CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4505|Reply: 42

30 Tahun Zaiton Sameon Menjanda, Memang Selesa Hidup Sendiri Tanpa Lelaki

[Copy link]
Post time 5-8-2022 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Lebih tiga dekad hidup solo, penyanyi veteran yang popular dengan lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon, 66, selesa bersendiri tanpa ditemani lelaki bergelar suami.


Pernah dua kali berkahwin, namun kecundang, Zaiton akur ketentuan hidup, namun, tidak pernah mematahkan semangat dalam meneruskan survival diri.


Foto: IG




"Kalau boleh, saya tidak mahu berkahwin lagi. Sejak hidup solo lebih tiga dekad lalu, keputusan menyendiri lebih baik.


"Saya percaya inilah bahagian hidup yang harus ditempuhi. Saya tidak teringat atau ada keinginan hendak berkahwin lagi. Cukuplah dua perkahwinan terdahulu.


"Saya selesa hidup dengan anak angkat yang membela saya sejak 12 tahun lalu. Susah senang saya dengannya.


"Anak angkat saya, Che Seka Ismail dan berusia 59 tahun. Saya panggil dia dengan panggilan Ika. Dia pun solo macam saya dan bekerja sendiri," katanya kepada BH Online.




  



Melalui perkahwinan pertama dengan seorang anggota polis, Zaiton dikurniakan seorang anak lelaki, Allahyarham Azirwan Abu Bakar. Permata hatinya itu terkorban dalam nahas jalan raya yang turut membabitkan Zaiton di Batang Kali, Selangor pada 1990.


Zaiton berkata, apa yang penting baginya adalah reda dengan suratan tertulis dan terus menikmati kelangsungan hidup.




  



"Hingga saat ini, saya tidak pernah terfikir atau terlintas soal bercinta. Apatah lagi mencari pengganti.


"Saya bukan menolak ketentuan atau hukum hidup, namun, beginilah yang saya selesa lalui tanpa prejudis," katanya.


Zaiton berkata, dia menambah pendapatan dengan menjual rendang atas jenama Rendang Nasib.




  



"Aktiviti merendang banyak dibantu adik angkat saya, Zul. Sesekali, saya yang menetap di Ampang akan pergi ke Klang bersama anak angkat untuk menguruskan perniagaan itu," katanya.


Zaiton menambah, selain itu, dia masih memenuhi undangan menyanyi.


"Saya masih terima tawaran menyanyi, termasuk di rumah orang kahwin. Bagi saya, tiada salahnya menyanyi pada majlis kahwin. Apatah lagi, karier saya bermula dengan menyanyi bersama 'live band'," katanya.




  



Dalam perkembangan lain, penyanyi Kabut Serangkai Mawar ini sudah merakamkan lagu komposer Allahyarham A Ali yang diberi judul Redha, Ramadan lalu.


Single berkenaan menyaksikan Zaiton kembali merakamkan lagu arwah yang mengangkat dirinya di puncak populariti apabila meraih trofi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu 1987 melalui lagu Menaruh Harapan.


Tambah manis, single baharu ini juga liriknya dihasilkan penulis tersohor, Datuk Habsah Hassan yang melakar bait indah dalam lagu balada malar segar, Menaruh Harapan.




  



Zaiton sebelum ini memberitahu, lagu Redha mengetengahkan konsep sama seperti Menaruh Harapan.


"Melodinya sangat menyentuh hati. Saya percaya lirik juga begitu kerana dihasilkan Habsah.


"Tetapi, tidaklah saya meletakkan harapan tinggi lagu berkenaan menerima sambutan sehebat Menaruh Harapan. Saya pun tak tahu lagi macam mana, jadi lihatlah nanti," katanya.


  



Kali terakhir Zaiton menghasilkan single adalah menerusi lagu Menadah Impian ciptaan Eddie Hamid pada 1995.


Selain itu, Zaiton turut merakamkan lagu duet bersama Syed Wafa.


Zaiton memulakan karier seni pada era 1980-an dengan membuat persembahan bersama 'live band' di hotel dan premis hiburan.


Merakamkan tiga album iaitu Menaruh Harapan pada 1987, Kabut Serangkai Mawar (1988) dan Kembali Lagi (1997).


