"Ada orang tuduh saya main cinta dengan suami orang."
Kredit foto: IG
Begitu ciap anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang mencetus pelbagai reaksi di Twitter.
Kredit foto: Twitter
Difahamkan, wanita dikenali sebagai Nor Azira Osman Said mendakwa suaminya diperdaya Leona untuk mendapatkan wang bulanan.
Lebih mengarut apabila dia mendakwa Leona menjalin hubungan sulit dengan suaminya sejak 2014 lagi. Leona baru berusia 12 tahun, kot masa tu!
Kredit foto: Twitter
Apabila Azhar sendiri menghubunginya, wanita berkenaan berkeras meminta aktor itu bertanggungjawab atas perbuatan anaknya yang didakwa cuba merampas suaminya. Semuanya hanya kerana lelaki terbabit mengulang kicau ciapan Leona.
"Bayar balik semua wang yang dia dah gunakan sepanjang menjalin hubungan sulit dengan suami saya sebelum saya saya buat laporan polis," ugutnya.
Sementara itu, Leona menerusi Instastory menegaskan dia tidak pernah bertemu dengan suami orang.
Malah, duit ibu bapa sendiri pun dia tidak pernah 'kebas', apatah lagi menagih duit orang lain.
Akak sakit jiwa ke dakwa-dakwi bukan-bukan macam ni? - CARI |