Belum lagi reda pelbagai isu terdahulu yang timbul sejak kahwin kali kedua, ada pula isu baru yang mengaitkan jutawan saham dan pengurus wang bertauliah Malaysia, Datuk Dr Mohd Nazri Khan atau mesra disapa DDNK.
Terbaru, terdapat pula dakwaan mengatakan lesen DDNK telahpun digantung oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Perkara itu disebarkan seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Bomoh Bursa di mana mengikutnya, lesen yang dimiliki DDNK sejak tahun 2019 itu telah digantung selama 6 bulan bermula 6 Oktober lalu.
"TAK ENSEM TAKPA, JANJI KAYA DAH KENA GANTUNG LESEN"
"Sahabat Tok daripada SC call Tok kata DDNK punya lesen dah kena gantung. Tok dengar tergelak ja. Tok rasa memang patut pun, selama ni entah kenapa kebal sangat, dia bohong sana sini. Dahla ajar cfd dan option yang haram tu."
"Market tutup pun boleh buat duit, hang nak sembang apa? Sah sah scammer punya sembang. Tok rasa DDNK ada bela orang dalam SC ka, menteri ka, itu yang kebal. Orang kata ex bini dia yang report SC pasal scam dia."
"Product DDNK ni dulu ada beberapa marketing rep la yang jual macam Datok Sri tipu suami Heliza yang janggut system of the down tu. Afyan Mat Rawi juara BMF yang tulis promote pasal Dana Sapi tapi bagi maklumat yang mengelirukan supaya orang masuk. Biasalah nak jual kan, dia dapat komisyen."
"Zayed Zulkifli budak marketing rep yang konon mat fundamental pun pernah justify segala kegagalan DDNK. Apa nak pelik, Zayed ni cari makan macam tu juga bikin kelas punya olang."
"Laki Fouziah Gous Dato scam sorang lagi tu anak murid Mahadi Janggut pun juai product DDNK juga. Dahla tipu Fouziah Gous konon dato ada kad bagai. Sian retis kena bodo dengan scammer ja."
"Puak puak ni taknak komen ka Dana Sapi hancur lebur. Taknak cerita ka DDNK dah kena gantung lesen. Ceritalah. Kasi client client hangpa tau. Tok nak tanya ni segala bala yang duduk jilat jasa DDNK yang bawa sijil scam MSTA dan CFTe. Takkan diam juga?"
"Cuma DDNK punya Phd dan dato tak scam. Itu Tok recognize. Kalau Jijan Seman Tok malas layan. 8 Phd punya level ni Tok tak boleh lawan. Nanti karang Mat Burger bingai tak faham dunia akademik komen, pening hangpa semua. Cuma Jijan ni kira tererlah. DDNK anak murid dia, Asri Ahmad pun anak murid dia".
"Panjang pula Tok membebel pagi ni. Maklumlah Tok takda bini muda macam DDNK. Dahla muda, manja lagi.
Kbye!" katanya.
Dakwaan ini telah mengundang pelbagai reaksi dari wargawaya.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pula sejauh mana kebenaran dakwaan individu diatas. Jadi sama-sama kita nantikan penjelasan dari DDNK sendiri. - CARI
|