Semalam berlangsung konsert Jelajah Ulang Tahun ke-30 kumpulan terkenal Indonesia, Dewa19 yang diadakan di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil.
Ramai dikalangan selebriti tempatan turut tidak ketinggalan menyaksikan konsert tersebut dan berkongsikan momen di media sosial termasuk pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad yang ke konsert berkenaan bersama isterinya, Nazirah Ayub.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Nabil memuat naik video ketika berada di sana dan mengatakan konsert Dewa19 itu sangat menyeronokkan.
Perkongsian Nabil itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan komen sindiran mengatakan kali ini pengacara MeleTOP itu tidak terlupa tarikh seperti konsert Billie Eilish sebelum ini. Malah, ada yang mengusik Nabil kerana jika kali ini dia terlupa juga pasti akan ‘terduduk’ seperti sebelum ini.
Terdahulu, Nabil Ahmad rugi RM2,540 akibat terlepas tarikh Konsert Billie Eilish yang diadakan pada bulan lalu kerana lupa tarikh konsert.
Apa pun, sesekali berhibur itu tak salah asalkan tidak berlebih-lebih. - CARI
|