  



Antara lagu popular Berendam Airmata, Diriku Yang Tersingkir, Lupakan Saja, Turutkan Hati, Semalam Satu Cerita dan Rentak Jantung. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok sorg2 lagi bagus kak ton oii.. Jgn kaut masalah dgn masuk ke lembah pernikahan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 12:27 PM | Show all posts
antara penyanyi wanita yg pernah mengalami zaman kegemilangan, zaman kejatuhan dn zaman bangkit semula... serious ai kagum dgn Zaiton Sameon...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu Menadah Impian tu bukan tahun 2004/2005 mcm  tu ke? 1995 rasanya Zaiton ni masih sakit.

By the way perkahwinan pertama dgn anggota polis dapat anak, meninggal 1990. Perkahwinan kedua dengan sape? Lps kemalangan ke sebelom kemalangan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak Eton ni masa mendonia dulu popularitinya kalah Hayda jebat, wany barista dan retis2 bbnu ya. Tapi dia diuji dgn ujian besar alhamdulillah nmpk dia dah redha dan move forward.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 02:50 PM | Show all posts
ashilalat replied at 5-8-2022 12:37 PM
Lagu Menadah Impian tu bukan tahun 2004/2005 mcm  tu ke? 1995 rasanya Zaiton ni masih sakit.

By the ...

Kalau tak silap meols, sheols kahwin (1st), dapat anak, divorce, then sheols menduniaaaa jadi superstar,  then kahwin (2nd), divorce, dia besarkan anak tu sorang-sorang bawa gi show semua sampai umur 10-12 gitulah, then accident happened.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2022 03:48 PM | Show all posts
kagum dgn ketabahan dia ... tragedi yg menimpa dia bukan kaleng2 ... kesakitan mental yg dia kena hadap utk terus bertahan hidup sampai skrg buatkan meols tak jadik nak hencap makeup dia!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Di usia begini kak ton, eloklah hidup sensorang. Kang kawen jadi macam mak jah, kena jaga makan minum pakai laki. Koserr. Tayah kawen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 06:05 PM | Show all posts
sedih baca kisah hidup dia

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 5-8-2022 06:05 PM
sedih baca kisah hidup dia

Sedihkan..byk pengajaran utk kita ni. Mmg time top dulu lebih dari artis skrg punya kontorbesi wpon sekejap. Tapi yg bagusnya...nampak la acik ni dpt balik cari apa yg sepatutnya dia cari dlm hidup ni. Dia ni mesti org baik2 sbb ada anak n adik angkat yg sudi bantu dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur dia ngan anak angkat tak jauh beza sgt better jadi adik angkat la kan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
moga kak ton terus tabah.. tetap kagum suara kak eton dlm kabut serangkai mawar
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok lagi menyingle dari berdua Nanti kawen terpaksa jaga laki sakit. Kena2 laki yang demand nak makan macam2. Mana lagi nak bawa jumpa doctor sebab sakit buah pinggang, sakit jantung. Lain lah kalu dapat anak ikan yang penyayang
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 01:21 AM | Show all posts
Minat nya kat ZS ni waktu zaman kegemilangan dia. Ingat2 lupa kisah dia tapi tau dia accident semua.. then terus senyap aku pun tak follow dah..suka tgk dia skrg teringat zaman kecik2 dulu. tiber hahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 01:22 AM | Show all posts
Terus layan lagu2 lama dia kt youtube di malam yang hening ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
dia nampak muda dari umur 66 tahun..tak pening menghadap karenah laki kekdahnya ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2022 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah jadi jiran dia sekejap. Masa mendunia dunia dulu sombong yang amat
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 02:42 AM | Show all posts
apa yang penting sihat itu je... semoga sihat sentiasa acik eton sameon...
laki2 ni takyah dah lah... dah menopos dah pun... apa yang penting bagi kaka kalau waktu tua adalah income stabil untuk penuhi waktu harian / berjalan / berbelanja / retirement agittewwww... tak perlu nak susah2 payah di waktu tua...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 10:08 AM | Show all posts
dia ada ambik anak angkt la ye slepas tu? ok la ade peneman
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 10:13 AM | Show all posts
Utk ribuan pencinta pencinta stinger diluar sana maupun yg dlm porum cari...ingin ku berikhen cintaku buat semua tetapi sayang cintaku hanya pada yg SATU...

Terima ler...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.364957 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list