View: 2841|Reply: 20
|
SAC Shaharon Anuar Bersara Sebagai Pegawai Polis, Impi Buka Syarikat Produksi
[Copy link]
|
|
Peminat drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif.
Meskipun memegang status sebagai pegawai polis, Shaharon Anuar, 60, bagaimanapun memiliki bakat besar dalam bidang lakonan.
Katanya, beliau bermula sebagai model iklan komersial sebelum membuat penampilan sulung dalam filem terbitan Skop Production Sdn Bhd. iaitu Pemburu Bayang.
Foto: mStar
"ertama kali menceburi dunia seni sebagai bakat utama dalam iklan Toyota Land Cruiser-Jungle Out There pada tahun 1989.
"Kemudian saya mulakan kerjaya lakonan sebagai detektif dalam filem Pemburu Bayang yang dikeluarkan pada 1992," jelasnya kepada mStar.
Mengulas lanjut mengenai kerjaya lakonan, Shaharon Anuar mendapat kebenaran bersyarat untuk berlakon di luar waktu tugas.
Bagaimanapun watak yang dibawa tidak boleh mencemar imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain hanya dilakukan selepas waktu bekerja.
"Saya berlakon selepas waktu pejabat atau hujung minggu dan cuti umum. Terlibat dalam bidang ini saya perlu melupakan waktu rehat atau masa untuk dihabiskan bersama keluarga kerana perlu berada di set penggambaran.
"Melakonkan watak pegawai polis bukan satu membebankan kerana saya sendiri seorang anggota polis. Saya anggap perkara itu biasa dan sama seperti tugasan harian.
"roduksi akan kumpul semua babak melibatkan saya dalam masa satu hari. Dianggarkan 15 atau 20 babak satu hari penggambaran bermula pukul 9 pagi dan tamat pada 12 tengah malam atau 2 pagi," ujarnya.
Foto: mStar
Shaharon Anuar secara rasminya bersara pada 1 Ogos lalu selepas 38 tahun berkhidmat dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).
Beliau merancang untuk meneruskan aktiviti kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NGO) selepas persaraannya.
"Sekiranya ada peluang saya akan teruskan kerjaya lakonan mahupun membuka rumah produksi sendiri. Mungkin juga saya akan menceburi bidang korporat," katanya.
Selain itu Shaharon Anuar juga tidak dapat melupakan kenangan manis ketika berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie pada 2001.
"Saya mengikuti promosi filem di beberapa negeri dan tidak menyangka sambutan positif peminat sangat menggalakkan sehingga diserbu mereka.
"Walaupun pelakon pembantu tetapi itu menjadi satu kenangan manis yang tidak dilupakan," terangnya.
Bercerita mengenai kerjaya sebagai anggota polis, Shaharon Anuar memberitahu, dia pernah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti selepas tamat peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) namun ditolak.
Beliau tangguhkan hasrat itu kerana mahu membantu ayahnya iaitu seorang petani untuk menyara keluarga memandangkan dia anak sulung daripada lima orang adik beradik.
"Bermacam pekerjaan saya lakukan antaranya buruh am ladang kelapa sawit di kawasan Air Putih Taiping; buruh kontrak di Perumahan Taman Greenwood, Gombak; pengawal keselamatan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Keramat; penyelia projek syarikat pembinaan dan pegawai kerani di Felcra Seberang Perak.
"Ketika tawaran kekosongan jawatan Inspektor Percubaan, saya memohon dan Alhamdulillah berjaya.
"ada 4 November 1984 saya melapor diri di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak Kuala Lumpur menjalani latihan asas selama enam bulan," terangnya yang selepas itu melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah ketika dalam perkhidmatan.
Shaharon Anuar berkahwin dengan Datin Norasmaria dan memiliki lapan orang cahaya mata serta tiga orang cucu.
Antara filem lakonan beliau Gerak Khas The Movie 1 dan Maria Mariana 2. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Fuh hebat lakonan Tuan.
