View: 99655|Reply: 995
|
[Tempatan]
Che Puan Nur Diana Petra diisytihar Sultanah Kelantan
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 2-8-2022 06:18 PM
DIKEMASKINI:
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah, sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan rasmi itu di Istana Balai Besar, di Kota Bharu hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Abdullah; Setiausaha Kerajaan Kelantan Nazran Muhammad; dan Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad.
Ahmad berkata Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan isteri baginda Pangkat Kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan.
Ahmad berkata pengisytiharan itu dibuat menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Dalam pengisythiran yang sama, Ahmad berkata Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan Pangkat Kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan kepada Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, isteri Tengku Mahkota Kelantan.
https://www.malaysiakini.com/news/630539
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yang gambar ni dari ukraine ke Czech?
Adik-beradik SK berminat ormputih rupanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Wanita kelantan tak cukup lawa ker... Alahai |
|
|
|
|
|
|
|
Rihana pnh bagi statement lps dorg gaduh yg abeyeh kata penah kawin dgn diana tp dah cerai, maksudnya dia menipu pompuans blondie kiri kanan yg paling teruk menipu rakyatlah sebelum kawin rihana acah2 bujang satu malaya, siap dia oernah ditanya khabarnya dia akan berkahwin dlm masa terdekat, blh pulak dia jawab doakan mcm tu lah, sabo jah, kaki auta no satu. Tipu satu msia ambik cuti sakit ujung2 g kawin kat rusia siap menari bercium terlondeh perangaiiii sebenar depan rakyat bukan main berjubuh lusuh acah2 zuhud. Bila video kawin dah tersebarrr tak lama lps tu tinggalkan bini yg baru dikawin terkontang kanting sorg2 siap ceraii talak tiga takde jumpa bincang dulu si bini pun mula2 cuma dpt tahu dr media dia diceraikan, mula2 si bini tu mood indenial jugak, kesian dia. Ada anak tak mengaku anak sampai skrg tak jalankan tqnggungjawab sbg bapa. Mmg teruk sungguh dia ni. Inilah ketua agama negeri sskjp lol |
|
|
|
|
|
|
|
rehana tu isteri ketiga chuols... ekeke...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya ismail leon ada peluang.. sbb requirement hanyalah kerabat yg lelaki Melayu, beragama Islam.. dgn diana ni dpt pompan jahh dua2 kan? worse comes to the worst, anak tengku mahkota yg lelaki, atopon anak laki kelahiran klantan...
bila besaq, ismail leon kekal muslim ka?
PEWARIS TAKHTA NEGERI KELANTAN
Sejauh Mana Kuasa MPN...?
Seperti dikatakan di atas mulai tahun 1955 hak para kerabat DiRaja Kelantan untuk memilih dan melantik seorang Sultan pemerintah negeri Kelantan telah berakhir, bila Almarhum Sultan Ibrahim mengurniakan Perlembagaan Negeri Kelantan Bahagian Kedua yang di antara lain kandungannya berhubung dengan perlantikan bakal pewaris takhta Kerajaan Kelantan bila berlaku kekosongan.
Bagi memenuhi kehendak-kehendak Perlembagaan Negeri Bahagian Kedua ini, Almarhum Sultan Ibrahim telah menubuhkan dua majlis perundangan, iaitu Majlis Perajaan Negeri [MPN] dan Majlis Penasihat Raja [MPR]. Kedua-dua ahli majlis itu dilantik oleh Almarhum Sultan Irahim sendiri. Mengikut perlembagaan ini perlantikan seorang Sultan hendaklah dibuat oleh badan yang khas yang ditubuhkan itu.
Justeru bila Almarhum Sultan Ibrahim mangkat, maka Majlis Perajaan Negeri [MPN] yang ditubuhkan oleh Baginda itu telah bersidang buat pertama kalinya, dan persetujuan sebulat suara telah dicapai untuk mengangkat dan melantik Tengku Yahya Petra sebagai Sultan Kelantan pada 10 Julai, 1960.
Demikian juga yang berlaku bila Sultan Yahya Petra mangkat pada 29hb. Mac, 1979, maka Majlis Perajaan Negeri [MPN] telah bersidang dan bersetuju melantik putera Baginda, Tengku Ismail Petra yang bergelar Tengku Mahkota Kelantan sebagai Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Ismail Petra.
Dengan itu nyatalah Majlis Perajaan Negeri [MPN] mempunyai peranan yang penting di dalam perlantikan Sultan Kelantan, malah “tidak boleh sesiapa pun menaiki takhta Kerajaan Kelantan melainkan lantikannya itu telah disahkan oleh Majlis Perajaan Negeri”.[5;6].
Anggota MPN. hendaklah terdiri daripada seorang Yang Di’Pertua, seorang Timbalan Yang Di’Pertua, seorang Setiausaha, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, empat orang kerabat Di’Raja dan tidak kurang dari empat atau tidak lebih daripada lapan orang lain daripada Bangsa Melayu dan menjadi rakyat Negeri Kelantan Daruinamin, serta dilantik oleh KDYMM Al-Sultan”.[5:7].
