Sumber IG
Penyanyi, Zizi Kirana yang kini sudah bertudung mendedahkan tidak akan menyanyikan lagu-lagu lama miliknya yang kedengaran tidak seiring dengan penampilannya.
Menerusi laporan Gempak, lirik lagu-lagunya sebelum ini mungkin sesuai dinyanyikan ketika dia belum menutup aurat, namun tidak relevan untuk dinyanyikan dengan imej terkini.
"Ada beberapa lagu lama yang mungkin saya tidak nyanyikan secara terbuka, contohnya lagu Siapa Yang Bap Bap dan Nak Ke Tak Nak.
"Bagi saya, apabila saya sudah seperti ini, lebih baik saya memilih untuk menyanyikan lagu yang lebih bersesuaian.
"Jadi, saya tidak akan nyanyi lagu lama yang tidak seiring dengan imej saya kini," katanya.
Zizi turut meluahkan rasa syukur kerana penganjur yang menjemputnya untuk menghiburkan tetamu seakan memahami keadaan dirinya dan tidak pernah meminta dia menyanyikan lagu lamanya.
"Saya rasa peminat faham dengan situasi saya. Penganjur juga faham dan selama saya sudah berubah, saya tidak lagi pernah diminta untuk nyanyi lagu-lagu lama yang tidak bersesuaian.
"Jujur, saya bersyukur kerana saya tidak perlu terangkan kepada mereka seolah-olah mereka sudah memahami," katanya. - CARI
|