CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8990|Reply: 49

Wanita Bergaji Besar Mula Was-sas Nak Nikah, Cari Je Yang Sekufu?

[Copy link]
Post time 28-9-2022 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Kemelut kewangan dilaporkan antara punca berlakunya penceraian di negara ini.


Jadi, tidak hairanlah apabila ramai gadis sanggup membujang sehingga ke akhir hayat terutama sekali bagi mereka yang berkerjaya dan berpendapatan tinggi.


Berdasarkan perkongsian di Twitter, seorang wanita meluahkan perasaan ingin mendirikan rumah tangga dengan teman lelaki yang dikenali lebih tiga tahun.




Gambar hiasan




Bagaimanapun katanya, dia sedikit bimbang kerana kewangan semasa teman lelakinya itu masih tidak kukuh.


Pada masa sama, dia mengakui menanggung kebanyakan perbelanjaan antara mereka berdua sehingga merasakan teman lelakinya tidak bersedia untuk menambah komitmen menerusi perkahwinan.


Memulakan ceritanya, wanita berkenaan menyatakan dia dan pasangan kini dalam fasa mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinan.


Tambah wanita itu, pasangannya bukan sahaja tidak mampu menanggung perbelanjaan berdua malah gaji yang diperoleh juga tidak cukup untuk diri sendiri.








Ekoran itu, wanita terbabit memohon pandangan dan nasihat daripada warganet tentang masalah yang dihadapi.


Pun begitu, dia terharu dan bersimpati kerana teman lelakinya tetap berusaha untuk menghalalkan hubungan mereka menerusi perkahwinan.


Menurutnya, mereka berdua juga telah berbincang berhubung perkara berkaitan kewangan masing-masing, namun menemui jalan buntu.


Tambahnya yang turut meminta pandangan daripada pihak lelaki berhubung masalah yang dihadapi.


Disebabkan isu kewangan yang dibangkitkan dan gaji wanita lebih tinggi berbanding lelaki, luahannya mendapat perhatian daripada warganet.








Rata-ratanya beranggapan bahawa hubungan tersebut boleh berjalan lancar jika kedua-duanya saling bertolak ansur dan berusaha memperbaiki kekurangan yang wujud.


Pun begitu, netizen berpendapat kos perbelanjaan harian dan nafkah mestilah ditanggung oleh pihak lelaki.


Bagi kaum lelaki pula, mereka menasihatkan supaya wanita terbabit memutuskan hubungan dan mencari pasangan yang setaraf bagi mengelakkan perselisihan faham di kemudian hari.









Ada juga yang berkongsi pengalaman kerana pernah melalui situasi seperti wanita tersebut dan akhirnya dia ditinggalkan kerana tidak mampu.




Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 05:30 PM | Show all posts
friska cerdik dia cari gaji lelaki lagi tinggi dari majikan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
X payah la dik. Nnt ko yg mkn ati. Dia mmg la bersungguh sungguh nk ko sblm kawen sbb dia nk lpskan tengkuk sendiri dulu. Kalau skrg pun ko dah berkira, apa tah lagi lps da kawen
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
klau kawen awal2 tu mmg la semua sanggup .
sharing is caring kunun.Tapii lama2 mkn hati. Time tu mcm2 konflik akn timbul.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 11:44 PM | Show all posts
Ikut ckp org berpengalaman...memang akan ada problem besar dikemudian hari
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 02:06 AM | Show all posts
payung besau kot...  lelaki tu pun acah2 la berusaha nak halalkan...  three fucking years patutnya nampak dah hasil lelaki tu kalau betul dia jujur...  ni ko sendiri mengaku asal bincang pasal financial and commitment je ending jadi buntu…. kat situ dah nampak dah…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2022 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya lelaki gaji besar nak ke isteri yg gaji pun besar dan kepala besar macam dia. Selalu makin besar gaji makin besar perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg kene cari yg sekufu kalau x potensi nk jadi bewak hidup sgt tggi.. cth mcm bff iols sampai masuk sepital tekanan mental tanggung semua komitmen..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 09:12 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 28-9-2022 05:30 PM
friska cerdik dia cari gaji lelaki lagi tinggi dari majikan dia.

nak yg jusa bagai

dasar pelakoorrr
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 09:24 AM | Show all posts
sblm kawin dengan lps kawin ikhlas cover perbelanjaan tu x sama yekk..lepas kawin campur ada anak plak,, dah kata laki kerja kerah tenaga, nanti anak pun x bantu jaga,,pastu nanti posting kat KRT, stress nk cerai sb tanggung keluarga n suami x bantu dari segi kewangan atau tenaga..hahaha pusing2 citer mcam ni laa..

unless..unless,kalau si tunang tu nak kawin nanti ni  dia fully support semua, maksudnya hantaran, mas kawin n kenduri belah dia x perlu bantuan TT, boleh consider utk teruskan berkahwin, tp kalau dia kata jom kongsi ka, buat loan ka lari laju2 dik...