Bila berlaku kekosongan Sultan akibat kematian umpamanya, maka MPN hendaklah segera bermesyuarat dan mengesahkan bakal Sultan menjadi Raja, tapi jika MPN tidak bersetuju dengan perlantikan itu, maka MPN hendaklah mengesahkan waris-waris lain menjadi Raja yang didapati layak pada pandangan MPN, iaitu mengikut susur galur yang ditetapkan di dalam Perlembagaan Negeri. [8:3].
Seorang kerabat yang hendak dilantik menjadi Raja itu mestilah seorang Melayu yang berdarah Raja, daripada keturunan zuriat Long Yunus, Raja dan Pemerintah Negeri Kelantan, seorang lelaki yang beragama Islam bermazhab Ahlus-Sunnah Wal Jamaah.[15].
Dan selepas daripada Baginda Sultan Yahya Petra Ibni Sultan Ibrahim, maka Raja itu hendaklah daripada keturunan zuriat tubuh badan dan darah daging DYMM Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang diakui sah dan halal.[[15:16].
Mereka yang layak menjadi Raja dari keturunan Sultan Yahya Petra itu hendaklah terdiri daripada putera, cucuanda putera, cicitanda putera dan sebagainya dari sebelah lelaki dahulu lepas satu keturunan ke satu turunan yang lain. Tidak sah seseorang lain menjadi Raja selagi keturunan zuriat Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Petra masih ada. Itupun dengan syarat bakal Raja itu hendaklah seorang yang normal jasmani dan rohaninya, iaitu tanpa kecacatan-kecacatan yang besar, seperti gila, buta dan bisu”.[16:2]
Dalam hal ini andainya keturunan zuriat Sultan Yahya Petra telah pupus, atau tinggal hanya seorang sahaja [tapi tidak layak menaiki singgahsana takhta Kerajaan Kelantan, maka perlulah dipilih dan dilantik seseorang lain menjadi Raja, iaitu dari kalangan keturunan sebelah lelaki Almarhum Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Muhammad Keempat.[17:1].
Andainya tidak ada lagi turunan ataupun tidak ada yang layak menaiki singgahsana takhta kerajaan Kelantan daripada zuriat Almarhum Sultan Ibrahim, maka perlulah dipilih dan dilantik menjadi Raja seseorang lelaki dari keturunan Almarhum Tengku Long Senik Sultan Muhammad Keempat. [17:2].
Demikianlah seterusnya dalam Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan itu menegaskan bahawa jika tidak ada juga yang dapat menjadi Raja dari keturunan Almarhum Tengu Long Senik Mulut Merah, maka hendaklah dipilih dan dilantik dari keturunan zuriat lelaki daripada Almarhum Sultan Muhammad Ketiga [Sultan Bongsu]. [17:31.
Dan jika ini pun tidak ada juga maka hendaklah dipilih dan dilantik daripada seseorang menjadi Raja daripada zuriat sebelah lelaki Almarhum Sultan Ahmad [Sultan Tengah}. [17:4].
Andainya semua mereka yang disebut itu tidak mempunyai turunan, ataupun mempunyai seorang turunan tapi tidak layak menjadi Raja, atau kerana sebab-sebab yang tertentu MPN enggan mengesahkannya sebagai Raja maka MPN berkuasa memilih dan melantiknya daripada rakyat biasa yang bukan berdarah Raja sekalipun. [18;2].
Perlantikan itu hendaklah dibuat dengan syarat orang itu seorang lelaki yang cukup umur, mempunyai akal yang sempurna, berbangsa Melayu yang diperanakkan di Negeri Kelantan Darunaim, iaitu seorang rakyat Raja yang dahulu, beragama Islam dan bermazhab Ahlu-Sunnah Wal Jamaah dari keturunan orang baik-baik, dan peranakannya diakui sah dan halal, serta mempunyai pengetahuan membaca dan menulis, mempunyai nama yangbaik, fikiran yang waras, serta mempunyai perangai dan tingkah laku yang terpuji. [9:1].
Seseorang waris yang terpilih menjadi Raja Kelantan itu pula tidak boleh mempunyai kecacatan yang besar baik dari segi rohani mahupun jasmaninya yang meyalahi sifat-sifat Raja, seperti gila, buta, bisu ataupun mempunyai sifat-sifat keji yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak. [9:2].
Selain daripada berkuasa melantik seorang Sultan yang memerintah Negeri Kelantan, MPN juga mempunyai peranan dalam perlantikan seseorang pewaris bakal Raja Kelantan; dalam hal ini tanggungjawab MPN ialah menolong dan menasihatkan Raja dalam memiliih dan melantik bakal Raja itu, iaitu terdiri daripada keturunan zuriat-zuriat yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Negeri Kelantan itu. [14:2].
