CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3093|Reply: 34

Syamsul Yusof Jadi Rebutan

[Copy link]
Post time 14-9-2022 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Nama Syamsul Yusof, 38, terus menjadi sebutan ramai berikutan kejayaan filem arahannya Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencatat kutipan hampir RM100 juta selepas 40 hari ditayangkan.


Justeru, tidak menghairankan apabila semua pihak termasuk dalam kalangan pelakon sendiri melahirkan keinginan untuk melihat karya patriotik atau kenegaraan terus dihasilkan Syamsul.


Antara yang menjadi sebutan apabila pelakon Maya Karin mencadangkan Syamsul menghasilkan filem berdasarkan kisah legenda Mahsuri dan membayangkan untuk melakonkan watak terbabit.




Foto: IG




"Maya dah sebut mengenai filem itu dan kalau boleh nak saya mengarahkannya. Itu sebenarnya satu penghormatan buat saya.


"Saya pun suka cabar diri sendiri nak buat cerita Mahsuri. Walaupun cerita ini lihat lahir dari drama, tapi saya sedar kewujudannya. Bila dia kata Syamsul akan mengarah, dia akan jadi perdebatan dalam kalangan peminat. Ada yang kata sesuai difilemkan dan ada kata tak," katanya.


Syamsul mengambil positif setiap pandangan kerana yang penting ia menjadi perhatian dan perbualan peminat.




  



"Saya suka dengan Mahsuri dan kalau Maya ada pembiaya atau pelabur saya tiada masalah untuk bekerjasama. Saya juga menanam minat untuk menghasilkan Mahsuri kerana ia juga salah satu epik Malaysia dan seharusnya difilemkan untuk tontonan masyarakat.


"Cerita Mahsuri pernah difilemkan, tapi bagi saya secara peribadi setiap pengarah ada cara penyampaian yang berbeza," katanya.


Syamsul berkata, mungkin juga akan ada pengarah lain menghasilkan filem Mat Kilau kerana perjuangannya panjang, namun dalam garapan berbeza.




  



"Saya juga nak buat filem Pasir Salak: Datuk Maharaja Lela kerana Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin pernah berhasrat menghasilkannya.


"Sekarang saya pula nak buat dan masih dalam perbincangan dengan anak beliau iaitu Putera Hang Jebat. Nak kena tengok hak cipta bahan yang dia ada milik siapa sama ada dia sendiri atau terbabit dengan adik-beradik lain.


"Saya tak nak ada isu kemudian hari. Namun saya secara peribadi nak bekerjasama dengan dia. Nak dapat bahan itu bukan percuma. Niat saya baik, tapi kalau tawarannya terlalu tinggi saya terpaksa buat kajian semula," katanya.




  



Menurutnya, dia difahamkan anak Allahyarham Mamat Khalid, Amen Khalid pun mahu menghasilkan filem terbabit selepas pemergian bapanya.


"Selain itu, ada lagi penerbit lain menghubungi saya beritahu nak buat filem ini dan ajak berbincang. Saya kata nak bincang apa. Buat saja. Saya pun tak tahu ramai yang pilih kisah Maharaja Lela, tapi mungkin sebabnya kisah Maharaja Lela dan Pasir Salak ini amat menarik. Bila saya baca kisah Maharaja Lela dan perjuangan lain JWW Birch, terus terfikir ini adalah kemahiran saya. Ia boleh dikembangkan lagi kerana cerita asal pun sangat menarik," katanya.


Syamsul berkata, skrip filem ini sudah ada, tapi ia masih dalam perbincangan dengan Jebat.




  



Bagaimanapun, menurut Syamsul, ia hanya untuk rujukan dan dia tetap sebagai penulis skrip dan pengarah.


Ia juga akan dibuat tanpa mengikut yang asal, sebaliknya dari perspektifnya.


"Mat Kilau ada skrip asalnya, tapi 90 peratus kata bual cerita diubah. Malah ada babak yang saya buang dan tambah," katanya.




  



Anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam ini turut melahirkan perasaan bangga dan terharu apabila dipilih oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk bekerjasama dalam penghasilan filem berkaitan Melaka.


