CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1627|Reply: 5

Ayu Puteh Terkejut Khatijah Tan Tak 'Potong Kepala' Macam Pelakon Lain

[Copy link]
Post time 17-7-2022 10:57 PM | Show all posts |Read mode
Penerbit Pencil Pictures & Records Sdn Bhd, Datuk Ayu Puteh terkejut dengan harga rendah yang diletakkan pelakon veteran, Khatijah Tan untuk filem terbaharu terbitannya berjudul Saadiah : Bekal Kasih Merdeka.


Enggan mendedahkan harga yang diletakkan pelakon berkaliber itu, Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh berkata, walaupun pernah menerima pelbagai penghargaan dan anugerah, tetapi Khatijah tidak berkira atau meletakkan harga tinggi untuk membintangi filem itu.




IG Ayu Puteh




"Saya ingatkan bila mak (panggilan Khatijah) sukakan projek ini selepas selesai baca skrip dan pihak saya memang mahukannya dia akan letak harga 'potong kepala', tapi dia bukan macam itu seperti segelintir pelakon.


"Dia teruja kerana ini projek filem epik dan memegang watak Saadiah. Kalau nak diikutkan, dia bintang utama di dalam filem ini sebenarnya. Dia pun bukan bagi sikit-sikit, dia berikan 'roh' untuk filem ini.


"Bila tengok babak lakonannya di set penggambaran Saadiah, ia buat kami rasa kagum. Memang bakat mak 'gifted' sebagai seorang pelakon," katanya.


Menurut Ayu, apabila melihat komitmen dan semangat Khatijah, dia sudah berbincang untuk memberikan bayaran yang lebih baik.


"Bila dia letak harga begitu, kami terkejut. Saya dan pengarah Ellie Suriaty saling memandang. Jadi mengenangkan bakat dan penghargaan kepada mak, kami 'tutup mata' dan berikan harga lain untuk dia. Ini kerana dialah yang menghidupkan keseluruhan cerita.


Pada awalnya dia letak sejumlah harga kerana ingatkan ini adalah projek telefilem dan tak masuk panggung, tapi skala naskhah ini besar.


"Mak masuk set dengan babak penuh air mata, jadi saya beritahu Ellie untuk menambah bayaran lakonan selepas tiga hari penggambaran dan kami saling memahami," katanya.




Khatijah (kanan) bersama barisan pelakon filem Saadiah: Bekal Untuk Merdeka iaitu Kaka Azraff, Azrel Ismail dan Fian Ali.





Ditanya mengenai persembahan Khatijah Tan menerusi Saadiah, Ayu kagum dan berpuas hati.


"Saya sangat puas hati, tiada komen. Pertama kali ambil mak berlakon, saya sudah jatuh cinta dengan dia. Mak juga tidak 'diva' dan mudah berikan kerjasama. Begitu juga dengan pelakon lain alhamdulillah. Bagi saya, bakat lakonan yang dimiliki ini tidak boleh dibeli dengan duit," katanya.


Saadiah : Bekal Untuk Merdeka diinspirasikan daripada kisah balu anggota polis, Saadiah Abdullah yang menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak selama 37 tahun sebagai mengenang Allahyarham suaminya, Alias Nik Daud yang meninggal dunia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai berkenaan.








Filem yang turut dibarisi Azrel Ismail, Kaka Azraff dan Faizal Hussien itu bakal ditayangkan di pawagam tahun depan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 10:00 AM | Show all posts
love sgt kalau makjah blakon
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 10:11 AM | Show all posts
ok sis tak sabar tungu pilem ni siap
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 10:30 AM | Show all posts
slacknya pi ltk azril tu

btw saadiah yg iols tau ibu primadona terrrrpaling jurhhh




Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Mokcik mak ngah ni dulu jumpa dia shooting cerita dunia baru dulu ya allah kuatnya smoking..tak padan yg muka kg.com
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 11:09 AM | Show all posts
semoga pelakon lain juga membantu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.079262 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list