CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 662|Reply: 1

'Pemilihan Saya Buktikan Fakta Orang Miskin Di India Juga Boleh Pasang Impian'

[Copy link]
Post time 26-7-2022 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Presiden Baharu India, Droupadi Murmu, seorang ahli politik wanita berusia 64 tahun daripada masyarakat asli berkata pemilihannya untuk jawatan tertinggi di negara itu menunjukkan golongan miskin di India juga boleh memasang impian.


Murmu mengangkat sumpah sebagai Presiden pada majlis yang diadakan di dewan parlimen di New Delhi pada Isnin.




Hindustan Times




"emilihan saya membuktikan fakta bahawa orang miskin di India juga boleh mempunyai impian dan juga menggapainya.


"Melihat kembali kepada latar belakang saya, ia umpama mimpi untuk saya mendapat pendidikan rendah. Meskipun banyak halangan, keazaman saya tetap utuh sehingga menjadi gadis pertama di kampung saya untuk melanjutkan pelajaran ke kolej," kata Murmu.


Beliau menggantikan Ram Nath Kovind sebagai ketua negara India.


Murmu anak kelahiran sebuah perkampungan puak asli di negeri timur Odisha pernah menjadi guru sekolah sebelum menyertai politik.


"Jawatan Presiden ini bukanlah pencapaian peribadi saya, sebaliknya merupakan pencapaian setiap orang miskin di India," kata Murmu.




DNA




Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai gabenor negeri Jharkhand antara 2015 dan 2021.


Beliau juga merupakan presiden wanita kedua India selepas Pratibha Patil, yang penggal lima tahunnya berakhir pada 2012.


Murmu, calon parti pemerintah Parti Bharatiya Janata (BJP) menewaskan calon pembangkang Yashwant Sinha, bekas Menteri Persekutuan, dalam pemilihan minggu lalu.


Presiden India dipilih oleh anggota dewan secara undi.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2024 09:37 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkui987bhatt ji
Views : 606 Replies : 0
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 1775 Replies : 1
bhatt ji
kukuku45dddbhatt ji
Views : 909 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dddbhatt ji
Views : 1113 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45ddbhatt ji
Views : 1516 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45ddbhatt ji
Views : 1515 Replies : 0
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202371 Replies : 4038
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 1717 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 1923 Replies : 0
bhatt ji
AKUI89bhatt ji
Views : 2020 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.175114 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list