Anak2 pun ramai. Memang hebat Tuan. Tibe.. aku jadi skema. |
|
|
|
|
|
|
|
Best gak dia ni. Pandai bagi mase kerjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kemaruk glamer & dirty life of retis. Kawan lama asben den |
|
|
|
|
|
|
|
Takde orang nak bukak news TS Hamid Bador kawen lagi ke? Tetiba sun laporkan dia sebagai balu padahal hidup jer bini no 2 dia walau bini no 1 dah cerai. Spin abis citer |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg die berkaliber bila berlakon JD polis..Dan yg den tgk pun, mmg ITU jelah Kan wataknya .klu Ada watak selain polis..maafkan..den xtau ..slmt bersara lah pakcik..salutee (BG tabikla) |
|
|
|
|
|
|
|
Nenasketum replied at 7-8-2022 04:15 PM
Takde orang nak bukak news TS Hamid Bador kawen lagi ke? Tetiba sun laporkan dia sebagai balu padaha ...
Ooo bkn duda la ye, cuma buka caw baru |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 7-8-2022 06:58 PM
Ooo bkn duda la ye, cuma buka caw baru
Meols msuk grup fb 'msia dulu2' nampak uncle ni post kisah dia bakalan pencen. Baru tahu dia ada fb. So meols nak tgok la kak long aka wife dia..sekali eh wife dia org lain. Meols bgtaw mak meols bila masa lak wife da bertukar. Mak meols kata ada la 5..6 tahun kot dah divos.
Alaaa sedih pulak sbb kat atas tu dia sendiri citer terpaksa korbankan hujung mgu masa dgn keluarga. Last jumpa masa anak uncle ni kwen msa 2012.
Meols pangkat anak2 so x sempat la nak kaji masa dulu2 uncle ni depan2 ensem ke tak . |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 7-8-2022 07:07 PM
Meols msuk grup fb 'msia dulu2' nampak uncle ni post kisah dia bakalan pencen. Baru tahu dia ada f ...
Haah iols pun ada baca post dia kat group tu, sbb tu rasa dejavu je nih mmg dia ada sebut akan bersara tak lama lg.
Ermm tukae bini la plak ye huntunglaa binik baru boleh luang masa byk2 ngn laki dah pencen.
Masa zaman bini lama kurang masa laki sibuk keroje dan berlakon bila hari cuti. |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 7-8-2022 07:07 PM
Meols msuk grup fb 'msia dulu2' nampak uncle ni post kisah dia bakalan pencen. Baru tahu dia ada f ...
Ni refer tu Shaharon ke atau ex KPN tu? Confuse akak |
|
|
|
|
|
|
|
kuchenta_81 replied at 7-8-2022 07:53 PM
Ni refer tu Shaharon ke atau ex KPN tu? Confuse akak
Alamak, meols pon tiba2 confused. Meols refer pd shaharon ni |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 7-8-2022 07:28 PM
Haah iols pun ada baca post dia kat group tu, sbb tu rasa dejavu je nih mmg dia ada sebut akan ber ...
Ha la untung la bini lama dpt laki yg dah nak pencen. Dgn bini lama ada la dlm 30 tahun gak. |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 7-8-2022 07:07 PM
Meols msuk grup fb 'msia dulu2' nampak uncle ni post kisah dia bakalan pencen. Baru tahu dia ada f ...
Eh yg kata ada caw baru tu yg ex KPN
Kat CI ada thread dia kawin baru |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 7-8-2022 08:05 PM
Alamak, meols pon tiba2 confused. Meols refer pd shaharon ni
Haha sebab ex KPN katanya kawen baru. So yg Shaharom ni pun kawen kali kedua la jugak eh |
|
|
|
|
|
|
|
kuchenta_81 replied at 7-8-2022 08:34 PM
Haha sebab ex KPN katanya kawen baru. So yg Shaharom ni pun kawen kali kedua la jugak eh
Ha betul. Berlapis2 gosip nya |
|
|
|
|
|
|
|
dah 30an aku bru tau ye dia ni sebenarnya polis hahaha
tau baru2 ni la time dia pencen
aku igtkan dia mmg betul pelakonn je bukan polis
hahahhaha menjadi lakonan dia |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa mula2 tau pn trkejut dia sbnrnyaa polis btol |
|
|
|
|
|
|
| |
|