"Nampaknya beliau amat berminat dalam projek ini. Hari itu saya persembahkan dengan dia setakat apa yang saya cadang. Saya pergi pun atas jemputannya yang nak saya bawa benda ini. Dia nak adakan pertemuan kali kedua dan kemukakan perubahan yang diminta.


"Saya tak boleh dedahkan semua kerana masih terlalu awal. Saya rasa memang sangat rugi kalau tak buat filem Melaka bukan kerana nak angkat industri filem Malaysia saja. Objektif saya nak angkat Malaysia, Islam dan bangsa Melayu," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Meleleh2 ayaq acaq pepet anak kazar tgk gambo hang sol
Tapi takpe la, kazar bangga pepet anak dia diburu jantan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 12:18 PM | Show all posts
tahniah sebab di buru dek saka degawan dan producer2 lain...

tapi nak nasihat satu je.... jangan sesekali hambik si HA tu jadi hero filem kau yach... sekadar watak pembantu ok la... kalau flop nanti jangan salahkan dan tuduh orang tak sokong pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 12:31 PM | Show all posts
Harap x ada lawyer Sol berlegar2 dlm ni baca cercaan kita & kemudian komen nak saman
Benang sebelah, lawyer PS dah berbunyi nak saman Kak Senah Montanna
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 12:39 PM | Show all posts
soalan meols ialah kenapa heshe tak muncul masa bagi award kat aim aritu ye?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 12:53 PM | Show all posts
Tajuk typo @CARI-MRO
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2022 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi rambutan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 01:08 PM | Show all posts
Oh yeaahhh..?? Aku nk pomot sikit.. cite ada hantu tu bagi okla untuk ditengok.. bestla.. huhu..kbai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kru tak nak buat filem pahlawan lagi ke
Macam terung tititwangsa tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
For me pgl tetap nombor saytuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 14-9-2022 12:31 PM
Harap x ada lawyer Sol berlegar2 dlm ni baca cercaan kita & kemudian komen nak saman
Benang sebelah, ...

hrp jd la saman si HM tu...nk tgk sapa disebalik kata caci maki mcm xda hari pembalasan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
saman sbb bukan kerek, tp saman sedap nak bagi pengajaran tuan punya mulut & tangan yg xde insuran ni memaki hanat sesuka hati. tu yg dekat thread sebelah stinger tu patut kena saman jua. sakit betul mata nampak komen dia lalu lalang. tak kisah le org tu buat apa pun tp macam dia pulak yang kena kan. menyampah betul tengok komen komen dia . mental
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 14-9-2022 12:31 PM
Harap x ada lawyer Sol berlegar2 dlm ni baca cercaan kita & kemudian komen nak saman
Benang sebelah, ...

thread mana uols? bg link..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 03:15 PM | Show all posts
IK tersenyum kepit tgk kau Sol.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 03:49 PM | Show all posts
Edited by Lavender_Violet at 14-9-2022 03:50 PM
flipolivio replied at 14-9-2022 03:04 PM
thread mana uols? bg link..


Ni chuols....

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5063922

Page 3 Komen nombor 60
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:54 PM | Show all posts
semua citer sejarah. alahai bosan nyaaa.. masing2 nk perjuang citer masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 04:54 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 14-9-2022 12:18 PM
tahniah sebab di buru dek saka degawan dan producer2 lain...

tapi nak nasihat satu je.... jangan se ...

pembantu pon x payah. menyampah nak tgk.. kot film tu letop mula laa laki bini terpaling konon sbb dorang film tu laku
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 05:03 PM | Show all posts
"Saya juga nak buat filem Pasir Salak: Datuk Maharaja Lela kerana Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin pernah berhasrat menghasilkannya."

yes...go for it
ms arwah nye hidup xdpt nk teruskan
kekangan bajet

tp ye, isu hak cipta, other legal stuff mmg mencabar
kt sini pun dh berapa kos nk kena bayar
finas kena bantu mudah cara lah
harap xde sakau menyakaw

pape pun good luck bro
tgh ramai suka ni jejaga la kualiti tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 05:05 PM | Show all posts
kisah tokti xnk ke filem kan

artis paling berjaya di malaysia
at least ms zaman anak dare

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat kilau meletop dpt hmpr 100juta

Yg akan dtg belom tentu dpt sebnyk tu

Jika flop kutipannya

Kita tunggu lh cercaaan netizan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.083618 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list