CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3062|Reply: 20

'Mungkin saya perlu bekerja semula' - Sazali P Ramlee

[Copy link]
Post time 4-8-2022 06:57 PM | Show all posts |Read mode
'Mungkin saya perlu bekerja semula' - Sazali P Ramlee


Sazali P.Ramlee anak kedua kepada Allahyarham P.Ramlee bersama isteri, Hamidah Hitan yang menerima skim bantuan unit rumah pada Majlis Ramah Mesra Penaung Skim Rumahku Syurgaku bersama artis dan media di Wisma Dygnersys. FOTO GENES GULITAH


Kuala Lumpur: Anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali belum mempunyai hala tuju hidup selepas bayaran wang royalti bapanya daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) akan tamat tempoh tahun depan.

Sazali, 63, berkata, agak sukar untuknya mengulas apabila ditanya oleh mana-mana pihak berkenaan perkara ini.

"Sebelum ini pun saya pernah tanya kenapa royalti kurang dan mereka beritahu penularan Covid-19 menjadi punca kutipan merosot.

"Jadi saya terpaksa sabar dengan apa yang berlaku. Tahun depan juga tahun terakhir saya dapat wang royalti peninggalan arwah bapa. Sekarang saya sedang fikirkan untuk menyara hidup, sama ada saya kena bekerja semula atau sebaliknya," katanya ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Penaung Skim Rumahku Syurgaku Bersama Artis & Media di Setia Alam, baru-baru ini.

Menurutnya, dia perlu melihat pada semua situasi kehidupannya terutamanya perubatan.

"Bila ia berlaku nanti (tamat royalti), saya dan isteri (Hamidah Hitam) kena berbincang. Kesihatan kami berdua tidak berapa baik.

"Kami sekarang kerap ke hospital untuk bertemu doktor dan setiap kali ke hospital perlu guna wang untuk pengangkutan.

"Saya pernah kemalangan pada 2015. Sejak jatuh, tulang bahagian siku dan lutut dah rapuh dan tak dapat bekerja lagi. Saya kena buat rawatan fisioterapi kaki yang cedera akibat kemalangan," katanya.

Sazali berkata, mereka kini menerima bantuan bulanan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) sebanyak RM400 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 sebulan.

Dalam perkembangan lain, Sazali memuji usaha yang digerakkan oleh MRF Consultant (M) Sdn Bhd untuk membantu penggiat seni memiliki rumah sendiri.

Menerusi Noraniza Idris yang dilantik sebagai Pemegang Amanah, mereka yang layak dan menepati kriteria akan berpeluang mempunyai rumah sendiri yang bernilai di bawah RM500,000.

"Saya gembira diundang oleh Noraniza dan suaminya, Jeffri Iman ke majlis ini. Saya menyokong program Rumahku Syurgaku yang bertujuan membantu rakan-rakan lain.

"Namun untuk saya memohon rumah ini, saya kena pertimbangkan lanjut kerana saya dan isteri tidak bekerja, jadi macam mana nak bayar. Sekiranya mereka nak menaja terpulanglah kepada mereka. Sekarang kami tinggal di rumah sendiri di Semenyih," katanya.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ula-sazali-p-ramlee

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak keje keje jelah pacik sumorang pn struggle byk mulut nak suap
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Gunung kalau ditarah hari2 pon botak acik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tunggu nnt bila royalti dah tak der baru nak bincang pak cik,  bincang sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersyukurlah bertahun2 ayah sazali tinggalkan royalti.
Ayah rakyat marhaen ada yang mati meninggalkan hutang
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Keja je la pakcik oi. Tak kn nk tadah tgn sampai ajm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2022 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dapat royalti terus masuk kategori artist ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Marilah kita ke ladang oii..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah sendiri di Semenyih? Oklah tu.. bukan sewa kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 10:16 AM | Show all posts
dia ni maknya siapa yer? kat wikipedia tak tulis pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
betul2 Anakku Sazali … manja dan dimanjakan sampai bebila
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 10:57 AM | Show all posts
dah 49 tahun arwah bapa pass away
so selama ni duit royalti tu pakai aje sampai habis takde menyimpan etc??

and mmg x kerja sejak muda ke apa pakcik ni?? isk
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
cikatilia replied at 5-8-2022 10:57 AM
dah 49 tahun arwah bapa pass away
so selama ni duit royalti tu pakai aje sampai habis takde menyimpa ...

Dia keja alam flora dulu. Lepas tu sakit
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 5-8-2022 10:16 AM
dia ni maknya siapa yer? kat wikipedia tak tulis pulak

Anak angkat kan dia ni. Nasir je anak betul
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab bapak dia arwah p ramlee.. dia ada keistimewaan uols.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekiranya mereka nak menaja terpulanglah kepada mereka Hidup ni memang macam ni lah pakcik.. tak boleh harapkan tajaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 02:53 PM | Show all posts
800214 replied at 5-8-2022 11:05 AM
Anak angkat kan dia ni. Nasir je anak betul

ooo anak angkat jugak yer

baru jumpa dalam wiki P.Ramlee sendiri

dalam wiki Saloma tak tulis
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by namieamuro at 5-8-2022 03:43 PM

ekceli. brp royalti yg die terime tu? die ade anak sendiri tak? payah kalau umur mcm ni lps tu ade masalah kesihatan. melainkan pakcik ni meniage jual mknn dgn bini.

lps tu pakcik. hrp takde la memohon rumah tu. dh ade rumah sendiri, baik duduk situ je dari menambah beban kewangan. musim ekonomi tak brp cantik ni. jgn la berhrp org nk taja rumah bagai. ecah retis tu pn amek mase berjuang nk dptkn hadiah tanah yg dijanjikan. payah nk jumpe org taja rumah atau tanah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni bukan artis pun, anak angkat artis je..tak perlu smp nak mintak org taja beli rumah tu pakcik oii..bukan sikit, 500k pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak mintak derma ke pakcik?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.057400 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list