Jika seseorang Raja yang gilirannya menaiki takhta Kerajaan Kelantan telah disahkan oleh MPN, maka ia dianggap sah menjadi Raja sebaik-baik sahaja berlaku kematian terhadap Raja yang dahulu daripadanya. [21:2].
Demikianlah peranan MPN dalam menentukan Sultan pemerintah negeri ini sebagaimana telah ditetapkan oleh undang-undang Negeri Kelantan Darulnaim.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa portret Sultanah K'tan tidak ditunjukkan. Takut 'ain ke? Tunjuklah supaya rakyat tau siapa dia Sultanahnya. Tak ade maksud ape2, ttpi rakyat ingin kenal mana rupanya Sultanahnya. Sape pun dia, tetaplah sudah diiktiraf untuk mendampingi Sultan K'tan. Portret Sultanah pun tentu ada untuk dipajangkan di pejabat2 negeri kan?. So silalah tunjuk, jgn menyorok. |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 2-8-2022 09:08 PM
Another question... masih manis ke masalah nya??? Hahahahahaha
Birah semacam je jahkubis sedara d ...
Gosip Neelofa Bakal Kawin Kerabat: Hans Isaac Terkejut #pg67
https://b.cari.com.my/forum.php? ... page=1&mobile=2
Time ni udah macam betol nak jadi dah dengan Abegong.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rihanna is too beautiful to be true. Waktu pertama kali foto dia dgn Abegong terlihat, saya pun puji cantiknya dia, lawa dn manis. Biasalah manusia, jika ada sesuatu yg ada kelebihannya, tentu ramai yg nak tau jenamanya, asal-usul mana, anak sape, pedidikan dn pelajarannya. Pendek kata disusur-galur habis. Tetiba keluar segala gambar2 Rihanna, AllahuAkbar! memang terkejut beruk rakyat jika jenis begitu yg Abegong pilih!
Tapi begitulah, jodoh dn panjangnya jodoh, semuanya percaturan Ilahi nak khabarkan sesuatu. Miskpin sultannya selama itu memaparkan imejnya yg islamik dn zuhud, hanya boleh dianggap kalau sultan sebenarnya menari mengikut rentaknya. Rakyatnya suka kpd lagu2 nasyid, maka nasyidlah yg didendangkan demi selaras dgn aspirasi rakyat walaupun Abegong sendiri adalah di sebaliknya. Ibarat bangkai gajah yg tak boleh disorok, lama2 berbau juga. Rakyat tak mungkin membongkar keburukan dn aib sultannya, tapi Allah jua yg menguakkan segala kebobrokan rajanya. Timbul pula rentetan kisah2 Rihanna yg rakyat tak boleh terima maka taqdir Rihanna akhirnya berbicara. Rakyat membaca, rakyat menyayangkan dn begitulah kesah mereka seadanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Awal sgt lh plak masuk… gmbar plss |
|
|
|
|
|
|
|
kalau diana perempuan czech tu dah lama kawen. sebelum ni pun dah ada gambar dia tersebar |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi2...
Mana.pic....
Hoho... |
|
|
|
|
|
|
|
Haha ramai search kat google rupa si Diana ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg orang kata duduk Spore tu dia kah?
ada penampakan masa SK di tabal jadi agong?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana gambaq? Aritu dgn czech tak cerai kan? Dok singapura tuh kan? Takde duit nak simpan sana lagi ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Check in sambil mencakar kuku |
|
|
|
|
|
|
|
Sultanah kelantan dah boleh orang luar ye |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sarankan agar foto2 tak sopan ini terkait individu2 yg berkenaan tidak lagi dipaparkan. Apa yg sudah berlaku tak perlu diulangtayang kerana impaknya memalukan. Orang boleh khilaf dn orang juga bleh kembali ke pangkal jalan.
Harap admin dpt bertindak sewajarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ni wife dia ke. kemain mmg stok2 model je dia nak ye
|
|
|
|
|
|
|
|
adik beradik taste internasional blondie |
|
|
|
|
|
|
|
Kat board gossip ada back up sultan yang benci sangat kat rihana. she was hoping that the sultan will chose her as his wife, tak sedar diri sultan pun tak teringin kat budu kepam |
|
|
|
|
|
|
|
Memang taste minah salleh yer congrats berjaya panjat tangga yistana serambi! |
|
|
|
|
|
|
|
Google je byk gak kuar cite..siap renovate banglo berjuta2 masa zaman jd agong… konon zuhud… |
|
|
|
|
|
|
|
Incanto replied at 2-8-2022 01:20 PM
yg orang kata duduk Spore tu dia kah?
ada penampakan masa SK di tabal jadi agong?
diana ni dh 10 thn lps lg uols masa org puji2 abegong i harktuih kn aje last i tau diana selalu stay st regis n ada rumah dekat ampang dkt area kelab darul ehsan.lama dah tak jumpa kawan iols story2 tengok pic abegong n diana happy2. lepas abegong jatuh dia pn ala2 jatuh jugak kalau x duk berprivate jet follow sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
taste2 model kekdahnya
wowzie |
|
|
|
|
|
|
| |
|