|
View: 1514|Reply: 9
|
Sedap Je Petik Dalil 'Mengemis' Dengan Adik-Beradik, Siap Minta Isteri T20 ‘Sponsor’ Nikah Lain!
[Copy link]
|
|
|
Poligami dalam Islam bukan satu perkara yang ditegah, namun hukumnya berubah mengikut situasi sama ada harus, sunat, makruh, ataupun haram.
Seseorang lelaki perlu memahami makna dan memenuhi syarat-syarat yang digariskan sebelum mengambil keputusan untuk berpoligami.
Haram bagi seseorang lelaki berpoligami jika meyakini dia tidak mampu berlaku adil dan memberi nafkah sehingga mendatangkan mudarat kepada pihak lain.
Bagaimanapun, tidak semua lelaki memahami hukum poligami yang sebenar, malah mereka menggunakan alasan 'mengikut sunnah Nabi' sebagai tiket untuk menghalalkan perbuatan tersebut, sebagaimana kisah yang tular di laman sosial baru-baru ini.
 TikTok
Dalam perkongsian video yang memaparkan tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp, si suami meluahkan hasrat kepada isterinya untuk berkahwin lain dengan alasan mahu mendapatkan reda Allah.
Namun, apa yang lebih mengejutkan, lelaki berkenaan tergamak meminta isterinya memberi sumbangan untuk majlis pernikahannya kelak.
"Awak nak sponsor apa suami awak nikoh (nikah) ni? Awak kan T20. Suami nak ikut syariat Islam ni. Nak halalkan lelaki perempuan secara sah... supaya dapat reda Allah," tulisnya pada perbualan tersebut.
Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan dengan tanpa perasaan malu turut 'mengemis' wang daripada adik-beradiknya untuk merealisasikan hasratnya berpoligami.
Dia juga dengan bangganya berkongsi tangkap layar perbualannya bersama isteri, di dalam grup WhatsApp adik beradiknya.
Meskipun ada di antara adik-beradiknya memberi nasihat dan meminta supaya menjaga hati isteri, namun lelaki berkenaan dengan tanpa rasa bersalah mengeluarkan hujah beserta potongan dalil dan hadis untuk menghalalkan hasratnya.
"Apabila nak halal, ni la dugaan cabaran daripada adik-beradik, orang yang paling rapat.
"Sepatutnya adik beradik support sebab sunah poligami. Dugaan apabila nak amal Islam," tulis lelaki berkenaan sebagaimana di dalam perbualan tersebut.
TikTok
Sehingga kini perkongsian video tersebut meraih lebih daripada 5,200 ulang kicau di Twitter.
Rata-rata netizen melontarkan kecaman di ruangan komen, dengan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai penunggang agama.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ckp terang aku rasa nk penerajang je sapa pengasas ayat B40,T20,M40 sume ni menyampah btul aku rasa... elok2 dlu aku tau org kaya,org miskin je... Skrg nk kena ada kasta bernombor plak ... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nikah pun tak mampu gigih mintak sponser sana sini inikan dah bernikah nanti. Mampukan dia tanggung anak orang atau lepas kawin pun akan mintak sponser makan pakai sana sini juga ke macam mana. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka x malu. Bg pelir je mampu duit pon miskin tapi ada hati nak kawen ramai. Sah2 anak ramai n
Terabai nt |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Asalnya diwujudkan bagi membezakan jurang pendapatan di antara rakyat. Sebab gomen ni malas nak sebut 'Golongan berpendapatan rendah dari RM1,500 ke RM3,500, Golongan berpendapatan sederhana RM3,501 ke RM5,500, dan Golongan berpendapatan tinggi RM5,501 ke atas'.
Nampak panjang kan? So, diorang pendekkan dan kategorikan mengikut angka. B40, M40, T20. Selesai. Begitulah cara kerajaan menyelesaikan masalah. 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sekarang nak jadi B60 ya
maybe T20, M20 pula lepas ni?
or T10, atau M30?
makanya, B60, M30, T10 = 100%?
bahahahaha. ape la nak jadi.. kesian generasi sekarang..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
LOL Adik beradik setempek bagi.... Rasanya dia ada dendam ni ngam isteri dia... Atau jeles kat isteri sebab gaji lebih tinggi LOLL semoga anu engko putus |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 7-10-2022 07:37 PM
sekarang nak jadi B60 ya
maybe T20, M20 pula lepas ni?
Patutnya letak B50..pastu MT20, MT15 dan seterusnya baru MT5 dan baru T10
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rukun Islam cukup ke tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan tred dah ada kaaa?
Cc : @admin6 |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|