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 10:34 AM | Show all posts
Cari je la lelaki lain pompuan oiii.
Tak payah la tambahkan kes cerai di kemudian hari.
Belum kawin pun ko dah suap dia makan sikit2.
Jangan berharap la lepas kawin dia nak tanggung ko.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la.. skang ni ko suap dia sorang, lepas kawen ntah2 keluarga dia pulak ko kene suap
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau laki dah bersungguh pun,tengoklah nanti family mertua ko plak jadi parashit. Tengok bini gaji besar dia ingat nnt gaji anak laki bleh la kasi kat dia pulak so si bini la terkontang-kanting keluar duit utk besarkan anak-anak. Ngan ipar duai mengendeng lagi. Banyak dah spesies mertua camni. Anak laki ko pun tak berjaya mana tapi harap dpt menantu gaji tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki itew tak bersungguh langsung.
Sanggup dia ambil duit perempuan iteww untuk cukupkan perbelanjaan sendiri.
Jangan tunggu ler dengan laki cengginih
Cepat2 ler lari selamatkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut pesan aku nih ..mana2 adik yg masih dlm u ..gi bercinta  ..nt dah ko keja..nk cari dlm tmpt keja tu.. suma laki yg ada pelajaran dah kawin hahahaha...tggl mat2 spm  dgn yg x abis belajar je ..percayala..aku pun x fhm mana pergi lelaki yg ada education nih...semua hamprak je
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2022 04:27 PM | Show all posts
pempuan kalau boleh jgn la open sgt korang tu gaji lg tinggi dr laki. jgn citer byk harta. jgn murah hati sgt nak belanja tiap masa. kalau asik korang je kena cover semua, pikir la masak2. kalau dah serius mmg nak kawen, ajak dia sama2 check ctos/ccris. kalau dia mengelak, tak clear lettewww.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2022 05:05 PM | Show all posts
chip92 replied at 9-10-2022 04:27 PM
pempuan kalau boleh jgn la open sgt korang tu gaji lg tinggi dr laki. jgn citer byk harta. jgn murah ...

dah perempuan tunjuk ccris abislah lah dia nampak record rumah, kete kita...dari situ pun dia dah boleh agak salary kita (kalau laki pandai lah ahahahah
umur tgh muda ni jaranglah rumah keta abis bayar
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2022 05:51 PM | Show all posts
Meiizu replied at 9-10-2022 05:05 PM
dah perempuan tunjuk ccris abislah lah dia nampak record rumah, kete kita...dari situ pun dia dah b ...

selagi belum serius jgn la disclose semua. nak selamat, minta je ctos. kalau rate rendah, nak tau punca baru minta ccris
zmn skrg ni kena selfish sikit. tamau la tanggung hutang orang. kalau hutang wujud selepas kawen takpe jugak. ni ptptn pun suruh partner setelkan. amboi nokkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2022 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
chip92 replied at 9-10-2022 04:27 PM
pempuan kalau boleh jgn la open sgt korang tu gaji lg tinggi dr laki. jgn citer byk harta. jgn murah ...

I yang dah kahwin bertahun ni pun tak pernah share dgn husband gaji berapa. Dapat bonus pun diam2 je tak bagi tau. Hahahaha…

Kalau harta mcm rumah tu tak boleh la nak sembunyi. Tapi saving brp banyak kat ASB & banks pun dia tak tau.
Yang dia tau cuma password CC je sbb biasa suruh dia isilkan minyak kereta full every week mmg kena bagi kad la… Dah I malas isi minyak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2022 07:50 PM | Show all posts
belacan_gurl replied at 5-10-2022 07:08 PM
Ikut pesan aku nih ..mana2 adik yg masih dlm u ..gi bercinta  ..nt dah ko keja..nk cari dlm tmpt kej ...

How I wish dpt nasihat camni awal2.. mmg tepat dan betul pun.. malangnya.. lepas aku dah keja baru sedar benda ni.. masalahnya masa study dulu join usrah, pastu kena brainwash couple is haram.. pas abis study,  usrah dah x join.. terkontang kanting.. pastu baru sedar dan nyesal x cari standby bf masa study dulu.. alahaiii.. terlambat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.062220 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list