“Ibu Shuib yang suruh panggil Mama. Takkan saya nak menolak, nanti dianggap kurang sopan pula. Dia sudah bahasakan diri Mama, jadi saya turutkan sahaja."
Kredit foto: IG
Demikian kata Wan Sharmila yang kini memanggil ibu kepada usahawan dan pelawak Shuib sebagai ‘Mama’.
Aktres itu menjelaskan tidak mengambil serius usikan warganet yang terus 'mengkenenkan' dirinya dengan Shuib.
Kredit foto: IG
“Saya tidak rimas pun apabila warganet terus menerus mahu menjodohkan saya dengan Shuib. Terpulang, hak masing-masing,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Netizen mencetuskan spekulasi hubungan mereka apabila tular video Wan Sharmila memanggil ibu Shuib dengan gelaran Mama, seolah-olah memberi bayangan aktres itu bakal menjadi menantunya.
Wan Sharmila juga menjelaskan bahawa dirinya kini masih solo.
Jadi ke tidak Shuib dengan Wan Sharmila? - CARI |