View: 1418|Reply: 26
|
Berita Baik Untuk B40- Bantuan Keluarga Malaysia Ditambah Jika Harga Barang Masih Belum Stabil
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menolak kemungkinan menambah lagi jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi golongan B40 jika harga barang masih belum stabil.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, kerajaan juga tidak menolak kemungkinan menambah subsidi kepenggunaan sedia ada sebanyak RM77 bilion.
Foto: Kosmo
“Saya umum pada Fasa 2 BKM kita tambah daripada RM400 jadi RM500. Kita tambah RM100, bukan `beri rm100′. Keseluruhan kepada golongan B40 setahun RM2,600.
“Kita ada dua fasa lagi iaitu Fasa Ketiga dan Keempat. kita akan tengok keadaan jika perlu naikkan lagi. Kalau harga telah stabil kita tidak naikkan.
“Komitmen kerajaan bantu rakyat tangani kos sara hidup juga dibuktikan dengan meningkatkan pemberian subsidi kepada RM77 bilion tahun ini dan mungkin bertambah lagi berbanding peruntukan asal RM31 bilion pada 2020,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan memastikan kestabilan harga barangan.
Terdahulu, Ismail Sabri menerangkan, kenaikan harga barang merupakan suatu fenomena global yang sedang berlaku di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali.
Menurut beliau, kenaikan berlaku akibat pandemik Covid-19, perubahan iklim melampau serta konflik Rusia-Ukraine yang menyebabkan berlaku krisis makanan dunia.
Jelas beliau, Malaysia merupakan negara pengimport makanan dan terpaksa mengimport RM63.06 bilion makanan setahun sama ada makanan secara langsung atau tidak langsung.
“Makanan secara langsung seperti bawang dan gandum. Makanan tidak langsung seperti makanan haiwan yang turut menyumbang kepada kenaikan harga haiwan seperti ayam.
“Kita mengimport bijiran gandum dan kacang soya sebagai contoh dan kos pengeluaran ayam 70 peratus disumbang oleh makanan,” katanya.
Bagaimanapun, kata beliau, pemberian subsidi oleh kerajaan menyebabkan inflasi di Malaysia paling rendah di Asia Tenggara dan berkemungkinan paling rendah di seluruh dunia.
Jelas beliau, inflasi di Malaysia kekal pada 2.8 peratus berbanding Thailand (7.7 peratus), Singapura (5.6 peratus), Indonesia (4.4 peratus) United Kingdom dan Amerika Syarikat masing-masing 9.1 peratus.
“Maknanya kerajaan berbelanja lebih RM77 bilion bagi pastikan rakyat tidak terkesan teruk akibat daripada kenaikan harga barang yang berlaku di seluruh dunia,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 18-7-2022 03:27 PM
B40 ni mmg anak emas ya.. Huntong lahhh...
Atau adakah ini gula gula pilihanraya
I harap jangan laa terlalu subsidi segala benda, sampai negara kita menjadi terlalu sosialis... nnti bangkrap mcm Greece baru ada akal... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
aku B40 xdpt pun,xlayak ikut sistem ermmm
|
|
|
|
|
|
|
|
Udah2 le
Syiok b40 dpt mcm2
Iols dah kurangkan makan telur neh...
Ayam pung iols dah potong kecik2 buat goreng kunyit je |
|
|
|
|
|
|
|
so M40 makan telur tembelang je la yek?
ramai je yg terlebih 1,2 ratus je dari kategori B40 |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai melepas lagi.. M40 potong tax untuk bantuan depa kot..
M40 pun hampir x mampu makan telur.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagilah berita gembira untuk M40 plak
Suara tidak didengari langsung
Asik2 rempit b40 |
|
|
|
|
|
|
|
Balik2 B40... M40 yg anak 5 org gaji lebih sikit dr B40, terpaksa ikat perut... Cukai kene bayar tp apa pn x dpt kt depa... Sian kt depa... |
|
|
|
|
|
|
|
B40 anak 5 dapat bantuan, m40 anak lima termenung... jilake
Ye la, b40 la paling senang nak digula-gulakan. Teringat makcik aku pengikut tegar bijan dok cakap aku patut bersyukur kerajaan masa tu bagi BR1M. Selamba je aku balas balik aku x dapat BR1M tapi duit taxpayer cam aku la yg gomen guna & bagi kepada acik2 yg x berkerja. |
|
|
|
|
|
|
|
even aku yang penerima bantuan ni pun tak setuju dengan tabur duit macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
dok sibuk b40..jangan sampai group lain yg dok perati kibar bendera putih, mereka pun terkesan gak |
|
|
|
|
|
|
|
mmg m40 nie kasta paling malang kat mesia nie ek
|
|
|
|
|
|
|
|
JulietTheOrange replied at 19-7-2022 07:51 AM
mmg m40 nie kasta paling malang kat mesia nie ek
Yes i rasa begitu.. the term is middle income trap... |
|
|
|
|
|
|
|
Benda ni akan mencendawankan lagi gol pemalas..(sebahagian dr mereka)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by venom1 at 19-7-2022 08:14 AM
consider juga M40 |
|
|
|
|
|
|
|
JulietTheOrange replied at 19-7-2022 07:51 AM
mmg m40 nie kasta paling malang kat mesia nie ek
Takpe la.. tangan yg memberi lagi baik dari yg menerima
Allah itu kan ada, dia tahu struggle setiap orang
Iols lagi takut kalau berada dalam golongan yg menadah ni, takut terambik hak orang, takut tak berkat
Jadi M40 selamat noks, zakat keluar tak banyak macam T20.. haa gitu
Kita layak loan rumah loan kereta and such, kalau B40 susah nak dapat approval |
|
|
|
|
|
|
|
T20 & M40 mcm mana? sbb pengundi ramai B40? |
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 18-7-2022 09:33 PM
B40 anak 5 dapat bantuan, m40 anak lima termenung... jilake
Ye la, b40 la paling senang nak digula- ...
Toll kat rumah iols dulu singgit je pastu tiba naik jd singgit lapan posen.
Iols ingat lagi pok jib ada sebut antara sbb kenaikkan tol supaya leh bg brim kat bifoti.
Yelaaaah
|
|
|
|
|
|
|
|
syok la kan
bole la dah rancang2 nak tuko hp jenama apa |
|
|
|
|
|
|
|
Aku herannnn takde ke wakil rakyat yang perjuangkan nasib M40?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|