadir sendiri ke mahkamah hari ini untuk membantu siasatan tanpa paksaan sesiapa.

Sementara itu, seorang lagi peguam bela, Awang Amardajaya Awang Mahmud berkata, wang jaminan bukan sesuatu hukuman dan matlamat untuk pastikan tertuduh hadir ke mahkamah bagi tujuan perbicaraan.

Sebelum itu, ketika pendakwaan berlangsung, pegawai Aliff Syukri ditegur oleh polis mahkamah kerana didapati merakam menggunakan telefon pintar sebelum gajet itu dirampas.

Perbuatan tersebut dianggap menghina mahkamah dan hakim kemudian memberi amaran atas perbuatan itu dan individu berkenaan sudah pun memohon maaf.-KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 12:04 PM | Show all posts
macam macam bodo dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2022 12:24 PM | Show all posts
...video bersifat sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain...

video bersifat sumbang tu apa? buktikan dia ada niat untuk menyakitkan hati acik2 tissue. No wonder lah dia nak fight.

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 12:26 PM | Show all posts
Cam kelakar muka dia kat atas tu

Taktau apa ada dalam kepala otak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Humban je dia kat hospital bahagia. Settle!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong la lokap kan sekali.. Takat denda je tak cukup utk si hangsuang ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.116344 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list